Tak susah nak kelihatan cantik dan kulit sentiasa awet muda walaupun usia sudah melewati angka 30-an.
Tidak perlu berbelanja mahal, hanya perlukan cara rawatan tradisional yang menggunakan bahan dapur mudah didapati.
Seperti perkongsian wanita ini Zana Mokhtar dalam Grup Masak Apa Hari ini memberitahu cara membuat resipi susu kunyit madu badan untuk rahsia awet muda, kulit glowing dan pinkish.
RESIPI SUSU KUNYIT MADU BADAM UNTUK KULIT GLOWING AWET MUDA DAN PINKISH
Korang Kekna nak kongsi rahsia Kekna sendiri untuk kulit putih bersih pinkish dengan homemade semulajadi jurr.
Ads
Korang konsistenkan hasil dia kan cantikkk wehh kulitt korang. Kekna amalkan setiap kali sebelum tidur.
Model utama yang korang wajib ada. – Susu rendah lemak – 1 inci kunyit di tumbuk kasar – 3 Biji Badam di tumbuk kasar – 2 Sudu Madu
Ads
Cara dia mudah yakmatt korang nak buat ni taw. 1. Pertama sekali korang panaskan jurr susu. Lepas tu masukkan kunyit. Kacau perlahan lahan dan masukkan badam. 2. Tuang susu dalam gelas, masukkan madu. Kacau kacaukan dan boleh la minum susu yang sedap ni wehh sangad. 3. Dah dapat rahsia Kekna kan. Korang jangan lupa tekan #SHARE hokey. Untuk sama sama dapat manfaat dengan kengkawan yang lain dapat kulit cantikk giteww.
Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya diserbu pengunjung, 40 vendor usahawan wanita meriahkan suasana.
Haaa… jangan tak tahu, Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall. Tengoklah, betapa meriahnya di situ!
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Apa yang menarik, majlis yang disertai 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung.
YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ini satu usaha sangat baik kerana selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka.
Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi yang mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemetiahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wajah gebu elok tetapi bahagian tangan nampak berkedut dan timbul urat. Macam tak selari dengan kulit muka, ini kena betulkan!
Sungguh jauh berbeza dan seperti dua kulit usia berlainan manusia. Kulit tangan penulis nampak lebih tua, kusam dan tidak terjaga.
Ternyata bila aktif pula dalam sukan, mula timbul urat-urat jari dan tangan yang menambah kesan penenuaan. Jadi apa yang perlu kamu lakukan jika mempunyai masalah kulit tangan tua?
Tidak terlewat untuk mengembalikan perawatan pada kulit tangan. Dua produk yang paling penting ialah krim pelindung matahari dan losyen (krim pelembap badan atau tangan). Gabungan dua produk membantu melindungi dan menambah kelembapan pada kulit tangan. Kamu juga boleh mencari losyen mengandungi vitamin E yang sangat baik mengatasi penenuaan.
Namun memakai losyen sepanjang masa dapat memberi rasa tidak selesa. Telapak tangan mudah menjadi licin, apatah lagi bila berpeluh serba jadi tak kena tapi dalam masa yang sama mahu mengelak kulit tangan dari kering.
1. Gunakan kadar krim yang sedikit tetapi kerap. Jika kamu sering basuh tangan atau berpeluh lakukan cara ini.
2. Cari produk losyen jenis gel atau mudah menyerap.
3. Lakukan insentif melembap tangan pada waktu sebelum tidur.
Jangan lupa juga untuk lakukan skrub pada bahagian tangan. Ini juga salah satu cara menyingkirkan kulit mati yang mengakibatkan kulit tampak tidak bermaya dan meningkatkan kadar garis halus.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimana kita tahu waktu yang sesuai untuk mengawal pengambilan makanan? Sebenarnya ‘loceng’ itu akan berbunyi apabila badan sudah memberi tanda cepat letih, tidak bermaya dan sering diundang rasa malas.
Bukan mudah untuk terus memotong atau membuang terus tabita pemakanan harian. Cara yang betul adalah memotong kandungan kalori yang biasa diambil.
Ditambah pula dengan senaman untuk mendapat keputusan yang benar-benar berkesan.
Segelas jus oren mengandungi sedikit sari buah dan tidak mempunyai fiber daripada oren. Manakala jika makan sebiji buah keseluruhan nutrisi buah dapat dinikmati.
Ayam ditumis dengan sedikit minyak lebih sihat daripada ayam bergoreng dalam minyak yang banyak. Bagi menambah rasa, tumis sekali sayur-sayuran pelbagai warna. Tentu enak dan menyelerakan.
Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar basah atau kedai runcit lebih segar berbanding dengan produk import. Produk segar daripada lading lebih kaya khasiat dan vitamin serta mineralnya.
Makan anggur yang telah disejuk beku boleh membantu mengurangkan kalori jika disbanding dengan popsicle. Ditambah pula dengan kandungan gula semulajadi anggur!
Beras perang mengandungi kurang kanji berbanding beras putih. Mengawal pengambilan nasi boleh membantu mengurangkan berat badan.
Jika sudah biasa menggunakan mentega sebagai lepa di atas roti cuba ubah menggunakan buah avakado. Pasti lebih sihat dan yang penting tidak mengandungi lemak.
Bagi melengkapkan sarapan yang penuh khasiat ambil telur rebus bagi menikmati khasiat protein. Telur goreng? Cuba elak mengambil minyak di pagi hari.
Lebih elok mengambil sumber kekacang berbanding mentega kacang. Ini kerana mentega kacang mengandungi lebih lemak dan gula berbanding kacang.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.