Masih ramai yang selesa menggunakan cara orang lama untuk hilangkan parut sebab berkesan dan cukup jimat poket.
Malah menggunakan tip cantik orang dulu-dulu juga sesuai untuk anak-anak dara amalkan pada peringkat awal. Salah satunya limau purut, popular merawat kelemumur tetapi turut bagus untuk kulit wajah.
Pakai Masker Nasi, Gula Dan Lemon Hilangkan Parut, Ini Cara Orang Lama Jaga Kulit
Bersihkan kulit dengan menggunakan air suam yang diperah dengan sedikit lemon. Urut wajah dengan lembut menggunakan hampas atau kulit lemon. Anda juga boleh menggantikan dengan limau purut.
SKRUB WAJAH DAN TUBUH
Limau purut dijadikan skrub wajah dan tubuh. Cara ini mampu menghaluskan kulit dan merawat luka kecil akibat gigitan serangga, kudis dan jerawat.
Orang dulu-dulu guna limau purut sebagai pencuci semula jadi kerana kandungan antiseptik dan antibakteria yang ada padanya.
Selepas membersihkan wajah, bilas muka dengan air sejuk dan lap kering.
Ads
Pilih masker atau skrub berikut untuk rawatan wajah selama 15 minit dan bilas. Rasai perbezaan sebelum dan selepas merawat wajah.
MASKER NASI
Bahan-bahan:
3 sudu bubur nasi (suhu bilik)
3 sudu jus limau purut
Ads
Cara-caranya:
1.Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sekata.
2.Sapu nipis ke wajah dalam gerakan jam.
3.Biarkan kering selama 15 minit.
4.Tanggalkan pupur yang kering dan bilas dengan air sejuk.
SKRUB GULA
Ads
Bahan-bahan:
1 sudu jus lemon
1 sudu gula
1 camca madu
Cara-caranya:
1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul.
2.Sental pada kulit wajah perlahan-lahan.
3.Bilas dengan air suam, diikuti air sejuk.
Jadi, tiada sebab untuk rasa malas jaga kulit sebab ada banyak pilihan yang anda boleh amalkan dalam rutin kecantikan. Ingat, kalau langsung tak jaga kulit, sel kulit mati yang melekat buat wajah nampak kusam dan tak cerah. Jangan lupa cuba, tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendengar ada seorang teman yang meninggal dunia disebabkan jangkitan virus Covid-19. Namun dia juga sebelum ini memang mengalami penyakit asma yang kronik.
Adakah ia saling berkaitan dan bagaimana bahaya mereka yang menghidap asma sekiranya diserang Covid-19 ini.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menerangkan penyakit asma yang memberitahu ia adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.
Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk.
Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab.
Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit).
Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.
1. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan seperti selesema.
2. Alahan terhadap bulu binatang, habuk, tepung, hama atau debunga.
3. Pendedahan kepada bahan bawaan udara seperti asap kimia, asap dan pencemaran udara.
4. Faktor cuaca sejuk, berangin, panas berdebu, lembap dan perubahan suhu drastik.
5. Keadaan bilik lembap, berkulat dan berhabuk.
6. Tekanan.
7. Emosi berlebihan seperti kesedihan berlarutan, terlalu marah dan ketawa.
8. Aktiviti fizikal seperti bersukan.
9. Ubat antiradang (aspirin, naproxen dan ibuprofen) dan beta blocker (biasanya diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah jantung atau tekanan darah tinggi).
10. Makanan atau minuman termasuk makanan yang diproses, makanan siap, minuman botol jus buah-buahan, bir dan wain.
11. Alahan makanan seperti kacang.
12. Penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau penyakit menyebabkan asid perut kembali ke dalam esofagus sehingga merengsakan saluran gastrousus atas.
Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu mengikuti pelan tindakan doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma.
Sesiapa yang merasakan boleh berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas akut hendaklah segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.
Nasihat ini juga disarankan bagi penghidap asma yang merasakan keadaan mereka adalah lebih buruk/teruk daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada rawatan yang biasa.
Gejala-gejala asma dan serangan boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa.
Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.
Terdapat dua jenis ubat-ubatan asma :
1. Ubat-ubatan pengawal – adalah untuk kawalan asma yang berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat leukotriene. Contoh ubat : Beclomethasone, Budesonide, Fluticasone.
2. Ubat Penyelamat – diambil apabila tanda-tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut.Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).
Bagi kedua-dua ubat pengawal dan ubat penyelamat di atas alat sedut adalah kaedah yang berkesan, dimana pesakit perlu mengendalikan alat sedut tersebut dengan betul supaya ubat tersebut boleh mencapai bahagian dalam paru-paru yang memerlukannya.
Adalah penting untuk mempelajari penjagaan dan penggunaan alat sedut tersebut dengan betul.
Patutlah kulit pelakon dan bekas model, Natasha Hudson cukup cantik tanpa sebarang cela, rupanya dia memang jenis suka pakai mask dalam bab penjagaan wajah.
Memang kadang nampak dia bersolek tetapi tidak lah tebal, dan jika tengok dia aktif aktiviti lasak, terus dibawanya muka ‘bogel’.
Natasha yang juga merupakan seorang penulis banyak menulis pelbagai jenis buku yang popular sekitar tahun 2006 dan 2007.
Kalau anda mengikuti laman instagram miliknya, dia selalu memuat naik aktiviti hariannya bersama suami. Malah Natasha juga kerap melakukan live di tiktok bagi berkongsi maklumat tentang alam semula jadi dengan peminatnya.
Natasha ada memuat naik satu video yang meraih perhatian daripada orang ramai. Video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 411 ribu dan 18 ribu tanda suka.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Natasha sedang membuat clay mask dengan menggunakan batu-batu tertentu dari sungai yang diambilnya di kawasan berhampiran tempat duduknya itu.
Dia menyapu seluruh badan serta mengajarkan cara membuat dan mendapatkan batu tersebut jika sesiapa berkesempatan pergi ke sungai.
Rata-rata netizen kagum dengan cara Natasha yang menggunakan cara Back to Nature dalam kehidupan sehariannya, baik dari segi makanan, produk kecantikkan serta penjagaan alam semulajadi.
Mereka juga berkongsi di ruangan komen, bahawa jika pergi ke sungai pasti mereka buat perkara yang sama iaitu memakai clay mask dari batu atau tanah. Malah ramai netizen memuji dengan cara Natasha menjaga kulit wajahnya. Jimat dan mudah!
Hah, selepas ini kalau anda ada pergi ke sungai, boleh lah cari batu yang boleh dijadikan clay mask dan pasti anda akan rasai kelainannya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat drama Korea, pasti kita akan terleka meihat betapa kulit pelakon wanitanya sangat licin, gebu dan flawless.
Rupanya selain melakukan rutin penjagaan asas untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan bebas cela, wanita di Korea juga rupanya menggunakan rubber mask sebagai penjagaan kecantikan.
Perkongsian dalam lama twitter, @nawwalnuha memberitahu rahsia gadis Korea yang muka bak glass skin ini.
Kandungan tiada yang mmeudharatkan, jadi sesuai untuk ibu mengandung
Sering kali kita dengar rungutan, "Kenapa orang perempuan ni nampak penat sangat, padahal buat kerja yang sama dengan lelaki?" Jawapannya bukan pada tahap kerajinan,...