Setiap wanita pastinya mahu tampil cantik untuk menambah keyakinan kala berhadapan dengan orang ramai.

Jika tidak mengenakan mekap tebal sekalipun, sedikit calitan di bibir menambah seri di wajah.

Pemilihan gincu bibir yang betul perlu agar tidak menjejaskan penampilan sekali gus menjatuhkan ‘saham’.

Memang benar, gincu antara solusi terpantas untuk mengatasi warna bibir gelap.

Artikel Lain: Hilang Keyakinan Diri Sebab Masalah Jerawat. Aina Abdul Tak Sangka Kini Wajah Terpampang Di Billboard!

Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut secara semula jadi.

Justeru, berikut apa yang disarankan oleh popmama.com.

1. Madu Dan Pudina

Kandungan glukosa dan fruktosa yang ada dalam madu dapat merangsang epidermis agar merancakkan pertumbuhan kolagen baharu.

IKLAN

Daun pudina pula kaya dengan vitamin dan mineral yang mampu mencerahkan bibir.Hancurkan sedikit daun pudina, kemudian gaul bersama madu. Sapukan pada bahagian bibir dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas dengan air bersih.

2. Lemon, Kunyit & Minyak Badam

Kandungan properti emollient dalam minyak badam dapat menghaluskan kulit bibir.Kunyit pula mampu merawat bibir hitam dan kering sementara lemon berfungsi sebagai pencerah.

Caranya dengan mencampurkan tiga sudu besar jus lemon, satu sudu besar minyak badam dan dua sudu teh kunyit.

Gaul sekata dan sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air.

IKLAN

3. Limau Nipis

Kaya dengan vitamin C, limau nipis turut memiliki vitamin A, E, K, kalsium, magnesium, potasium dan fostor.

Kelebihan yang ada mampu merawat permukaan bibir kehitaman.

Pelbagai perkara boleh menyebabkan berlakunya bibir gelap seperti terdedah kepada cahaya matahari, merokok atau pengambilan kafein terlalu tinggi.

Jadi, potong limau nipis dan sapukan pada bibir selama lima minit dan biarkan 30 minit.

Bilas dengan air dan lakukannya dua kali kali sehari jika ingin mendapatkan hasil yang terbaik.

IKLAN

Artikel Lain: Frust Bercinta Gadis Nekad Turunkan Berat Badan. Lepas 6 Bulan, Hasilnya Auto Lawa!

4. Air Putih

Cara paling mudah adalah dengan memperbanyakkan minum air putih.

Tidak hanya memberikan kesegaran kepada tubuh, malah air putih dapat menjaga kelembapan bibir dengan mineral yang cukup.

Diharapkan dengan cadangan berikut dapat memberi penyelesaian kepada masalah bibir gelap.

Paling utama jaga kesihatan dengan baik dengan amalan hidup sihat dan melakukan aktiviti fizikal.

Artikel Lain: Tak Ambil Produk Suplemen, Tapi Jaga Makan. Rahsia Wanita Ini Cepat Kembali Langsing!