Tidak sepereti orang lain yang sudah melahirkan anak untuk mengekalkan bentuk badan langsing selepas melahirkan, tetapi bagi Scha tiada masalah untuk kekal langsing.
Menurutnya tiada rahsia tertentu diamalkan tetapi apa yang sering dilakukan adalah ‘merapikan’ rumah kerana dia tidak gemarkan keadaan berselerak dan bersepah.
Kadangkala jadual kerja agak padat, jadi Scha akan cuba untuk meluangkan masa membersih dan mengemas rumah.
Pada masa sama, Scha juga seorang yang lasak dan tidak boleh duduk diam. Dia akan cuba mencari apa saja aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.
Ads
Walaupun mempunyai pembantu, tetapi Scha mengakui selesa melakukannya sendiri.
“Memang ada pembantu, tetapi saya selesa melakukannya sendiri. Mungkin ramai yang menganggap saya ‘lady boss’ yang tidak melakukan kerja-kerja rumah.
“Agak melucukan apabila setiap kali menziarahi ke kediaman ibu mertua, dia tidak membenarkan saya membuat kerja rumah kerana berasa segan untuk meminta saya berbuat demikian.
“Kadangkala ada juga yang berfikir saya seorang yang tidak melakukan kerja-kerja rumah kerana ada pembantu. Awas, sebenarnya tidak ya,” katanya lagi sambil berseloroh.
Scha turut memberitahu dia tidak melakukan sebarang aktiviti fizikl keranatidak dibenarkan oleh doktor.
Ads
“Saya tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal kerana doktor tidak membenarkan berbuat demikian.
“Ini disebabkan saya melakukan pembedahan sewaktu melahirkan anak kedua, doktor menasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lasak.
“Boleh dikatakan, kediaman dua tingkat rumah ini dijadikan sebagai ‘gimnasium’ selain sibuk menguruskan dua cahaya mata.
“Saya juga akan memakai jam pintar bagi mengetahui jumlah kalori yang telah dibakar berdasarkan aktiviti yang dilakukan.
“Boleh dikatakan setiap kali saya melakukan sebarang aktiviti, saya akan memakai jam pintar tersebut,” katanya lagi yang akan memastikan pengambilan air putih mencukupi.
Dia juga akan menbawa air putih ke mana saja pergi dan cuba mengurangkan pengambilan air manis. Ini adalah salah satu cara Scha Alyahya untuk memastikan berat badan sentiasa ideal.
Untuk makluman, tahun ini juga pasangan Scha Alyahya dan suami Awal Ashari menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan dan keduanya telah dikurniakan dua cahaya mata, Lara Alana 7 tahun dan Lyla Amina, 4 bulan.
Tular kebaikan minum teh spearmint yang dikatakan buat kulit cantik, jadi inilah masanya untuk mula amalkan!
Rata-rata yang mengamalkan petua ini menjelaskan teh istimewa ini mampu membuatkan kulit mereka jadi lebih bersih. Malah sampai berkaca, kiranya kalau nak kecapi glass skin, amalkan minum teh ini.
Bantu Hilangkan Jerawat
Selepas selidik tentang teh spearmint, ternyata banyak kebaikan jika dijadikan amalan harian. Salah satu untuk masalah jerawat hormon. Sesuai sangatlah buat para gadis yang sentiasa berdepan dengan jerawat setiap kali datang haid. Teh spearmint ini boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Baiki Penghadaman
Spearmint adalah herba pudina yang tinggi antioksidan. Ini boleh membantu mengimbangi hormon, menurunkan gula darah dan memperbaiki penghadaman, bahkan juga boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya ingatan.
Dipetik dari Byrdie, kajian menjelaskan bahawa teh spearmint mempunyai sifat anti-androgenik, maksudnya boleh mengurangkan pengeluaran sebum. Hal ini baik untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat kerana sebum yang berlebihan boleh mengakibatkan pori-pori tersumbat, kulit berminyak, sehinggalah jerawat.
Berapa lama masa yang diambil untuk teh spearmint membersihkan kulit?
Disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya dua cawan teh setiap hari selama sekurang-kurangnya sebulan untuk melihat perubahan pada kulit kamu. Badan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 60-90 hari untuk menunjukkan hasil.
Ada kesan sampingan?
Ini adalah pilihan yang selamat, anda boleh mencubanya jika bergelut dengan jerawat hormon. Tidak rugi untuk mencubanya kerana tiada kesan sampingan yang dilaporkan daripada meminum teh spearmint untuk jerawat ini.
Jadi kalau anda nak kulit cantik, teh spearmint adalah remedi semula jadi untuk mengurangkan jerawat hormon.
Semakin ramai wanita urut wajah guna Gua Sha semata-mata nak dapatkan wajah runcing. Malahan tular di laman TikTok, beberapa video berkongsi tentang cara nak urut wajah menggunakan batu jed ini.
Hasilnya persis wajah Bella Hadid yang digelar wanita paling cantik di dunia, dagu jadi runcing dan nampak sempurna.
Hah, kalau anda nak memiliki wajah runcing seperti Bella, boleh lah disiplin dan rajin amalkan teknik penjagaan wajah orang China turun-temurun dengan menggunakan Gua Sha.
Urut Wajah Guna Gua Sha, Teknik Ini Buat Dagu Runcing
Teknik urutan wajah menggunakan batu jed, atau dipanggil Gua Sha semakin mendapat tempat di kalangan wanita. Gua Sha merupakan teknik penjagaan wajah tradisional dari China menggunakan batu jed. Kesan urutan ini menjanjikan wajah runcing di samping kelancaran peredaran darah.
Ada banyak bonus teknik urutan Gua Sha, ini termasuk meningkatkan peredaran darah, memberi kelegaan dan menghilangkan tekanan. Kalau guna Gua Sha setiap hari, wajah anda bukan saja dapat kembali cantik terbentuk seperti masa remaja. Malah wajah akan lebih berseri dengan perjalangan darah yang lancar pada wajah.
Keburukan Guna Gua Sha
Gua Sha boleh mendatangkan kesan yang melibatkan gosokan kulit dengan batu. Ini boleh menyebabkan saluran darah terganggu (bila tekan kulit dengan cara mengurut yang salah), dan boleh menyebabkan lebam dan pendarahan kecil.
Namun menurut pakar, anda tidak boleh mengurut di seluruh wajah tanpa arah. Anda memerlukan beberapa metodologi. Untuk mendapatkan wajah yang runcing dan menarik, disarankan urut wajah menggunakan Gua Sha sebanyak tiga kali seminggu secara konsisten!
Kata pakar, sebaiknya lakukan rutin ini pada waktu pagi selepas cleansing, bila wajah kelihatan agak bengkak sejurus bangun tidur. Letak juga facial oil atau serum sebelum mula rutin Gua Sha. Pastikan anda prep wajah dahulu untuk hasil yang luar biasa. Gua Sha juga boleh dijadikan rutin malam sebelum tidur.
Nanti cari Gua Sha dulu dan jangan lupa amalkan setiap hari!
Kredit video: makeup.dora0
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai cara untuk menguruskan badan dan salah satunya adalah dengan pengambilan minuman detok.
Kebiasaannya minuman detok ini diperbuat daripada campuran buah-buahan seperti lemon, epal hijau ataupun timun.
Namun baru-baru ini viral diperkatakan tentang satu minuman detoks yang dihasilkan dengan campuran kopi dan lemon boleh menguruskan badan.
Walaupun begitu, betul atau tidak campuran kedua-dua bahan ini efektif dan berkesan untuk menurunkan berat badan.
Perkongsian di laman TikTok Dr Wan menerangkan sejauh mana keberkesanan fakta ini.
Menurutnya, walauapun lemon boleh memecahkan lemak, tidak ada kajian saintifik mengenai campuran lemon dan kopi boleh menyebabkan penurunan berat badan.
Malah tidak semua orang boleh minum minuman ini terutama bagi mereka yang ada masalah anxiety. Bahaya untuk diminum kerana bimbang jadi kemudharatan lain.
Tambah Dr Wan cara terbaik untuk kurus adalah dengan kalori defisit
Dengarkan penjelasan penuh Dr Wan dan pilihlah cara sihat untuk menguruskan berat badan.