Masih terbayang penyanyi ini kala zaman kegemilangan menyanyikan lagu popularnya berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi.

Walaupun bertubuh kecil tapi suaranya cukup nyaring mendendangkan lagu nyanyian di awal tahun 90an.

Biarpun usianya kini sudah hampir mencecah hampir 50 tahun, tetapi saiz badannya kekal langsing seperti anak dara.

Malah penyanyi Azian Mazwan Sapuwan ini rupanya merupakan ibu kepada 7 orang anak  memiliki ketinggian 154 cm dengan saiz pinggang 27 inci serta berat 49 kg yang menjadi idaman setiap gadis di luar sana.

Dalam satu temubual bersama Nona, Azian Mazwan Sapuwan mendedah petua kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya setiap hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann)

Artikel Lain: Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun. Maria Farida Kongsi Tip Awet Muda, Kurangkan Mengumpat!

10 Rahsia Cantik & Sihat Azian Mazwan Sapuwan

1. Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekala sekala dibolehkan.

IKLAN

2. Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).

3. Banyakkan minum air kosong.

4. Tidur kena mencukupi. Tidak semestinya tidur yang lama, tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.

5. Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.

IKLAN

6. Mandi pagi sebelum Subuh. Badan akan kekal cergas dan segar sepanjang hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann)

Artikel Lain: “Jangan Banyak Stresskan Otak,” – Rahsia Melissa Saila Kekal Cantik & Awet Muda Di Usia 50 Tahun

7. Jaga pemakanan, kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudharatkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.

IKLAN

8. Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.

9. Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah perkara negatif.

10. Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai hukung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk menaikkan seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.

Menurut info, selain bergelar penyanyi, Azian juga merupakan Penolong Akauntan di Jabatan Akauntan Negara sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini dia pernah bertugas dalam sektor swasta selama 13 tahun dalam bidang sama.

Minatnya terhadap bidang nyanyian adalah sejak berusia 11 taun dan mula serius selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1986.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann)

Artikel Lain: Tak Pernah Skip Pakai Sunblock Setiap Hari – Rahsia Shakira Maintain Jaga Wajah Di Usia 45 Tahun