Siapa yang tidak kenal penyanyi dan juga aktivis, Heliza Helmi, 36 tahun, yang sering terbabit dalam aktiviti kemanusiaan.

Sebelum ini sering melihat penampilannya yang polos tanpa mekap dengan seluar atau baju labuh, tetapi lain sekali gayanya ketika di majlis pernikahan dan respepsi sempena hari bahagianya.

Heliza kelihatan sangat cantik mengenakan kurung moden putih ditaburi manik sedondon dengan pasangannya. Begitu juga pelitup muka juga turut bertatahkan taburan manik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Photographer (@aqo_imran)

Begitu juga ketika majlis resepsi di sebuah hotel, Heliza mengenakan dress labuh warna pink serta solekan ringkas menyerlahkan penampilan Heliza.

Rata-rata rakan selebriti dan para Ilmuan yang turut hadir memeriahkan lagi majlis resepsi Heliza dan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Photographer (@aqo_imran)

Untuk pengetahuan, Heliza telah selamat diijabkabulkan dengan suami di awal tahun baru di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di mana Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

IKLAN

Dalam satu posting di laman Instagram suami Heliza memberitahu daripada 7.8 billion manusia, hanya dia saja yang bertakhta di hati di jannah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Photographer (@aqo_imran)

Malah rupa-rupanya juga, Heliza adalah ‘Dream Girl’ Datuk Seri Mahadi sejak sekan lama.

Pasangan sama cantik sama sepadan ini yang masih malu-malu ini turut menerima ucapan tahniah dan rata-rata mendoakan kebahagian keduanya till jannah.

IKLAN

amal_munir Heliza ni comel…

norhayatiderus624 Waaaaa…cantik nya kak ija & suami

mommyhana_2u cañtik dan comel dan mànis dan malu²… masyaAllah

pinanis.my Cantiknya masya Allah

qaseh2800 Tahniah heliza dn pasangan selamat pengantin baru semoga kekal ke jannah Aamiin

IKLAN

sherryrose17 Masyaa Allah, cantiknya bidadari

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Photographer (@aqo_imran)

Kredit Foto: Instagram Aqo_Imran

Selain itu:  Sapu Bahan Ini, Habis Bulu Halus Sekitar Bibir Akan Hilang!

Artikel Berkaitan:

Wanita Hamil Demam Tinggi Boleh Sebabkan Keguguran. Doktor Jelaskan Mudharat Lain Pada Bayi!

Kreatif, Unik & Cantik, Gaya Selebriti Di Karpet Merah ABPBH 34! Penampilan Dr Malar Turut Curi Tumpuan!

Rupanya Seseorang Boleh Dapat 2 Penyakit Mental. Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Anxiety Disorder 4 Tahun Lalu!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI