Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, amal cuka epal untuk cantikkan kulit wajah juga adalah salah satu petua yang tular di media sosial.
Baik artis mahu pun golongan biasa, semakin ramai yang memilih tips cantik orang lama dalam gaya kehidupan harian. Ini salah satunya, mengamalkan cuka epal saja untuk kulit wajah sihat dan jaga berat badannya.
Amal Cuka Epal
Ads
Menurut perkongsian seorang wanita, Sarifa Redzuan, dia hanya mengamalkan sapu dan minum cuka epal untuk jaga kecantikan.
Di rumah ini sentiasa ada cuka epal dan madu. Bukan saja untuk diminum tapi untuk sapu di kulit. Cuka epal memang bagus untuk kulit alergik dan bermasalah. Untuk minum biasanya.
1 cawan air
1 sudu kecil cuka apple
2 sudu besar madu
Ads
Sebatikan dan minum setiap hari atau selang sehari. Jangan overdose cuka epal. Banyak manfaat cuka epal termasuk maintain berat badan dan kawal gula. Namun biarlah sederhana dalam pengambilan. Jangan over ya.
Rasanya mesti ramai tak tahu yang retinol ini banyak manfaatnya. Antaranya ialah dapat menghilang banyak masalah kulit seperti pigmentasi, parut jerawat dan kemerahan.
Kalau rasa masih tak yakin nak guna retinol dalam rutin kecantikan, jom baca perkongsian daripada Miss Lizy dulu…
Retinol ada dalam pelbagai jenis macam serum, face wash dan banyak lagi. Sebelum pakai retinol, anda kena research dulu. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dicampur dengan retinol kerana retinol ini bahan aktif.
Jom semak cara nak pakai retinol dengan betul.
Okay, selepas ini anda yang masalah wajah berparut, jeragat dan muka kusam, boleh lah cuba berbaik dengan retinol. Pastikan ikut syaratnya, baru berkesan dan muka tak breakout!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap orang pastinya memasang impian mahu memiliki tubuh badan ideal bagi memudahkan setiap pergerakan.
Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan cara sihat, boleh ikut cara pasangan suami isteri ini yang berjaya menurunkan berat badan mengikut kilogram yang dimahukan.
Walaupun tidak banyak, tetapi cara sihat diamalkan boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu melakukan diet cara sihat dan selamat tanpa pengambilan produk suplemen.
SEBELUM 2019 VS SELEPAS 2019 (until sekarang)
Husband 72 to 57 (maintain) dulu kategori obes sekarang dah normal. (tinggi 165cm) (1bulan turun 10kg = 62kg, after that baru dia turun pelan-pelan until 57kg) Saya 55/56 to 45 (maintain) dulu normal skrg pun normal (tinggi 153cm)
Tempoh masa Husband 1 month (turun 10kg) after tu turun lagi sampai maintain sekarang 57kg. Saya 2 weeks shaja dah hilang 10kg (skrg maintain je 45kg) *Calculate ni roughly..saya dah tak ingat mane saya screenshot gambar BMI saya & en.abey sebab hal dari 2019,gambar BMI missing dah entah mana *Amalan usaha bermula 2019 sehingga sekarang just maintain.
Yang dilakukan 1. Setiap hari bermula tahun 2019 – 2020 (6bulan konsisten tanpa culas..around bulan 7 ke 9 mcmtu), amalkan sarapan pagi HANYA overnight oat..TANPA SUSU..sebab susu tak sesuai untuk yang nak turun berat (bila campur dengan buah). Susu baik hanya diambil secara segar tanpa campur apa-apa atau hanya sekadar campur kurma sahaja. Dengan sukatan suku2 separuh (dalam pemilihan bahan) tak campur aduk..ikut pengetahuan dlm KKM..dan beberapa sumber akademik lain. Sedikit contoh overnight oat saya.
2. Suku-suku separuh memang dah menjadi kebiasaan bila makan tengah ari..sebab menu saya memang lebih banyak lauk-lauk sihat. Saya jarang sangat menggoreng, masak lemak. Nasi beras tukar parboiled, lebih banyak sayuran (tengahari saya tak amik buah sebab saya dah makan buah ketika waktu yang betul iaitu waktu pagi sbg sarapan pagi bersama serat2 sihat)..menu makan tenghari saya kebanyakan 90% adalah menu-menu reneh, stim, bakar, rebus, dressing, celur-celur.
. 3. Makan malam saya biasanya tak berat. Kadang-kadang makan nasi itupun selewat sebelum kul8pm. Menu antaranya byk dressing, ulaman, bakar-bakar, stim2, spagethi, sup2, roti-roti, barli + buah, peanut/almond butter homemade + buah-buahan..makan malam saya ambil paling ringkas..tapi yang bersifat kompleks.
. 4.100% berhenti – Gula pasir (smpi skrg) ganti gula semulajadi baik dan toyyiban – segala minuman manis di luar (kalau makan luar biasa minum air kosong je) – biskut (6bulan stop sekarang jarang-jarang) – kerepek2 (6bulan stop sekarang jarang-jarang) – kuih (6bulan stop sekarang jarang-jarang) – fast food
5. Tukar jenis – Beras to parboiled – Roti to wholemeal – Tepung to tepung talbinah organic wholemeal – Gula to madu asli, kurma, buah-buahan, gula perang (tapi jarang-jarang gula perang) – Coklat to dark chocolate 70% ke atas – Koko to 100% koko – Telur to telur ayam kg – Ayam to ayam organik
6. Senaman – 20% sahaja. Tu pun jarang2, tak jogging tapi berbasikal..disiplin sangat tinggi pada menu makanan, waktu makan dan sarapan pagi.
7. Cekedis/Jajan Semua diganti kepada yang baik dan toyyiban.
8. Minuman di rumah – Tak ada stok teh, kopi bla bla bla Yang ada cuma koko & air kosong mineral sahaja.
9. Manfaat saya & husb perolehi – Gastrik saya sembuh terus. Sejak sekolah menengah, sampai kahwin, makin teruk, masuk hospital, akhirnya sembuh, hilang macam itu je..asbab jaga makan. Baiki balik keperluan perut, usus, probiotik n prebiotik. (kene belajar kasi faham). – Masalah angin dalam badan saya & husband hilang terus (hampir 9tahun tak solveproblem ni) – Tido bangun tak sakit lg tulang belikat, rasa berat ke ape ke hilang – Badan ringan, mudah bangun malam beribadah – Tak mudah letih, ngantuk, dll – Emosi perhubungan cun2
*Saya & husband tak senam sebab saya rasa badan berat lagi masa tu..rasa penat, sakit-sakit badan nak buat, jadi fokus pada makanan dulu..sekarang bila badan ringan adalah dalam 2x seminggu…senam untuk keluarkan peluh buat dalam rumah saja (kebetulan pulak pkp, so cycling n zumba dalam rumah saje).
In shaa Allah lain ari saya kongsi makanan2 minuman2 saya pulak. Belajar kenal pasti makanan minuman yang baik & toyyiban. Jaga sukatan suku-suku separuh atau sedikit-sedikit tapi kompleks. In shaa Allah ilmu yang betul, disiplin yang tinggi, niat yang solid. 1bulan jer.
Sempena tahun baru, ada tip kurus Nana Mahazan kongsikan kepada peminat setianya di laman Instagram miliknya.
Ya, orangnya kecil molek walau sudah berkahwin dan ada anak. Malah apa yang menarik selepas bertudung pengacara dan penyanyi ini pandai bergaya dengan penampilan yang sedap dipandang.
Mestilah jadi inspirasi kepada peminat di luar sana! Terbaru Nana dengan berpakaian suka ada kongsikan tip kurus untuk tahun baru.
Owh ya, Nana juga kongsikan tentang jaga kulit wajah untuk anda. Menurutnya, dia biasanya cuba amalkan langkah mencuci, menyegar dan melembapkan kulit. Cukup itu, bila kulit sihat kita pun tak perlukan mekap tebal untuk naikkan seri wajah.
Ramai yang nak kurus, jadi ada tiga tips Nana kongsikan:
1. Set Your Fitness Goals
Nak turun berapa, identify.
2. Pick A Plan & Stick To It
Jangan hari buat, esok dah tak buat sampai akhir tahun.
3. Ajak Kawan & Encourage Each Others
Kalau ada kawan, ajak sekali supaya boleh menggalakkan antara satu sama lain.
Tak ada orang lain boleh buktikan capai target melainkan diri sendiri nekad buat.
Jadi kepada anda yang masih belum dapat berat idaman, jangan putus asa! Masih ada masa untuk teruskan diet dan gaya hidup sihat seperti yang Nana Mahazan amalkan, yang penting konsisten!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.