Sejak mengetahui pelakon kesayangan ramai rakyat Malaysia, Mira Filzah hamil anak pertama dan kini masuk trimester ketiga, ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya.
Setiap hari ramai ingin mengetahui perkembangan terkini Mira yang dikatakan jarang muat naik foto terbaru dirinya yang sedang hamil.
Terbaru, isteri kesayangan Wan Emir Wan Astar mencuri tumpuan ramai apabila muat naik gambar bersama suaminya ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan.
Dalam foto berkenaan, jelas kelihatan ‘baby bump’ pelakon yan berusia 29 tahun ini dengan wajah ceria tersenyum di samping suami tercinta.
Malah ramai memuji kecomelan dan seri wajah bakal ibu ini biarpun hanya mengenakan persalinan ringkas jubah moden rona merah jambu.
Wajah Mira juga dilihat sedikit berisi, tetapi masih terserlah tampil cantik dan menawan.
Ads
Dalam masa sama, ramai rakan selebriti dan warga maya memuji kecomelan bakal ibu ini dan rata-rata mendoakan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan segala urusan sehingga waktu melahirkan nanti.
Hidangan paling popuar jika makan di kedai adalah kailan ikan masin. Sayuran kailan yang rasanya tidak begitu pahit sangat sedap jika dimakan bersama hidangan lain.
Kailan (Brassica oleracea var alboglabra) merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat popular dari keluarga Cruciferae.
Kailan tergolong dalam beberapa banyak keluarga sawi seperti Sawi Bunga, Sawi Putih, Sawi Hijau dan Sawi Jepun. Sayur ini dipercayai berasal dari kawasan Mediterranean dan amat sesuai pada iklim tropika
Sayuran ini sangat tinggi dalam vitamin K, vitamin A, vitamin C, folat, mangan, dan kalsium. Ia juga merupakan sumber sayur-sayuran serat dan protein yang baik.
Nutrien utama lain dalam sayur ini termasuk vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin E, kolin, betaine, besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, tembaga, dan selenium.
Ini antara khasiat sayuran hijau yang memang banyak kandungan vitaminnya ini.
Menurut saintis, kailan adalah sumber fitonutrien yang sangat penting bagi tubuh. Sulfur dan vitamin K yang terdapat padanya boleh memberikan kesan positif untuk mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara. Sistemnya mengawal estrogen di dalam tubuh.
Ini dibuktikan oleh saintis bahawa antioksidan dan antiradang pada sayuran ini boleh membantu menyerang kanser dengan enzim pencetus di dalam tubuh. Oleh itu, banyak saintis yang mengesyorkannya sebagai salah satu sayur antikanser.
Faedah kesihatan sayuran ini bukan sahaja untuk antikanser, tetapi masih terdapat banyak manfaat kesihatannya seperti yang dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dan mengelakkan penyakit jantung. Ini kerana ia mempunyai serat yang cukup tinggi. Serat ini akan membantu membersihkan usus besar dan mengurangkan kolesterol.
Terdapat banyak nutrien semula jadi pada sayuran ini seperti kalsium dan zink. Sayuran ini sangat baik untuk diambil oleh wanita hamil dan menyusu. Ini kerana ia dapat membantu pertumbuhan janin dalam rahim wanita dan meningkatkan penghasilan susu ibu. Asid folik di dalamnya juga sangat baik untuk pertumbuhan sistem saraf.
Kailan mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Vitamin A diperlukan untuk pengeluaran sebum, dan ini mengekalkan rambut lembap. Vitamin A adalah penting untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan mata dan membantu menjaga organ tubuh yang sihat.
Nutrien lain mengenai sayuran ini adalah kalsium, yang mana lebih tinggi daripada kalsium dalam susu. Sudah tentu, ia sangat baik untuk tulang, gigi dan ia boleh mengelakkan osteoporosis. Berdasarkan itu, saintis menyarankan seseorang yang mempunyai alergi terhadap susu untuk mengambil kailan.
Kandungan serat yang terdapat pada kailan menjadikannya pilihan untuk sokongan sistem pencernaan. Penyelidikan telah menentukan bahawa sulforaphane yang dibuat dari glucosinolate dalam sayur-sayuran ini membantu mempertahankan kesihatan lapisan perut dengan hanya menghentikan pertumbuhan bakteria dan bakterium ke dinding perut.
Kailan mengandungi zink yang mana ia lebih tinggi daripada daging. Seperti yang diketahui, zink merupakan gabungan penting dalam kesihatan. Sebagai contoh, ia membantu penghasilan hemoglobin dan enzim yang dapat mengurangkan risiko anemia, menghantar oksigen kepada semua bahagian tubuh, dapat menghasilkan semula sel-sel, membantu fungsi jantung, dan banyak lagi fungsi lain.
Terdapat vitamin A, luthein dan zeaxhantin yang boleh membantu menjaga kesihatan mata.
Walau bagaimanapun, kandungan serat tingginya boleh menyebabkan kembung, terutamanya jika anda mempunyai perut sensitif. Rujuk doktor anda sebelum membuat perubahan ketara pada diet anda.
Dalam kita asyik melakukan aktiviti ziarah di rumah sanak saudara atau sahabat handai, jangan lupa risiko boleh berlakunya jangkitan virus Covid-19.
Ini kerana kita tak tahu persekitaran itu selamat atau tidak, atau ada antara mereka yang bergejala.
Jadi sebagai langkah berhati-hati, perkongsian Dr Arisman ini boleh dijadikan panduan untuk mengelak diri dari mendapat jangkitan Covid-19 kala aktiviti kunjung-mengunjung raya.
Sebaiknya buat ujian kendiri dulu masing-masing sehari sebelum aktiviti kunjung mengunjung hari raya. Atau sebelum balik kampung jumpa ibu bapa kita yang dah tua. Jika positif, isolasikan cepat.
Kedua.
Dapatkan info atau ketahui mereka yang ada gejala demam, batuk dan selsema, sila rehat sahaja di rumah dan jangan keluar berkumpul atau beraya. Mereka yang ada gejala sebaiknya wajib pakai pelitup muka sepanjang masa di rumah.
Ketiga.
Kekalkan pakai pelitup muka apabila berada dalam ruangan sempit dan sesak.
Keempat.
Kita dah boleh bersalaman sekarang seperti biasa. Tetapi amalkan salam yang selamat. Apa dia?
Selepas bersalam, terus amalkan pakai hand sanitizer. So bawa hand sanitizer sentiasa. Sepanjang beraya tu, janganlah gosok mata, korek hidung, pegang bibir ke kerana kita tak tahu tangan kita ada virus atau tak. Kecuali anda pasti tangan benar-benar bersih.
Pastikan rumah anda bagus ventilasi apabila didatangi pengunjung tu. Bagaimana? Caranya dengan membuka tingkap dan pintu sepanjang masa. Kurangkan penggunaan aircond.
Keenam.
Lindungi mereka yang berisiko tinggi seperti ibu hamil, anak kecil, dan warga emas berpenyakit kronik. Caranya? Kekalkan amalan SOP misalnya jaga penjarakan selamat, pakai pelitup muka semasa bersembang.
Ketujuh.
Jangan cium bayi kecil jiran, anak saudara, anak kawan ke. Pegang-pegang tu bolehlah.. tapi pastikan letak hand sanitizer atau cuci tangan dengan sabun sebelum sentuh mereka ok.
Kelapan dan terakhir,
Adalah lebih bagus jika masih mengamalkan pemeriksaan suhu di pintu rumah hehe.. minta anak-anak kita periksa suhu depan pintu rumah sebelum pengunjung masuk. Ingat ya, kuman Covid masih ada dalam negara. Mencegah lebih baik dari merawat.
Menyesal kemudian tidak berguna.
Selamat menyambut hari raya. Stay safe semua. Assalamualaikum.
Tenang memujuk isterinya, Nor Hasanah Yahaya, pelakon dan pelawak, Achey reda menerima keputusan negatif selepas menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Achey Harap Isterinya Kuat
Dilihat sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda, Achey memberikan satu ciuman di kepala dan menepuk bahu isterinya. Dengan satu kapsyen mencuit emosi, dia reda belum lagi dikurniakan anak sendiri, apabila rawatan tersebut tidak berjaya selepas menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan dan berharap isterinya lebih kuat.
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.
Perkongsian Achey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang berharap pasangan itu terus sabar dan kembali kuat serta tidak putus asa.
Isterinya yang lebih dikenali dengan panggilan Anne juga berkongsi tentang rasa menerusi Instagram miliknya, “Kita usaha, Allah menentukan. Mungkin belum ada rezeki untuk kita. Kakak sabar ya, inshaa Allah ada rezeki nanti.”
Kalau kakak sedih, Mama dengan AYah 10 kali lagi sedih. Mama sayang awak dan Ayah awak,” luahnya.
Ogos lalu, Achey dan isteirnya berkongsikan berita bahawa mereka sedang mencuba melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.
Untuk nota, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.