Bertahun Kulit Macam ‘Orang Tua’ Sebab Tak Mampu. Akhirnya Pilih Klinik Kesihatan Sembuhkan Wajah! Pernah berdepan dengan masalah kulit muka berkedut seperti orang tua disebabkan alahan kerana hamil sebelum itu. Namun sebenarnya ada kisah lain berlaku disebaliknya selepas beberapa tahun dia melahirkan anak.

Dalam perkongsian di Mstar, Lyna Sabran, 37 tahun, berkata kulit mukanya didiagnosis sebagai sebaceous gland hyperplasia (SGH).

Menurutnya sewaktu mengandung mukanya elok saja, tetapi selepas bersalin anak ketika, ia beransur-ansur jadi menebal dan berkedut. Ketika itu dia tidak perasan perubahan itu tetapi orang sekeliling yang menegur.

Bertahun Kulit Macam ‘Orang Tua’ Sebab Tak Mampu

 

@lyna.sbrn update lepas makan isotretonoin 10 hari berlalu..daripada kulit berminyak jadi kulit kering melampau 🥺 Nanti sy update lagi… #dermatologist #accutanejourney #sebaceoushyperplasia ♬ At My Worst – Pink Sweat$

“Waktu mula-mula jadi, kulit jadi menebal disebabkan sebum membengkak wabah kulit. Maknanya kulit hasilkan minyak banyak, ia menebal dan kedut pun terbentuk.

“Saya fikir ia adalah kerana hormon dan ditamba dengan faktor genetik, sebab arwah bapa dan ibu saudara pun ada alami situasi kulit serupa, jadi saya kurang ambil kisah,” ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata.

IKLAN

Tambahnya lagi, bertahun-tahun dia menjalani hidup dengan keadaan kulit muka sedemikian tanpa masalah kerana ia tidak mendatangkan rasa sakit.

“Saya jenis yang peramah, extrovert, jadi saya tak terlalu memikirkannya. Pernah juga waktu keluar ada orang panggil saya makcik. Masa itu terasa juga tetapi tidak ambil hati sangat.

“Dalam tempoh itu juga saya pernah bertanya kepada kinik kulit swasya tapi kos rawatan sangat mahal mencecah berbelas ribu. Jadi, hasrat nak rawat kulit hanya dipendam saja,” katanya yang tergerak hati melakukan rawatan selepas ramai bertanyakan masalah kulit dihadapi.

 

IKLAN
@lyna.sbrn Hi! selamat petang..sedikit #transformasi dari kak lyna.Day 24 #accutanejourney #dermatologist ♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah – Iren Lafebian

Disebabkan itulah menjadi turning point untuk membuat rawatan apabila ramai yang bertanya. Nak dijadikan cerita Mei lalu saya pergi ke Klinik Kesihatan (KK) sebab tak sihat. Alang-alang, saya terus tanya doktor tentang kulit mukanya.

“Doktor di KK rujuk kes saya kepada pakar kulit Hospital Muar. Selepas buat biopsy, kulit saya didiagnos dengan SGH. Sekarang saya masih dalam rawatan. Kena makan ubat jerawat kronik yang perlu diambil atas nasihat doktor,” katanya yang bekerja sebagai penjawat awam di sebuah kolej matrikulasi.

IKLAN

Akhirnya Pilih Klinik Kesihatan Sembuhkan Wajah!

Setelah hampir 5 bulan menjalani rawatan, Lyna bersyukur kulit wajahnya menunjukkan perubahan positif sehingga mendapat teguran serta pujian rakan sekeliling.

 

@lyna.sbrn No caption…apa2 pon Alhamdulillah atas kesempatan dan rezeki yang diberi.. #dermatologist #sebaceoushyperplasia #CapCut ♬ Senyum – As’ad Motawh

Dia juga turut muat naik video berkaitan SGH di Tiktok dan berkongsi pengalaman dengan orang lain yang berkongsi masalah sama.

Menurutnya dengan perkongsian ini dapat menimbulkan kesedaran bahawa SGH masih boleh diperbaiki. Tambah Lyna dia buat bukan kerana nak cantik, cuma kelihatan normal seperti dulu.

Artikel Lain: Pernah Simpan Rambut Cantik Panjang Mengurai, Ramlah Ram Terpaksa Potong Sebab Susah Nak Jaga