Setiap kali melihat lakonannya di kaca televisyen, mata pasti terpukau dengan kecantikan dan keanggunan wanita kelahiran Kuala Langat Selangor ini
Malah tatkala melihat raut wajahnya penuh kelembutan dengan susuk tubuh yang langsing bagaikan tidak percaya aktres berdarah Filipina-Melayu ini sudah menjangkau usia 53 tahun.
Dalam satu artikel Astro Gempak, Maria yang ditanya pengikutnya di laman InstaStory bagaimana dia menjaga tubuh, rambut dan kulit memandangkan Maria kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
Dia juga sebenarnya sangat beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewariskan wajah baby face dan tiada masalah kulit.
Menurut pelakon serba boleh ini, segala yang menyerlahkan kecantikan seseorang itu bermula dari minda.
Ads
“Segalanya tentang minda. Jika kamu terasa muda dan gembira, ia akan terlihat pada penampilan kamu. Oleh sebab itu kamu perlu sentiasa berpandangan positif dalam hidup dan jangan benarkan perkara negatif memasuki hidup kamu.
“Untuk kekal muda pula kita kena jaga kesihatan, mangan merokok, selalu menjadi baik dan mangan kuat mengumpat,” katanya mengingatkan pengikutnya supaya melakukan perkara digemari untuk kekal muda, selain sentiasa berfikir benda-benda elok saja.
Manakala dalam satu temubual di Majalah Nona, Maria yangmempunyai pesona aura jelita seperti anak dara ini memberitahu dia sebenarnya tidak mempunyai rutin penjagaan kulit wajah yang khusus.
“Sebenarnya dahulu saya tidak menjaga kulit dengan begitu serius. Namun, bila usia dah meningkat 50 tahun dan bila lihat perubahan ketara pada kulit saya jadi risau.
“Malah apabila berada dalam industri ini memerlukan saya untuk menjaga kecantikan diri. Kalau tidak, tak ada produser yang akan panggil kita berlakon lagi. Saya tak boleh duduk diam dan masih nak berlakon. Oleh sebab itu barulah saya risau tentang penjagaan diri.
“Sejujurnya saya tidak ada rutin penjagaan kulit kerana kulit saya sangat sensitif. Saya tak boleh guna produk yang diaplikasi ke kulit secara terus. Jika salah produk pasti akan keluar ruam atau kulit jadi gatal.
“Cara saya menjaga kecantikan kulit adalah membersihkan kulit dengan tisu basah sahaja, itu pun dengan jenama tertentu sahaja,” katanya yang menolak rawatan cucuk wajah kerana lebih suka yang natural.
Menurut pemilik nama Maria Farida Atienza ini juga memberitahu susuk tubuhnya yang langsing bukan sebab dia tak makan nasi. Seperti orang lain, Maria juga makan nasi dengan lauk kegemaran.
“Siapa kata saya tak makan nasi. Hari-hari saya makan nasi dengan lauk kegemaran saya. Cuma bila saya on set shooting, saya akan kurangkan nasi. Ini kerana bila shooting kita akan nampak besar. Jadi bila tak shooting time itu saya akan gasak semua nasi,” ujar ibu kepada 3 anak ini yang turut melakukan kaedah diet intermittent fasting.
Menurut isteri kepada Datuk Abdul Rahman Shakur dia akan berhenti makan sebelum pukul 8 malam dan makan semula pada pukul 12 tengah hari.
Masalah jerawat pada wajah memang sangat menganggu kita. Lebih-lebih lagi apabila pesan parut yang ditinggalkan sukar untuk dihilangkan.
Walaupun telah dirawat dengan pelbagai produk, tetapi masih belum mampu lenyapkan masalah ini.
Menerusi satu video dalam laman sosial Instagram, pemilik akaun @cirasso, beliau menjelaskan kenapa masalah ini berlaku.
Masalah ini berlaku kerana seseorang itu mengabaikan 4 perkara penting sebelum merawat parut jerawat. Ini antara yang perlu dititik beratkan dalam penjagaan wajah.
4 Sebab Kenapa Produk Rawat Parut Jerawat Tak Berkesan
1. Tak pakai sunscreen
Ni tak payah cerita pasal apa semua dah tahu tak pakai sunscreen memang cari pasal bagi muka itu burn dan kemudian parut memang syoklah dok kat pipi kita selamanya
2. Kerap tukar produk treatment
Satu produk yang disukai pakai ia selama 6-12 minggu untuk tunjukkan kesan. Jadi no point pakai 1-2 bulan lepas itu declair produk ini tak sesuai.
3. Tak cegah masalah kulit dari awal
Nak cegah parut bukan sahaja pakai sunscreen tapi cegah awal-awal jerawat jangan bagi naik. Cegah awal-awal kulit jangan biarkan kering cdan egah awal-awal jangan picit jerawat
4. Exfoliate kulit dengan kasar
Skrub kulit dengan terlalu kasar akan buatkan parut itu lagi gelap. Contoh pernah tak garu-garu kulit yang gatal dengan kasar sampai merah-merah lepas itu. Lepas itu masuk minggu depan dia sembuhkan kulit dan kawasan itu jadi kehitam-hitaman.
Seperti yang kita tahu, sarapan pagi adalah salah satu waktu makanan yang sangat penting.
Ini kerana ia dapat membantu membekalkan tenaga untuk tubuh badan agar dapat menjalankan aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan aktif.
Jadi pilihan sarapan pagi berkhasiat penting, terutama bagi mereka yan mengamalkan diet. Ini antara pilihan boleh diambil untuk sarapan pagi anda sebelum memulakan kerja.
LEMPENG PISANG
Bahan-bahan
2 biji pisang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ cawan oat
1 sudu besar serbuk kayu manis
Minyak zaitun
Cara penyediaan
1. Lenyek pisang di dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan gaul sebati.
3. Gaulkan bersama oat dan serbuk kayu manis hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper yang disapu sedikit minyak zaitun kemudian sendukkan bancuhan pisang ke atas kuali.
5. Goreng sehingga kuning keemasan dan hidangkan bersama hirisan pisang.
TROPIKA SMOOTHIE
Bahan- bahan
I biji pisang (dibekukan)
1 cawan buah pic (dibekukan)
1 cawan nanas (dibekukan)
1 cawan susu badam
1 ikat sayur kale (dipotong halus)
Cara penyediaan
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga halus. Minum setiap pagi. Ia amat berkhasiat dan mengenyangkan!
MUFIN OAT
Bahan – bahan
1 ½ cawan oat
1 biji pisang
1 biji telur
1 cawan greek yogurt
¼ cawan sirap mapel
½ cawan susu badam
I sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Sedikit garam
Hiasan
Buah strawberi
Buah blueberi
Buah apple
Cip coklat gelap
Kekacang
Buah kering
Cara penyediaan
1. Lenyekkan pisang dan masukkan telur, esen vanilla, sirap mapel dan susu badam. Kacau sehingga sebati
2. Masukkan yogurt dan kacau sedikit sebelum masukkan oat, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan secubit garam. Kacau sebati.
3. Masukkan 1 skop sebatian tadi ke dalam acuan mufin dan taburkan hiasan yang berbeza.
4. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.
5. Siap untuk dihidang.
LEMPENG TOMATO
Bahan 1
½ cawan cendawan
½ cawan tomato
Serbuk lada hitam
1 labu bawang putih
2 cawan bayam
Secubit garam
Minyak zaitun
Bahan 2
¾ cawan tepung kacang kuda
1 ½ sudu yis
½ sudu serbuk penaik
½ sudu serbuk bawang putih
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu cuka epal
Cara penyediaan
1. Goreng cendawan dan tomato menggunakan sedikit minyak zaitun kira-kira dua minit.
2. Masukkan secubit garam, serbuk lada hitam, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
3. Goreng sehingga menjadi warnanya bertukar keemasan sebelum memasukkan bayam. Kemudian ketepikan.
4. Masukkan pula bahan 2 ke dalam mangkuk yang besar dan gaul sebati.
5. Panaskan kuali leper bersama sedikit minyak zaitun dengan api sederhana. Ratakan sesenduk adunan lempeng ke atas kuali.
6. Apabila ia sedikit garing, letak gorengan bahan-bahan 1 tadi di atasnya dan biarkan sebentar.
7. Tutup api dan biarkan selama lima minit di dalam kuali yang bertutup.
8. Sedia dihidang.
FRENCH TOAST BLUEBERRY
Bahan-bahan
2 keping roti (dipotong dadu)
2 sudu besar susu
¼ serbuk kayu manis
½ sudu esen vanila
Buah beri biru
Cara penyediaan
1. Campurkan susu, serbuk kayu manis dan esen vanila. Kacau sebati.
2. Letakkan roti ke dalam mug tahan panas dan taburkan buah beri biru.
3. Tuangkan campuran susu tadi ke dalam mug dan masak menggunakan microwave selama 2 minit.
4. Hidangkan bersama madu.
Kulit memang jadi pinkish, tapi tomato ceri bahaya dimakan mereka yang ada masalah hati. Tomato ceri adalah antara sayuran yang sering jadi pilihan sebagai ulam-ulaman. Bukan saja untuk dimakan begitu saja, tomato juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk mencantikkan kulit.
Malah jika kena gaya pemakaiannya, kulit muka akan jadi kemerah-merahan atau pinkish yang mampu menambah seri semulajadi wajah seseorang.
Kulit Memang Jadi Pinkish
Namun begitu, sebenarnya buah tomato ceri ini perlu diambil secara berpada-pada bagi mereka yang ada masalah hati.
Perkongsian ini diberitahu oleh Saintis Prinsipal, Dr Suri Roowi yang mengatakan sayuran ini tidak sesuai untuk sesiapa yang ada masalah hati.
Ayuh, ikuti penjelasan lanjut beliau kenapa agaknya tomato ceri ini tidak oleh diambil untuk mereka yang ada masalah berkenaan.
TOMATO CERI – Boleh Buat Kulit Jadi Kemerah-merahan ! TETAPI TIDAK SESUAI UNTUK SESIAPA YANG ADA MASALAH HATI
Tomato adalah antara sayuran yang biasa dimakan sebagai ulam. Tomato kaya dengan bahan antioksidan likopene.
Lycopene juga boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, prostat dan usus besar.
Bahan berkhasiat jenis ini biasa didapati juga dalam lobak merah dan tembikai. Dalam tomato, bahan khasiat ini hadir pada kuantiti tinggi dalam kulit dan biji tomato
Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan pengambilan tomato pada kuantiti tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan jika bersama ubat cair darah.
Tapi Tomato Ceri Bahaya Dimakan
Selain dari itu, warna kulit kita juga boleh berubah kepada warna kemerahan. Kajian oleh UPM mendapati tomato ceri lebih tinggi antioksidan berbanding tomato biasa.
Cara terbaik memakan tomato adalah dengan memasak bersama sedikit minyak zaitun. Kajian menunjukkan tomato yang dimasak bersama sedikit minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato segar.
Minyak zaitun juga akan membantu penyerapan bahan khasiat tomato ke dalam darah. Tetapi, tomato tidak sesuai untuk siapa yang ada masalah hati, seperti juga cili dan terung
Tomato juga adalah antara sumber tinggi potasium. Justeru, pesakit buah pinggang perlu hadkan pengambilannya.
Bagi penyediaan herba pula berlainan, kebanyakkan bahan khasiatnya adalah dari jenis larut air. Sebaiknya diperahkan sedikit jus limau kasturi semasa penyediaan minuman herba agar bahan khasiat terekstrak dengan lebih banyak.