Menurutnya kurap ini biasanya akan menyerang di bahagian kulit kepala, pelipat, celah jari kuku, serta kuku dan rambut.
Ads
Masalah jangkitan kulat ini boleh dirawat dengan ubat anti kulat dalam bentuk salap secara sapuan atau ubat makan.
Kurap dirawat dengan ubat anti-kulat dalam bentuk salap(sapuan) atau ubat makan (pil/tablet).
Ads
Ubat sapuan boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi, manakala ubat makan perlukan preskripsi doktor. Selain itu, doktor juga akan beri ubat gatal.
Kurap boleh dicegah dengan cara berikut: – Jaga kebersihan persekitaran – Amal akan pemakanan sihat – Elak kongsi tuala, stoking, dan lain-lain – Mandi selepas bersukan dan beriadah – Elak peram pakaian/tuala kotor – Bersihkan kasut 2 kali seminggu
Tidak dinafikan bila seorang wanita hamil itu akan berkelakuan yang pelik-pelik. Dan sifat ini dikatakan kerana pembawaan budak sepanjang kehamilan.
Jika teringin untuk makan makanan menyihatkan pasti tidak ada masalah. Tetapi bagaimana jika sifatnya ingin mengunyah ais ketika hamil.
Apakah ada kesannya pada bayi dikandung dan bagaimana saat proses melahirkan nanti.
Dalam perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu kaitan ais ini dengan sel darah merah dalam badan.
KORANG SUKA TAK KUNYAH AIS SEMASA HAMIL?
Ramai ibu mengandung saya jumpa suka makan ais. Ada juga anak anak yang suka kunyah ais macam gula gula dibuatnya.
Pernah saya berjumpa satu client yg paras Hb (sel darah merah) rendah sangat. Saya pun tanya ‘Boleh saya tahu puan makan apa kebiasaannya?
Rendahsangat Hb puan ni.’ Beliau menjawab, sejak dua menjak ni saya takda selera makan nak muntah je Puan Syaza, saya lalu kunyah ais je, jawab beliau sambil sengih sengih. Saya dalam hati patutlah
APA KAITAN AIS DENGAN PARAS HB?
1) MENGIDAM BAHAN BUKAN MAKANAN (PICA)
American Pregnancy Association menyatakan, jika wanita mengandung mengidam bahan bukan makanan (ais, tanah, sabun, ubat gigi) dan memakannya, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi yang dikandungnya.
Bahan yang diambil berkemungkinan boleh menghalang penyerapan nutrien (vitamin dan mineral) dalam makanan yang diambil oleh wanita tersebut dan boleh menjadi punca berlakunya kekurangan zat yang berterusan.
Selalunya tabiat mengunyah ais (pagophagia) sering dikaitkan dengan ibu hamil yang mempunyai rendah haemoglobin dalam darah (anemia) Jadi sebaiknya pergi periksa ya jika ada kenalan yang suka mengunyah ais ni.
2) KALAU MENGIDAM MAKANAN PULA?
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam.
Menurut seorang pengkaji, Siobhan Dolan berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien.
Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.
JADI APAKAH YG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA MENGIDAM SEMASA HAMIL?
Berikut adalah 6 langkah yang boleh anda lakukan :
1)Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
2) Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untukmengawal keinginan untuk makan.
3) Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
4) Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya.
5) Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
6) Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan.
Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak.
Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Dan jika anda mengidam bahan bukan makanan sila maklumkan pada doktor anda dan sentiasa ketahui status Hb anda.
Seperti yang kita tahu ramai mangsa yang térbabit dalam pasca banjir terkandas kali ini terutama di kawasan Shah Alam, Meru dan Klang kini berada di pusat pemulihan.
Walau bagaimanapun, bagi yang masih berada di kawasan selamat turut diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan bersedia jika hujan turun berterusan selama beberapa hari.
Jadi ada beberapa perkara perlu kita diambli kira dalam menghadapi persediaan awal bagi menghadapi bencana kali ini.
Perkongsian Public Health Malaysia turut mengingatkan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk hadapi bencana ini terutama sekali jika terpaksa ke pusat perpindahan sementara.
Standby! Kita tak tahu bila bencana akan berlaku. Ini juga keperluan jika mangsa perlu dipindahkan ke pusat pemidahan sementara.
Semasa bencana, komunikasi sangat penting. Pastikan ada powerbank yang telah di charge.
Doktor, apabila ibu menghidap Covid-19 semasa hamil, bagaimanakah kondisi anak di dalam kandungan? Mungkin doktor boleh ulas dari segi tahap kesihatan dan jangka hayat bayi?
JAWAPAN:
Pertama sekali, kita perlu memberi fokus kepada keadaan bayi yang dikandung itu.
Sekiranya ibu mempunyai komplikasi disebabkan oleh jangkitan virus Covid-19, kebiasaannya bayi dalam perut turut mempunyai masalah seperti mengalami kekurangan oksigen seperti yang terjadi kepada si ibu.
Oleh itu, kita kena faham, kemelut kekurangan oksigen dalam darah boleh menyebabkan masalah kegagalan beberapa organ seperti buah pinggang, jantung, otak dan sebagainya.
Jadi, dilema yang sama juga boleh berlaku kepada bayi yang sedang dikandung. Selain itu, mungkin masalah-masalah lain juga boleh tercetus, misalnya keracunan di dalam darah disebabkan oleh jangkitan kuman.
Pada masa sama, ibu-ibu hamil yang dijangkiti Covid-19, mereka juga berisiko untuk melahirkan bayi pramatang iaitu bayi dilahirkan tidak mengikut usia yang sepatutnya.
Bayi yang sihat sepatutnya dilahirkan pada usia sekitar 35 hingga 36 minggu. Namun untuk pesakit Covid-19, kadangkala kandungan terpaksa dikeluarkan awal untuk menyelamatkan nyawa si ibu.
Kesannya, bayi yang dilahirkan pada usia tersebut cenderung untuk mendapat komplikasi seperti paru-paru yang tidak matang dan memiliki organ-organ yang belum sempurna pembentukannya.
Dalam pada itu, bayi yang mempunyai tempoh hayat kurang 22 minggu juga tidak dapat diselamatkan.
Namun, bayi yang berumur lebih daripada 22 minggu atau yang mempunyai berat 500 gram ke atas mungkin masih boleh diselamatkan dengan bantuan di unit khas sesebuah pusat perubatan.
DR NURUL YAQEEN MOHD ESA
Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.