Melihat penampilan si cantik Nelydia Senrose yang kini sudah berhijab setelah pulang dari melakukan umrah Disember lalu.
Dia tampil santun dengan hijab digayakan menyerlahkan lagi keserian wajah adik kepada Uqasha Senrose ini.
Biarpun tidak memberitahu secara langsung perubahan dirinya, tetapi Nelydia akui dia kini dalam proses pembelajaran berhijrah dan mohon dirinya diberi istiqamah.
“Saya mahu jalani proses penghijrahan ini selangkah demi selangkah tetapi pasti… Saya memang ke arah itu. Saya cuma tidak berani cakap lebih.
“Saya tidak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus Z. Budak belajar berenang pun tidak dicampak terus ke tempat dalam… Bimbang lemas.
“Sama juga seperti saya yang masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.
“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” katanya kepada BH Online.
Nelydia yang juga adik kepada Uqasha Senrose berkata, dia mahu menjadi muslimah yang lebih baik.
“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.
“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit… Aturan itu sangat cantik,” katanya yang menikahi ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
Ads
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okay, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya yang tidak gentar keputusan bertudung menjejaskan karier seninya. Malah, akuinya, beberapa projek telefilem bakal dijayakannya.
“Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Saya tak gentar dan takut. Setiap daripada kita ada ujian masing-masing.
“Boleh jadi kalau Tuhan sekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.
“Saya percaya apa yang berlaku, contohnya, tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya lagi.
Sekali jari tercucuk selumbar atau serpihan kayu halus, boleh tahan sakit, ya! Bukan biasa-biasa sampai tahap berdenyut tak boleh buat kerja.
Apa yang lebih risau apabila bakteria atau kuman yang boleh menyebabkan kulit mengalami keradangan.
Jari Tercucuk Selumbar
Seperti yang terjadi kepada seorang pengguna di Facebook, Rose Ramli, jarinya pernah tertusuk duri pokok jarum tujuh bilah.
Cubaannya untuk mengeluarkan duri tajam yang tertinggal di dalam jarinya menggunakan jarum ternyata gagal hingga menyebabkan anggota itu membengkak sehingga tiga hari.
Namun, akhirnya wanita ini berasa lega apabila berjaya mengeluarkan duri tersebut menggunakan satu kaedah dikongsikan di Facebook.
Cara-caranya:
1. Masukkan garam sebanyak tiga sudu kecil ke dalam bekas berisi air suam.
2. Rendamkan jari yang masih mempunyai duri sekitar 30 minit.
3. Kemudian tekan bahagian jari yang bengkak.
4. Perhatikan bahagian duri tertusuk sewaktu menekan sehingga durinya terkeluar.
Kata Rose, duri tersebut ‘meluncur’ keluar dengan mudah selepas melakukan kaedah ini.
Ujarnya lagi, dia berasa lega apabila berjaya mengeluarkannya kerana bimbang duri itu akan menyebabkan masalah yang lebih buruk.
Kaedah yang sama boleh cuba dilakukan jika anda terkena selumbar. Namun anda dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor sekiranya luka pada bahagian yang terkena duri atau selumbar tidak sembuh walaupun sudah dikeluarkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Manfaat pisang sangat luar biasa untuk tubuh manusia. Selain dikenali sebagai buah diet terbaik, pisang juga kaya dengan vitamin, mineral, serat dan pelbagai nutrisi penting. Bukan sahaja memberi tenaga, malah pisang juga membantu kesihatan ibu mengandung, mengurangkan masalah kulit, serta menstabilkan emosi.
1. Pisang Kaya Kandungan Vitamin & Serat
Pisang mempunyai kandungan karbohidrat 2 kali ganda serta vitamin A 5 kali lebih tinggi berbanding buah epal. Dengan kadar potassium sekitar 400mg bagi sebiji pisang bersaiz sederhana, manfaat pisang amat besar dalam menjaga kesihatan jantung.
2. Manfaat Pisang Sebagai Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat dalam pisang membekalkan tenaga segera. Amalan memakan 2 biji pisang sehari membantu meningkatkan imunisasi tubuh serta memberi tenaga sepanjang hari.
3. Pisang Untuk Diet & Menurunkan Berat Badan
Salah satu manfaat pisang yang paling terkenal ialah membantu menurunkan berat badan. Kandungan kalorinya rendah, sesuai dimakan sebagai snek sihat tanpa risaukan lemak berlebihan.
4. Mengatasi Masalah Jerawat Dengan Pisang
Bukan sahaja dimakan, pisang juga bermanfaat untuk kecantikan kulit. Hancurkan pisang masak, sapukan pada wajah yang berjerawat, biarkan beberapa minit, kemudian bilas. Kaedah ini membantu mengurangkan jerawat secara semula jadi.
5. Manfaat Pisang Mengurangkan Sakit Haid
Pisang membantu mengurangkan sakit ketika datang bulan. Kandungan nutrisinya dapat menstabilkan hormon sekaligus mengurangkan rasa sakit haid.
6. Mengubati Masalah Sembelit
Pisang kaya dengan serat larut yang dapat melembutkan najis serta memperlancar sistem pencernaan. Ia adalah rawatan semula jadi yang baik untuk sembelit.
7. Kulit Pisang Hilangkan Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk, cuba sapukan kulit pisang pada bahagian gatal. Ia membantu menenangkan kulit dan mengurangkan rasa gatal secara semula jadi.
8. Meningkatkan Mood & Mengurangkan Tekanan
Manfaat pisang yang jarang diketahui ialah kemampuannya meningkatkan mood. Kandungan tryptophan dalam pisang membantu tubuh menghasilkan serotonin yang menjadikan emosi lebih stabil dan mengurangkan tekanan.
9. Pisang Baik Untuk Ibu Mengandung
Pisang kaya dengan kalium, folat, vitamin C, vitamin B Kompleks, kalsium, zat besi dan magnesium. Nutrisi ini sangat penting untuk perkembangan janin serta menjaga kesihatan ibu mengandung.
Kesimpulan: Dengan pelbagai manfaat pisang yang ada, jelaslah ia bukan sekadar buah untuk diet tetapi juga sumber nutrisi penting. Amalkan pisang dalam pemakanan harian untuk tubuh lebih sihat dan bertenaga.
Baik lelaki atau perempuan, anda kena ambil tahu cara tukar getah pintu peti ais sendiri. Sekali dah rosak, tak kan nak terus beli baru!
Haa… ini kalau ada masalah pintu peti tetiba tak boleh tutup lah, maknanya getah tu bermasalah. Bila tengok kos penukaran getah pintu peti sejuk ini, boleh tahan juga.
Jadi, buat sendiri lah, jimat. Ini cara yang dikongsikan oleh Shima Amrin melalui laman Facebook tentang cara menukar getah pintu peti sejuk tapi tidak memerlukan kos yang tinggi.
Okay, jom kita tengok perkongsiannya.
INI CARA TUKAR GETAH PINTU PETI AIS SENDIRI, JIMAT DUIT!
Pintu peti sejuk tak rapat sebab getahnya expired. Begini cara tukarnya & buat sendiri jimat RM100 tak perlu upah! Meh saya tunjukkan caranya satu demi satu. Pastikan getah pintu peti sejuk anda memang betul-betul expired. Tanda-tanda expired adalah getah dah tertanggal dari pintunya.
Langkah 1 : Cabut getah. Caranya adalah dengan cabut penjuru atas macam dalam gambar bawah..tarik aja sampai getah tu tercabut. Jangan risau, nak repair ni tak perlu tool.
Langkah 2 : Cara pasang getah yang baru pula. Tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Baru tekan yang lain-lain, untuk elak getah terlebih saiz di setiap penjuru. Baru lah tekan yang lain-lain.
Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang nak tutup nanti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!