Macam biasa apabila tibanya Syawal hidangan paling popular disediakan adalah rendang atau gulai daging.
Lebih sedap dicicah dengan lemang atau ketupat palas. Namun benarkah pengambilan daging berlebihan tidak bagus untuk kesihatan.
Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Pegawai Dietetik Medical Mythbuster Malaysia, Nur Hafizah Mahamad Sobri berkata, daging merupakan satu sumber gabungan zat penting seperti protein jenis tinggi bioavailabiliti, zink, glutein dan besi heme.
“Segala zat yang terkandung dalam daging sukar untuk didapati dalam kuantiti yang baik dalam makanan lain. Sebagai contoh, besi heme hanya boleh didapati di dalam daging dan bagi individu yang tidak mengambil daging, mereka akan berhadapan masalah anemia atau sel darah merah yang rendah yang memerlukan kebergantungan kepada suplemen,” terang Nur Hafizah.
Namun demikian, pengambilan daging perlu dikawal. Dalam erti kata lain, kuantiti yang diambil perlu cukup, tidak lebih atau tidak terlalu kurang.
“Kuantiti yang disarankan kepada golongan dewasa untuk gabungan pengambilan daging atau ayam atau telur adalah separuh hingga dua hidangan dalam sehari.
“Perbandingan mudah, satu hidangan tersebut bersamaan dengan satu biji telur atau daging atau ayam bersaiz tapak tangan. Maksudnya, maksimum pengambilan (gabungan) menu tersebut mestilah tidak melebihi dua tapak tangan atau dua biji telur,” jelasnya lagi.
Sementara itu menurut Pegawai Dietetik, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Nur Adilah Muhammadun Basar pula memberitahu bahawa daging diproses itu sebenarnya sangat-sangat tidak digalakkan untuk dikonsumsi.
Ini kerana 100 gram (g) daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1g protein dan 4.2g lemak berbanding kambing yang mengandungi 258 kalori, 25.6 g protein dan 8.8g lemak.
Daging diklasifikasikan sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi. Menikmati daging dengan kuantiti yang disyorkan akan menurunkan risiko sarcopenia atau hilangnya jisim dan kekuatan otot seiring pertambahan usia.
The American Journal of Clinical Nutrition, sarcopenia adalah masalah kesihatan yang serius di antara orang dewasa yang lebih tua tetapi dapat dicegah dengan peningkatan pengambilan protein.
Sumber protein makanan terbaik adalah makanan yang berasal dari haiwan seperti daging lembu, ikan dan produk susu.
Salah satu nutrien yang terdapat dalam daging lembu adalah carnosine iaitu sebatian penting untuk fungsi otot.
Menurut Nutrition Advance, tahap ketinggian carnosine dikaitkan dengan penurunan keletihan dan peningkatan prestasi semasa latihan.
Kekurangan zat besi merupakan salah satu penyebab anemia dan gejala utamanya adalah keletihan dan tubuh badan berasa lemah.
Daging lembu adalah sumber zat besi yang bagus terutama dalam bentuk besi heme dan paling mudah didapati kerana hanya terdapat dalam sumber protein haiwan.
Jika dibandingkan dengan besi bukan heme, besi heme lebih mudah diserap oleh badan. Oleh yang demikian, memakan daging adalah salah satu kaedah terbaik untuk mencegah anemia.
Daging lembu juga dipercayai dapat meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan risiko diabetes.
Asid linoleat yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan kepekaan insulin. Selain itu, sebatian L-carnitine yang terkandung di dalam badan lembu dapat meningkatkan tahap glukosa dan profil kolesterol keseluruhan pada pesakit diabetes jenis 2.
Tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis kompleks vitamin B dan daging boleh menjadi sumber vitamin B kompleks yang baik.
Daging lembu turut mengandungi vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem saraf, vitamin B3 yang dapat menyokong sistem pencernaan dan vitamin B2 yang baik untuk kesihatan kulit dan mata.
Salah satu penyebab jangkitan luka yang paling biasa adalah penyaluran oksigen ke tisu yang rosak. Kekurangan mineral boleh melambatkan pembentukan dan pembaikan tisu. Justeru, mineral yang terkandung dalam daging membantu dalam penyembuhan kerana berperanan menyebarkan oksigen melalui darah.
Nutrisi yang terkandung dalam 100 gram daging lembu:
Masih ramai yang sedang berusaha keras untuk kurus tetapi diet gagal juga, ini semua disebabkan kurang kesedaran dan tiada ilmu dalam memilih makanan sihat.
Menerusi satu ciapan daripada Dr Samhan, sebenarnya ini lah perkara yang mungkin kita tak sangka akan jadi punca GEMUK!
Punca Diet Gagal
1. Makan laju sangat
Perut ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang, kalau makan laju, otak kata masih lapar dan akan makan lebih banyak.
2. Kuah banjir melimpah ruah!
Ini boleh jadi punca kalori berlebihan, lagi-lagi kalau berlemak dan mengandungi santan!
3. Makan nasi bersulam air manis
Bukan tak boleh hentikan cara ini tetapi dah jadi tabiat. Suka sangat makan bersulam air, nak-nak pula kalau pedas. Tetapi kalau ikutkan orang dulu-dulu pun, memang tak elok makan bersulam air ni. Jom, ubah!
4. Makan nasi menimbun
Suka cedok nasi banyak terus, melebihi portion yang sepatutnya. Risau sangat perutnya tak kenyang. Atau mungkin dah nampak lauk pauk yang sedap depan mata. Itu yang gagal amal makan segenggam tangan.
5. Makan guna pinggan size besar!
Cuba ambil pinggan yang kecil, mesti anda segan nak tambah nasi. Dah kalau ruangnya besar, mestilah cedok nasi dan lauk banyak.
Kalau ikutkan, saiz standard pinggan makan 9 inci diameter.
6. Makan nasi goreng, bukan nasi putih
Biasanya pilihan nasi goreng ni berlaku bila makan kat kedai, sedap je order menu bergoreng sebab bukan kita yang masak. Itu yang jadikan diet gagal mudah.
Nasi/Mi/Kuew tiaw/bihun goreng tinggi lemak dan kalori berbanding nasi putih.
7. Ambil lauk banyak sangat
Istilah tercedok tetapi sebenarnya memang tak mampu nak kontrol. Masalahnya ambil lauk banyak sangat boleh membuatkan kalori anda pun terlebih.
8. Tak makan sayur atau buah
Macam mana nak kenyang kalau tak makan sayur dan buah? Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ini mempunyai kandungan serat, vitamin, dan mineral yang baik.
9. Makan nasi berlauk makanan terproses
Ini pun satu masalah kalau anda memilih menu berlauk makanan proses. Jenis suka makan sosej, nugget, atau daging burger. Hancur lah diet.
Haaa.. jadi kalau betul anda nak kurangkan berat yang banyak, pastikan anda mampu mengubah amalan pemakanan yang diambil dalam kehidupan harian.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya ada cara ukur saiz kasut anak dengan lebih mudah kalau nak beli secara online, nak-nak zaman sekarang lagi jimat poket dan masa kalau tak keluar rumah.
Namun cabarannya, risau tak muat atau terlebih besar bila main beli tak cuba dulu. Jadi anda oleh cuba tip ini untuk selamat dan dapatkan saiz yang tepat.
Ini antara 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.
Letakkan kaki anak atas kertas kosong dan lepas itu kita tekapkan saja.
Bila dah dapat lukisan, barulah kita ukur guna pembaris. Dekat mana nak ukur? Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau! Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ini. Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU. Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak guna nanti.
Gimnasium sepatutnya jadi tempat yang selamat, tapi gangguan seksual boleh berlaku tanpa kita sedar. Kenali 5 jenis gangguan—daripada komen lisan hingga rakaman tanpa izin—dan ketahui langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri anda.