Siapa tidak mengenali penyanyi Asmidar atau nama penuhnya Norhasmidar Ahmad yang pernah muncul sebagai peserta dalam program realiti Mentor.

Kini, Asmidar masih lagi aktif dalam dunia seni dan dalam masa sama dia juga turut sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).

Walaupun sibuk dengan tugasan harian dan menyedari usia sudah semakin bertambah, Asmidar yang kini berusia 35 tahun mengakui dia kini lebih prihatin dalam soal penjagaan diri.

Senang Naik Berat Badan

Malah dalam temubual bersama Sinar Plus, Asmidar turut mengakui dirinya jenis senang untuk naik berat badan dan perlu mengawal jumlah pengambilan makanan.

Pakai Bedak Sejuk & Minum Jus Kunyit. Cara Tradisional Asmidar Jaga Kecantikan Luar & Dalam!

“Saya ini jenis yang mudah naik berat badan. Disebabkan itu saya perlu mengawal jumlah pengambilan makanan.

“Jika ambil sahaja semua makanan, maknanya saya akan menjadi bola (ketawa). Paling penting kita mengenali diri sendiri dan mengetahui makanan apa yang boleh diambil atau tidak.

IKLAN

“Saya cuba kurangkan mengambil sebarang makanan yang boleh meningkatkan berat badan seperti nasi dan makanan manis. Tidak salah jika ingin mengambilnya, tetapi perlu berpada-pada seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, suku, suku, separuh.

“Selain itu, saya perbanyakkan pengambilan sayur hijau dan buah-buahan. Saya juga gantikan buah dan kekacang sebagai hidangan kudapan,” ujarnya yang gemar buat beberapa aktiviti senaman bagi memastikan berat dan bentuk badan ideal.

Pakai Bedak Sejuk & Minum Jus Kunyit. Cara Tradisional Asmidar Jaga Kecantikan Luar & Dalam!

Suka Aktiviti Lasak & Buat Rawatan Kecantikan

“Saya suka berjoging, loncatan tali skip dan senaman kawalan berat badan. Saya hanya lakukannya di rumah. Caranya dengan mengikuti arahan video senaman di YouTube.

IKLAN

“Boleh dikatakan saya tidak ke gimnasum untuk melakukan senaman kerana segalanya slesa dibuat di rumah saja. Secara ringkasnya, itu yang saya lakukan,” tambahnya mengakui dia juga sangat suka pergi ke pusat rawatan kecantikan sama ada untuk wajah atau urutan badan.

“Sejujurnya saya sangat suka pergi ke pusat rawatan kecantikan. Tidak mengira sama ada untuk wajah atau urutan badan, saya tetap akan berusaha untuk meluangkan masa. Dalam tempoh sebulan atau dua minggu saya pasti akan pergi berurut dan membuat rawatan wajah.

“Memandangkan usia yang semakin bertambah, badan mula menjadi mudah letih dan kulit wajah juga lebih sensitif.

Pakai Bedak Sejuk & Minum Jus Kunyit. Cara Tradisional Asmidar Jaga Kecantikan Luar & Dalam!

IKLAN

“Disebabkan kerap melihat telefon, skrin komputer dan kurang tidur, ia menyebabkan lingkaran hitam bawah mata mudah terjadi. Disebabkan itu, saya akan memastikan waktu untuk mendapatkan rawatan kecantikan.

“Saya antara penggemar produk kecantikan tradisional dan akan membuat bedak sejuk sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi seperti beras. Saya juga akan merebus halia untuk dijadikan air minuman bagi membuang angin secara semula jadi.

“Oleh kerana menghidap gastrik, jika lewat makan dan disebabkan itu saya akan minum air rebusan halia sahaja sebagai alternatif buang angin.

“Sesekali saya akan minum jus kunyit bagi menjaga kecantikan dalaman juga,” katanya yang tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatannya. Menurut Asmidar lagi masanya kini masa banyak difokuskan sebagai tenaga pengaja di Aswara dari hari Isnin hingga Jumaat.

Pakai Bedak Sejuk & Minum Jus Kunyit. Cara Tradisional Asmidar Jaga Kecantikan Luar & Dalam!

Artikel Lain: “Muka Saya Berjerawat, Sesuai Tak Nak Pakai Mekap Doktor?” – Ini Penjelasan Pakar Kulit