Nak cantik cara jimat, boleh cuba masker asam jawa yang dicampur dengan tepung beras pada muka anda. Petua daripada Rubiey Redzuan ini dikatakan dapat menghilangkan beberapa masalah kulit.
Menurut wanita ini, dia pun baru tahu betapa mujaratnya petua kecantikan kali ini. Kongsinya lagi, sebelum ini dia ternampak ada seorang perempuan yang kulitnya berparut berkongsi petua ini sampai hilang dan licin.
Dalam hatinya terdetik, “…boleh cuba ni, sebab muka aku pun ada lah sikit parut jerawat. Mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.”
Terkejut dengan hasilnya, selepas pakai masker ini, parut jerawat pudar, jerawat kecut, muka cerah, jadi putih lah senang cakap. Bila sentuh pipi pula, ya Allah lembutnya, macam sentuh pipi baby.
Namun dalam posting perempuan itu, dia guna bedak sejuk. Tapi kat rumah ni mana ada bedak sejuk. Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik, saya hentam tepung pulut je.
Alah, bedak sejuk pun dari beras juga, cuma cara penghasilan itu lain dari bedak sejuk. Bagi sesiapa yang nak cuba hilangkan masalah parut di wajah, boleh cedok petua ini dah amalkan ya.
Ads
Masker Air Asam Jawa
Bahan-bahannya:
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Ads
Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air, buang biji dan kemudian masukkan tepung pulut. Kacau dan kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.
Ads
Lepas itu, boleh lah sapu ke muka. Hah, sebelum pakai baca bismillah dulu. Ketika sapu tu, selawatlah ke atas nabi Muhammad S.A.W tiga kali, pahala pun dapat, cantik pun dapat.
Bila dah kering, boleh cuci muka dan rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Viral baru-baru apabila pasangan Neelofa dan suaminya Pendakwah Bebas, Harris Ismail memberitahu kutipan duit raya anak sulung mereka mencecah RM14K.
Walaupun baru pertama kali sambut Syawal memang menjadi rezeki Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu mengutip duit raya sebanyak itu.
Dalam pada itu selain keterujaan menyambut Syawal bersama anak sulungnya, Neelofa juga turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat anakandanya Bilal kerana menjadikan dirinya seorang ibu.
Dalam ciapan di Twitter sempena hari ibu baru-baru ini, Neelofa meluahka rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat bergelar seorang ibu.
Ternyata pengalaman mengandung dan melahirkan Bilal adalah perkara yang melengkapi kehidupan bagi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.
Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga Twitter yang turut tumpang gembira serta mengucapkan selamat hari ibu kepada selebriti itu.
Biarpun sehingga kini ramai menantikan wajah Bilal, namun pasangan ini belum bersedia mempamer wajah Bilal kepada umum.
Neelofa dan suami berkahwin pada 27 Mac 2020 lalu di sebuah hotel dalam satu majlis penuh meriah.
Setahun berkahwin pasangan ini dikurniakan cahayamata pertama Muhammad Bilal yang dilahirkan di sebuah hospital di ibu kota Januari lalu, setelah mengalami kontraksi selama 14 jam sebelum proses melahirkan selamat.
Diet sudah tetap tetap mahu tip kecilkan peha kalau seluar masih belum muat. Hah, inilah antara yang anda patut buat bila rasa tak rajin nak keluar rumah.
Ada orang gigih keluar jogging tetapi pilihan lain anda boleh buat senaman sambil baring sahaja di rumah sambil tengok TV.
Tip Kecilkan Paha
Macam saudari Eliza kongsikan ini, workout set yang boleh andalakukan untuk mengecilkan pinggul hanya dengan tidur sahaja.
Jom tengok caranya dulu:
1. SIDE LEG RAISE
(20 Repetisi x 2 Set)
Baringkan tubuh badan arah ke kiri atau kanan dan buat angkat-turunkan kaki.
2. AERIAL BICYCLE
(20 Repetisi x 2 Set)
Badan telentang dan naikkan kaki seperti sedang mengayuh basikal.
3. AERIAL OPENING & CLOSING LEGS
(20 Repetisi x 2 Set)
Badan telentang dengan kaki tegak lurus ke atas lalu buka dan tutup kaki.
4. SUPINE KNEELING STRETCH
(20 Detik x 2 Set)
Badan terlentang dengan kaki dilipat ke belakang.
Hah, nanti jangan lupa amalkan kalau rasa nak selesa beribadat dan senang pilih saiz seluar. Buat ikut kemampuan, asal nampak hasilnya.
Selamat bersenam!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dikatakan makan pisang boleh membantu seseorang itu menghilangkan berat badan sehingga 5kg dalam masa seminggu.
Lebih menarik, diet cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemakanan anda.
Patutlah diet makan pisang ini menjadi begitu popular selepas penulis, Hitoshi Watanabe berkongsi ilmu menerusi bukunya “The Morning Banana Diet”.
Untuk yang nak cuba turunkan berat badan cara sihat boleh cuba diet pisang ini. Caranya, anda hanya perlu makan pisang dan minum air suam setiap pagi. Mudah, bukan?
Bagi yang berbadan gempal, disarankan bersenam untuk membakar lebih banyak kalori. Amalkan juga makan pisang dan minum segelas air suam pada waktu pagi.
Jangan makan sehingga waktu makan tengah hari kerana pisang sarat dengan kanji yang aktif merangsang proses penurunan berat badan.
Berapa Banyak Perlu Makan Untuk Sarapan Pagi?
1. Tiada peraturan ketat yang perlu diikuti asalkan ia membuatkan anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
2. Dahulukan dengan minum segelas air suam pada waktu pagi bagi merangsang metabolisme. Tunggu selama sejam kemudian barulah makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan lagi pisang. Pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.
3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet. Pemakanan yang terakhir hendaklah selewatnya pada jam 8 malam. Tidur awal kerana pakar sains percaya bahawa tidur lewat dikaitkan dengan obesiti.
4. Anda boleh makan apa saja waktu tengah hari dan makan malam. Tapi kalau rasa lapar antara waktu makan, kudaplah buah-buahan.
Kestimewaan Diet Pisang?
1. Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.
2. Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.
3. Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan makan berlebihan pada waktu siang.
4. Jika tidak minum kopi pada waktu pagi, anda mudah mengawal glukosa darah dan selera.
5. Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme. Elakkan makan selepas jam malam. Kurangkan pengambilan alkohol. Diet pisang juga merupakan cara terbaik bagi menghilangkan selulit.
Kelebihan Lain Pisang
Menurunkan Berat Badan
Kalorinya yang rendah dapat membantu menurunkan berat badan. Boleh amalkan ambil setiap hari sebiji atau dua biji dan jadikan snack ringan.
Merawat Jerawat
Caranya, hancurkan pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah. Biarkan beberapa minit dan cuci bersih. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.
Mengurangkan Sakit Ketika Haid
Banyak makan pisang ketika haid bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.
Mengubati Sembelit
Sebagai alternatif bagi merawat masalah sembelit di samping melancarkan pembuangan air besar.
Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Kegatalan pada kulit boleh dikurangkan dengan menggunakan kulit pisang. Ambil kulitnya dan sapu perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.
Meningkatkan Mood
Memakan sejumlah pisang membantu menaikkan mood dan mengurangkan tekanan. Hanya dengan amal memakannya sebiji sehari, anda akan sentiasa kekal dalam mood tenang.