Jika dilihat pada susuk tubuhnya, penyanyi kecil molek ini bagaikan tidak menang tangan menguruskan perniagaan yang dusahakannya.
Biarpun sibuk, namun bukan alasan untuk pemilik lagu Persis Mutiara ini dalam bab menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.
Memberitahu tidak ada rahsia tertentu, pemilik nama Noorsyarmila Jirin ini memberitahu salah satu tip adalah melakukan aktiviti bersama keluarga.
Aktiviti Bersama Keluarga
“Alhamdulillah, tak adalah rahsia spesifik, tetapi saya rasa tips yang paling berkesan untuk kekal sihat dan tidak berdepan kemurungan adalah melakukan banyak aktiviti bersama keluarga.
“Selain itu saya juga turut menguruskan jadual harian dengan seimbang dari segi urusan perniagaan, keluarga dan waktu untuk diri sendiri. Seperti saya, saya akan cuba uruskan masa saya 8 Jam untuk urusan kerja, 8 Jam untuk rehat, 1 jam untuk aktiviti membaca sama ada membaca buku secara fizikal atau secara online.
“Kebiasaannya dan buku-buku yang saya sering baca adalah buku motivasi, buku inspirasi dari penulis penulis hebat di Malaysia dan luar negara.
“Saya juga turut akan memperuntukkan beberapa jam untuk aktiviti bersama anak sama ada di rumah atau membawa berjalan jalan,” katanya yang menganggap pembahagian masa yang bagusdan seimbang ini antara terapi yang terbaik agar kehidupan tidak penuh dengan tekanan kerja.
Dia yang sejak dulu memang saiz fizikalnya dilihat kecil molek memberitahu tidak pernah berdepan dengan masalah kenaikan berat badan mendadak kecuali ketika melahirkan anak pertamanya.
“Alhamdulillah, saya adalah seorang hamba Allah yang tidak diberi ujian berat badan. Seingat saya, paling berat yang pernah saya kecapi adalah sewaktu hamil anak pertama saya pada 2017 dengan berat mencecah 50KG ++.
“Berat badan saya boleh dikira bertambah selepas berkahwin, dari 40KG sebelum berkahwin dan kini berat saya adalah lingkunagn 43KG. Dan berat itulah saya maintain hingga sekarang,” katanya yang juga tidak berdepan dengan masalah wajah teruk kecuali kering dan kusam.
Ads
Kulit Kusam & Kering
“Tidak ada masalah kulit yang teruk, cuma wajah jadi kering dan kusam. Disebabkan sebelum berkahwin dulu saya sangat sibuk dalam menguruskan perniagaan sehingga mengabaikan kesihatan kulit
“Tetapi kini, ia tidak lagi berlaku kerana saya memaksa diri untuk mengekalkan momentum minum air putih dengan banyak setiap hari dan mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang dari segi rehat dan juga makanan yang diambil.
“Di samping itu, saya juga tidak lagi mengenakan sebarang foundation (alas bedak) sewaktu menatarias wajah saya bagi aktiviti harian kerana saya ingin memberikan kulit saya bernafas dengan baik,” jelasnya Mila yang tular baru-baru ini kerana menaja majlis resepsi untuk pengantin baru, Heliza Helmi dan suami mencecah puluhan ribu ringgit.
Majlis resepsi berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin pasangan mempelai yang juga sahabat baiknya.
“Hadiah dan nilaimajlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.
“Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi,” katanya yang tekad merealisasikan niatnya yang sudah terpendam sekian lama yang bermula dari kata kata seloroh.
Mila mendedahkan Heliza sebenarnya sangat pemurah dan tidak berkira. Bahkan Heliza juga sentiasa memberi hadiah.
Ads
Malah Heliza dan adiknya, Hazwani Helmi pernah tiba tiba muncul di hospital beberapa tahun lalu melawat saya ketika diserang demam denggi.
“Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.
“Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati.
“Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing masing. Tetapi kami kerap berhubung melalui WhatsApp, rakaman suara dan juga telefon sambil bertanya khabar serta bertukar pendapat.
“Tak ketinggalan kami pasti sering mendoakan antara satu sama lain. Tambahan sewaktu ‘lockdown’, dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma,” katanya.
Semarakkan Empayar Perniagaan
Pada majlis resepsi itu, Mila berjaya meyakinkan Heliza untuk menyarung busana daripada kain songket.
Dalam perkembangan lain, Mila kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya selepas lebih dua tahun melalui fasa turun naik kesan pandemik COVID-19.
Ads
Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin atau premis ruang acara di One City Subang, Sanctuary Mall, Rawang dan Johor Bahru. Pada pertengahan tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Syarikatnya sehingga kini telah menguruskan hampir 7,000 majlis dari tahun 2013 dan mempunyai misi yang besar dalam membawa jenama itu kesemua bandar utama di seluruh negeri dan menjadi pengurusan majlis kahwin dengan Dewan terbesar di Malaysia.
Pakej perkahwinan ditawarkan kini bermula dengan harga RM9,900 untuk 100 tetamu. Butiran lanjut di www.bizmillacatering.com
10 Tips Atasi Stres Hadapi Kerja & Hidup :
1: Pastikan ada Jadual harian kerja / list to do agar tugasan kerja dan tugasan dirumah dapat diuruskan sebaiknya
2 : Sering berkongsi rasa dengan pasangan, andai penat atau tak cukup masa dalam uruskan sesuatu, berbincang secara terbuka agar pasangan dapat bantu membantu dalam menguruskan apa yang perlu
3 : Luang masa 1 hari untuk rehat dari urusan kerja dan pergi bersiar siar / menonton tv / luangkan masa dengan anak dan keluarga
Jika anda tak rajin menggunakan skincare, anda boleh cuba cerahkan kulit muka dengan menggunakan mask asam jawa buatan sendiri.
Wanita Ini Sapu Masker Asam Jawa Untuk Cerahkan Kulit, Parut Pun Hilang
Tip yang dikongsikan oleh Puan Rubiey Redzuan ini dikatakan sangat berkesan untuk kecantikan kulit, malah bukan hanya boleh mencerahkan tetapi juga berfungsi untuk memudarkan parut jerawat dan melembutkan kulit.
Selepas pakai masker ni parut jerawat pudar, jerawat kecut dan muka cerah. Bila sentuh pipi memang lembut sangat! Guna dua bahan sahaja untuk dapatkan kulit cantik berseri.
Bahan-bahan:
1 sudu makan asam jawa
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Cara penyediaan:
1. Bancuh asam jawa dengan sedikit air.
2. Kemudian buang biji asam jawa dan masukkan tepung pulut.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.
5. Sapu dekat muka. Sebelum pakai baca bismillah dulu, ketika sapu selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali.
6. Biarkan sehingga kering dan bilas.
Kulit muka akan menjadi lembut dan cantik. Rugi kalau tak pernah cuba masker asam jawa ini.
Selain kecantikan, asam jawa juga boleh membantu:
Menurunkan berat badan
Mencegah ulser peptik (luka pada bahagian dalam perut)
Menurunkan bacaan gula dalam darah
Membantu sistem pencernaan
Menjaga kesihatan hati
Menangani masalah alergik
Namun begitu, tahukan anda bila agaknya berus gigi perlu ditukar? Menurut kajian berus gigi yang tidak ditukar atau dijaga dengan baik akan menyebabkan kita mudah diserang sakit demam, batuk selesema, jangkitan mulut dan kulat.
Ini kerana sebenarnya berus gigi yang tidak dijaga dengan baik menjadi tempat paling disukai oleh kuman.
Malah dikatakan juga berus gigi yang rosak juga boleh menyebabkan gigi tidak dicuci dengan baik dan boleh sebab luka pada mulut.
Tunggu apa lagi, selepas ini kita patut menukar berus gigi dengan lebih kerap. Perkongsian doktor gigi ini di laman twitter menggunakan akaun @doktorgiginajib memberitahu kita perlu menukar berus gigi setiap tiga bulan sekali atau sebaik saja melihat berus gigi tidak menyerupai berus gigi lagi.
Setiap 3 bulan sekali atau sebaik nampak berus gigi dah tak rupa berus gigi terus tukar
Korang bookmark ni sesiap. Mana tau lupa.
Gambar rajah berus gigi belah kanan bawah ni yang patut korang tukar.
Selain info ini, kita juga digalakkan untuk meletakkan berus gigi di tempat yang kering, dalam kedudukan menegak supaya ia terdedah dan mudah kering.
Elakkan juga meletakkan berus gigi di tempat lembap seperti sebelah sinki dan sentiasa keringkan cawan pemegang berus gigi.
Apa yang penting, penjagaan berus gigi itu sangat perlu diutamakan bagi memastikan kesihatan mulut dan gigi terjamin selamat dan tidak mendatangkan mudharat kesihatan.
Bukan kaum lelaki saja yang mengimpikan badan tegap dan kaki lebih berotot. Kaum wanita juga tidak terkecuali lebih-lebih di bahagian kaki.
Bahagian inilah paling penting kerana digunakan untuk melakukan pelbagai gerakan dalam membuat kerja dengan lebih cepat dan tangkas.
Jadi senaman di bahagian kaki sangat penting dalam membina otot yang lebih tegap, padu dan pejal.
Ini jenis senaman yang sangat efektif boleh kita praktikkan di rumah.
1. Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambahkan beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya mengalami masalah kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda ada ruang yang besar.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini adalah antara senaman paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya. Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
Senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di taman rekreasi ataupun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak dan paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Jika terlalu rendah, ia kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. CUba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas. Semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan terlalu laju. Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Dead-lift
Senaman ini pula lebih efektif untuk membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki menghadap penjuru dan tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki. Hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak. Jangan melengkung.
Lakukan senaman-senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3-4 set, 20-30 pengulangan bagi anda yang ingin membakar lebihan lemak.