Zaman sekarang, ramai memilih jalan untuk cantik cara jimat. Bukan sayang duit nak beli skincare tetapi agak susah cari produk yang serasi dengan kulit wajah. Paling takut kalau terkena produk yang ada bahan kimia terlarang. Rosak muka!
Jadi untuk selamat, lebih baik guna bahan alami dan cuba buat sendiri untuk kekalkan awet muda. Alah, memang orang dulu-dulu pun jaga mukanya dengan cara ini sahaja. Pusing-pusing bahan yang sama cuma cara sahaja berbeza.
Kali ini petua cantik ini dikongsikan oleh Puan Shafinaz Johari, nampak gaya ada dua bahan berbeza untuk pagi dan malam. Jemput selongkar dulu, ya!
Cantik Cara Jimat
Saya memang jenis suka makan sayur, khasiat sayur dan buah-buah cukup bagus. Kalau saya beli lebih tomato dan timun saya selalu kisar hancur macam ini.
Selepas itu simpan dalam peti sejuk, saya buat masker muka. Boleh simpan sampai 2 minggu atau lebih dalam peti sejuk.
Kalau tomato lepas kisar hancur, letak tepung beras, pakai waktu siang, buat bedak sejuk muka.
Muka akan tegang, licin dan jerawat tak ada. Kalau timun pula kisar saja, simpan peti sejuk, pakai dimuka waktu malam.
Waktu pakai masker ini lah, untuk rehatkan minda. Bagi saya, tak perlu pakai produk mahal dan yang kadang tak serasi dengan kulit wajah. Amalkan sesekali macam ini pun dah bagus.
Ramai suka beli tetapi masih tak tahu cara simpan strawberi dengan betul yang akhirnya membuatkan buah itu cepat rosak dan lembik.
Jadi bagaimana cara simpan buah strawberi dengan betul supaya tahan lama? Jom ikuti perkongsian oleh Rahayu Rusli di bawah. Terbukti memang menjadi!
Rupanya Ini Cara Simpan Strawberi Tahan Lama Dan Tak Lembik
Hanya perlukan tisu dan bekas untuk letak buah sahaja, mudah bukan?
1. Kita perlukan buah strawberry, tisu. Pastikan tisu yang tebal ye, nak guna tisu dapur pun boleh supaya air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik.
2. Bekas untuk simpan. Saya guna bekas yang letak kek je. Bekas tu pastikan berlubang ye supaya udara dapat keluar masuk. Nanti tak ada la air bertakung dalam tu.
3. Basuh tangan bersih-bersih. Ambil buah, letak atas tisu dan balut ikut kreativiti.
4. Habis semua, susun dalam bekas tadi. Susun elok-elok supaya tak terbuka.
5. Sedia untuk disimpan dalam peti ais. Mudah kan?
Hasilnya memang puas hati, strawberi kekal segar dan tak lembik seperti gambar di atas. Semoga bermanfaat.
Sekali tengok pelakon dan penyanyi, Zarina Zainoordin ini macam umur 30an lagi tetapi realitinya umurnya sudah masuk 40-an. Pandai jaga penampilan dan agaknya apa rahsia kecantikannya?
Memulakan karier seni selaku bekas peserta program realiti TV Akademi Fantasia Musim kedua, walaupun kariernya ada pasang dan surutnya, Zarina kekal optimis dan sentiasa tenang dan ceria menjalani kehidupan.
Namun siapa menyangka, di usianya hampir menjengah 40-an, Zarina turut tidak menyangka yang dirinya masih solo dan berstatus bujang.
Tip Cantik Yang Zarina Zainoordin Amalkan
Menurut Zarina, dia banyak melakukan aktiviti seperti bersenam untuk mengekalkan kesihatan badan selain meminum air yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Ini bertujuan untuk memudahkan proses pembuangan sisa-sisa toksin yang terkumpul di dalam badan.
“Amalan meminum air yang banyak adalah petua yang paling baik dan penting untuk diamalkan. Ia juga boleh bertindak melindungi bibir supaya tidak kering,” katanya.
Pernah Bercinta Tapi Belum Masanya
Menurut sumber Harian Metro, dia pernah menjalin percintaan dari zaman sekolah lagi namun sampai sekarang masih belum mendirikan rumah tangga.
Zarina turut mendedahkan dalam kalangan ahli keluarganya, tinggal dia sahaja yang masih belum mendirikan rumah tangga.
“Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey. Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja,” jelasnya.
Namun Zarina memaklumkan dia sudah mempunyai teman istimewa yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu. Pun begitu, dia dan pasangan yang berusia 52 tahun itu masih mencari waktu yang sesuai memandangkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Selain soal perhubungannya, turut menarik perhatian warga maya adalah wajah Zarina yang kekal nampak awet muda walaupun sudah masuk umur 40 tahun. Rata-rata peminat Zarina turut memuji akan kecantikkan wajahnya.
Kalau tengok air wajahnya memang tak di mamah usia, nampak cantik macam umur 30-an sahaja.