mata bengkak

Menusuk kalbu semua babak yang dibawa oleh Ummi Nazeera dalam drama Rindu Kasih, akibatnya ramai yang tak sedar menangis sampai mata bengkak.

Jadi untuk mengurangkan masalah ini, cuba anda amalkan tip daripada perkongsian suami pelakon wanita hebat ini, Doktor Izzar Anwar, yang ditulis dalam Instagram miliknya baru-baru ini.

Saya mendapati kes mata bengkak sebab menangis keterlaluan dan kehabisan stok tisu di rumah makin bertambah dalam seminggu ni. Kenapalah agaknya?

Mata bengkak akibat menangis sememangnya normal. Apabila anda menangis semasa tengok drama Rindu Kasih tu, air mata tu akan menjadi banyak dan ‘drainage system’ mata iaitu tear duct tidak dapat menampung untuk menyerap kembali air mata yang banyak tu. Oleh itu, air mata berlebihan tu akan berada di tisu bawah mata tu, menyebabkan mata sembab atau bengkak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

IKLAN

Tip Kurangkan Mata Bengkak Akibat Menangis

1. Rendam 2 teabag (caffeinated) dalam air suam dan letakkan dalam peti ais kasi sejuk. Bila mata sembab, letakla terus sejuk2 tu. Caffein dalam teh akan mengecutkan salur darah seterusnya kurangla sembab

IKLAN

2. Potong timun sejuk dan letak kat tempat sembab tu.

3. Guna ‘cool compress’ – Guna ice bag, guna kain rendam dalam air sejuk ke. Pastu letakla kat mata

IKLAN

4. Guna sudu sejuk yang diletakkan dalam peti ais. Kaedah ni lebih praktikal untuk yang tengok drama curi-curi di tempat kerja untuk mengelakkan ditegur bos kenapa menangis semasa kerja.

5. Cold rub – Sejukkan tangan/jari dahulu dengan air. Pastu urutlah mata supaya bengkak tu berkurangan. Youtube je kalau nak tau teknik urutan tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Tapi, kalau mata itu bengkak selalu walaupun tak menangis tengok Rindu Kasih, baik berjumpa doktor. Risau ada penyakit lain yang tak diketahui.

Dalam tulisan yang mencuit hati, ada tip yang bagus untuk anda jaga mata. Jadi jemput amalkan perkongsian tip daripada Doktor Izzar ini ya.

Selain itu:  Penting Ambil Tahu Jenis Ubat Krim Disapu Pada Kulit Badan. Doktor Ini Jelaskan Ubat Bersesuaian!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI