Jika sebelum ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengel pasti beberapa produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual dan boleh merosakkan kulit.
Dari terbaru, melalui Kementerian Kesihatan Brunei juga telah mengenal pasti produk kosmetik yang mengandungi bahan racun berjadual Hydroquinone.
Akibat pemakaiannya akan menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan pada warna kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Justeru orang ramai dinasihatkan tidak membelinya di pasaran dan menghentikan pemakaian serta-merta kerana boleh memudharat dan membahayakan kesihatan.
Dan jika mengalami kesan selepas pemakaian hendak segera berjumpa dengan doktor.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Kementerian Kesihatan Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa produk NV Nouvelles Visages Nourishment Skin Renewal Treatment yang dikilangkan di Malaysia dicemari dengan hydroquinone yang boleh mengakibatkan kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.
Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta.
Jika mereka mengalami kesan selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.
Rupanya air beras yang tengah suam itu cukup bagus diamalkan sebagai kecantikan kulit. Malah, kalau anda buat secara konsisten, naik seri wajah walau tak rajin nak mekap muka.
Cara ini juga boleh cerahkan kulit secara semulajadi, hilangkan parut, galakkan pertumbuhan anak rambut dan lambatkan proses kedut secara semulajadi.
Okaylah jom baca apa yang kita boleh buat dari beras untuk penjagaan kecantikan.
1. Bila nampak nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi, lepas tu lumur kat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering lepas tu bilas okay.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pulak. Ambil secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit. Dah blend, tambah sikit air sejuk. Jadikan pes pekat. Cuci muka, lepas tu lumur muka dan leher dengan pes tadi. Lepas tu bilas.
Cara ni buatkan daki pun tertanggal sekali, meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari.
Haluskan Kulit
Haa bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu kat muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh.
Madu ni bagus sebab dia boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka. Manalah tau kan jari tak boleh duduk diam, asyik dok mengutil jerawat di muka sampai berlubang-lubang.
Caranya, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis. Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ni pun bagus untuk kulit muka berminyak.
– Ambil dua tapisan beras bersamaan dua gelas air dan rendamkan selama 30 minit.
– Pindahkan air rendaman tersebut dalam bekas tertutup rapat supaya tidak terdedah kepada kekotoran.
Air beras sedia digunakan apabila terdapat sedikit bau masam kerana paras pH telah menurun memudahkan penyerapan nutrisi pada rambut.
Antara cara paling mudah adalah dengan meletakkan air beras dalam botol spray.
Fokus pada bahagian bermasalah semasa menggunakan air beras tersebut dan pastikan ia benar-benar menyerap setiap helai rambut dan kulit kepala.
Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kemudian, teruskan dengan syampu dan perapi seperti biasa.
Cara ini adalah lebih efektif bagi mendapatkan hasil pada tahap maksima untuk rambut anda.
Nampak tak, dari segenggam beras tu, macam-macam petua kita boleh buat. Mudah dan ringkas.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda yang rajin pakai set penjagaan wajah sebelum tidur itulah akan bangun dengan wajah glowing.
Namun ramai yang gagal cuci muka waktu nak tidur, apatah lagi nak sapu yang lain. Itu sepatutnya tak berlaku kalau nak kulit bersih tanpa cela.
Selain double cleansing, aktiviti rutin penjagaan kulit malam ini mesti digabungkan dengan beberapa langkah yang lain agar dapat mengekalkan kulit wajah yang sihat dan memeliharanya semasa tidur. Sebab malam adalah masa terbaik untuk regenerasi kulit.
Berikut adalah enam rutin penjagaan kulit malam (night skincare routine) yang mudah untuk diikuti untuk membiasakan anda merawat kulit muka sebelum tidur. Ingat, jangan malas!
Pembersihan berganda (double cleansing) boleh menjadi pilihan untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat. Langkah-langkahnya:
Bersihkan muka menggunakan kapas dengan milk cleanser, oil cleanser atau micellar water.
Kemudian, bersihkan dengan pencuci kedua yang mengandungi sabun pencuci muka yang sesuai dengan keperluan kulit.
Selain membersihkan kulit, double cleansing juga berguna untuk menghilangkan sel kulit mati yang masih melekat dan juga menerangi kulit kusam.
Selepas membersihkan kulit muka dan memastikan ia kering, anda boleh mula menyapu toner secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka.
Toner bagus untuk merawat masalah liang pori, membersihkan kulit dan sebagai penghidratan. Cara-caranya:
Sapu toner ke permukaan muka menggunakan kapas atau terus dengan tapak tangan.
Elakkan menggosok terlalu kuat dan juga elakkan kawasan sekitar mata.
Penggunaan serum secara kerap dapat membantu membaiki masalah kulit muka seperti parut jerawat, kedutan dan bintik hitam. Ia juga perlu disesuaikan dengan keadaan kulit muka supaya bahan-bahannya berfungsi secara optimum.
Sebelum menggunakan serum, pastikan muka anda telah menggunakan toner sebagai asas penjagaan kulit supaya ia dapat diserap dengan baik.
Titiskan serum ke bahagian muka seperti di pipi, dahi dan dagu.
Ratakan sambil mengurut ringan menggunakan tiga jari iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari kelingking.
Tunggu sehingga ia benar-benar kering!
Krim mata wajib digunakan untuk anda yang mempunyai masalah sekitar kawasan mata seperti mata panda, eye bag dan kedutan.
Sapukan krim mata perlahan-lahan pada bahagian bawah mata menggunakan jari manis atau jari kelingking anda.
Disyorkan jari kelingking kerana ia mempunyai otot kecil yang tekanannya lebih ringan sehingga selamat untuk rawatan kawasan mata yang tipis.
Selain krim mata, rawatan dark circle juga boleh menggunakan eye mask yang lebih mudah.
Perhatian tinggi juga perlu diberikan pada rawatan bibir, kerana ia akan mencetuskan bibir kering, merekah bahkan sampai mengelupas dan berdarah.
Bibir kering bukan sahaja menjadikan penampilan kelihatan pucat, tetapi ia juga menjadikan lip gloss atau krim bibir yang dipakai kelihatan merekah dan tidak selesa di bibir.
Gunakan serum bibir atau pelembap bibir dengan kerap.
Sebelum tidur, guna lip care yang boleh memberi nutrisi pada bibir semalaman supaya apabila bangun tidur, bibir anda akan lebih lembap dan merah jambu.
Langkah terakhir ialah menggunakan pelembap pada keseluruhan kulit muka. Pelembap muka dengan bahan yang sesuai dengan keadaan dan jenis kulit, dapat menghidrat, menyihatkan dan menjadikan kulit lebih lembap dan anjal.
Sapu rata pada kulit muka dan leher dengan lembut. Gunakan jumlah pelembap yang betul, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit supaya ia dapat diserap secara optimum oleh kulit.
Jadi cukup itu sahaja dulu buat anda jadikan rutin setiap malam. Orang yang rajin belai kulit akan dapat hasilnya, boleh keluar tanpa mekap sebab rasa yakin!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Arahan Work From Home (WFH) disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, menyebabkan ramai yang perlu menggunakan telefon atau pelbagai gajet untuk berhubung.
Bukan itu sahaja, malah gajet ini jugalah yang menjadi penghubung kepada kita untuk mengetahui perkembangan terbaru isu semasa dan juga bertanya khabar ahli keluarga masing-masing.
Selepas beberapa hari anda pastinya berasa lenguh di bahagian tangan terutamanya di ibu jari. Skrol tanpa henti melayari laman media sosial dan pelbagai content boleh menyebabkan tangan berasa lenguh.
Jadi ada beberapa senaman jari dan tangan boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa lenguh dan sakit tersebut.
1. Pertama sekali genggam tangan anda dengan memasukkan ibu jari ke dalam.Tahan selama 30 hingga 60 saat kemudia buka tangan perlahan-lahan seluas yang mungkin. Ulang beberapa kali.
2. Letakkan tapak tangan anda di atas permukaan rata. Perlahan-lahan rapatkan tapak tangan menjadi serata yang mungkin. Tahan selama 30 saat dan ulang selama dua atau tiga kali.
3. Ini senaman untuk berikan kelegaan pergerakan jari. Buka tapak tangan dan bengkokan jari ke dalam seperti melakukan cakar. Tahan selama 30 saat kemudian lepas. Ulang sebanyak dua atau tiga kali.
4. Dapatkan stress ball atau anda boleh guna sebarang objek lembut contohnya plush toy. Ini senaman unutk menguatkan otot jari dan ibu jari. Tekan dengan perlahan-lahan di antara celah jari dan tahan selama 30 ke 60 saat.
5. Sekali lagi rapatkan tapak tangan di atas permukaan. Kemudian perlahan-lahan angkat satu demi satu jari ke atas. Ulang sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.
6. Senaman tangan dan jari ini pula memerlukan anda seutas getah pengikat. Letakkan tangan di atas meja kemudian letak gelung getah meliliti tangan. Perlahan-lahan buka ibu jari ke luar. Lakukan sebanyak beberapa kali.