
Lain orang lain citarasa seleranya. Ada orang gemar makan sayur termasuk rumpai laut. Apa kebaikan rumpai laut yang biasa dibuat untuk makanan sushi ini.
Rumpai laut atau dikenali sebagai sea bird nest, mengandungi sumber serat dan protein yang tinggi, justeru sesuai untuk penjagaan kulit.
Perkongsian Syaza Nutritionist di laman sosial Facebook memberitahu 7 kebaikan rumpai laut untuk kesihatan.
Tinggi dengan kandungan iodin dan tyrosine
Mempunyai kadar nutrisi yang unik
Terbukti dapat kurangkan kesan radikal bebas dalam badan
Boleh menyokong kesihatan usus
Bantu kurangkan berat kerana rasa kenyang yang lama
Boleh kurangkan paras kolesterol dalam darah
Bantu menambah baik kawalan gula dalam darah
Tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan, dinasihatkan ambil secara sederhana
Artikel Berkaitan:
Patut Wajah Wanita Korea Glowing Macam Kulit Baby. Rahsianya Pakai Rubber Mask Setiap Minggu!
Wanita Kongsi Cara Buat Lemon Madu Stok Seminggu, Baik Untuk Kuatkan Antibodi
“So Pretty …” – Pilih Gaya Longgar & Stailo, Penampilan Terbaru Nana Mahazan Dapat Pujian Netizen
15 Minit Setiap Hari Je! Ini Tujuh Senaman Bantu Anda Bakar Lemak Di Bahagian Abdomen

Anda hanya memerlukan sekeping alas senaman atau exercise matt untuk membakar kalori yang banyak. Selagi ia melibatkan gerakan, ia akan membakar kalori. Jadi lemak degil pun akan menghilang.
Tetapi, ada kalanya, bukan malas yang menjadi punca utama mengapa ramai di antara kita yang gagal untuk memulakan senaman setiap hari, sebaliknya kekangan masa yang menjadi punca mengapa ramai yang masih gagal untuk memulakan senaman pertama mereka.
Namun, anda kini sudah boleh berazam untuk memulakan kehidupan yang sihat dengan melakukan beberapa jenis senaman ini yang hanya akan memakan masa selama 15 minit sehari.
1. Plank
Ketika bangun pagi, lakukan plank kira-kira 3 hingga 4 minit. Anda pasti dapat rasa kesannya serta merta.
2. Push-up
Jangan buat terlalu banyak. Cukup sekadar untuk lakukan selama 20 kali dalam satu set. Ini akan membangkitkan otot lengan dan dada anda pada waktu pagi.

3. Bird-dog
Regangan ini mampu memberikan sensasi yang cukup baik untuk otot keseluruhan badan anda.
4. Squats
Berdiri dan lakukan squats dengan perlahan-lahan. Tarik nafas dan uang selama beberapa minit.

5. Dead bug
Senaman yang nampak ringkas ini sebenarnya memberikan impak kepada bahagian perut. Lakukan selama beberapa minit sudah mencukupi.
6. Down-dog
Selepas itu lakukan own-dog. Aliran darah dari kepala turun ke badan akan dirasai. Memang badan akan jadi lebih segar.
7. Wall-sit
Satu lagi senaman untuk perut. Guna sahaja dinding dalam bilik tidur. Lakukan selama kira-kira 5 minit. Jika terlalu lama, berhenti dan ulang semula.
Diserang Kejang Otot Betis Bukan Sebab Tak Cukup Vitamin. Doktor Jelaskan Punca Sebenar!

Pernah atau tidak anda secara tiba-tiba diserang simpul biawak atau bahasa senang faham kekejangan otot betis.
Jika mengalami situasi ini, memang boleh mengeluarkan air mata gara-gara tidak tahan dengan sakit dialami.
Apa sebenar penyebab masalah ini dan cara terbaik mengatasinya jika diserang secara tiba-tiba di tempat YANG tidak sepatutnya seperti ketika memandu kereta, bersukan atau waktu tidur malam.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan mengenai masalah ini agar dapat lakukan sesuatu apabila berdepan kekejangan otot betis ini.
Alami Kekejangan Otot Betis Atau Simpul Biawak
Saya diajukan soalan ni di Twitter.
Simpul biawak, tarik mengkarung atau nyetok karung ni adalah kekejangan otot betis. Lazimnya berlaku sewaktu bersukan atau tidur waktu malam.
Apa punca simpul biawak?
1. Dehidrasi: kurang minum air, atau kehilangan air yang banyak melalui perpeluhan atau kencing.
2. Kurang garam mineral: kekurangan sodium, potassium, kalsium dan sebagainya.
3. Kepenatan atau kecederaan: senaman atau aktiviti fizikal mengejut atau berlebihan.
4. Posisi tidur: tidur dengan kaki tertindih atau terlibat sehingga jejaskan peredaran darah.
5. Pengambilan ubat: statin(ubat kolesterol), hydroclorothiazide(ubat darah tinggi), dll.
Siapa mudah terkena simpul biawak?
1. Pesakit diabetes: kerana berlaku kerosakan saraf dan salur darah pada kaki.
2. Penghidap hipotiroid: kekurangan hormon tiroid ganggu fungsi otot.
3. Wanita hamil: lazimnya kerap berlaku pada trimester ke-3
4. Warga emas: penuaan menjejaskan fisiologi dan pemulihan tubuh.
5. Pesakit buah pinggang: kawalan keseimbangan garam mineral terjejas.
Kalau terkena, apa nak buat?
1. Mengurut otot betis: menekan dengan kuat pada perut otot betis.
2. Meregang otot betis: duduk melunjur, dan tarik jari-jari kaki, ke arah badan.
3. Tuam otot dengan ais: balut ais dalam tuala kecil, dan tekap pada otot betis.
4. Ambil ubat tahan sakit: boleh makan Paracetamol (Panadol).
5. Ambil ORS (oral rehydration salt): juga dipanggil air garam, yang diberi ketika cirit-birit.
Jika terlalu kerap mengalami kejang otot, berjumpalah doktor. Khuatir ada masalah kencing manis, hipotiroid, buah pinggang, dan sebagainya.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Artikel Berkaitan:
16 Tahun Rutin Bangun Pagi & Cukup Waktu Tidur. Rahsia Fasha Sandha Kekal Fit & Cergas Hingga Kini!
Wanita Kongsi Petua Elak Badan Berbau Untuk Yang Berisi. Turut Ajar DIY Skrub Anti Selulit!
Rupanya Inilah Senaman Paling Sesuai Dilakukan, Untuk Yang Sering Stres & Ada Tekanan Darah Tinggi

Tidak dinafikan, dalam hidup kita ini pasti berdepan dengan masalah stres. Stres yang keterlaluan boleh menyebabkan seseorang itu alami kemurungan.
Buat anda yang ada masalah mudah stres dan ada berdepan tekanan darah tinggi, melakukan senaman merupakan satu aktiviti yang ada cabaran tersendiri.
Seperti mana yang kita tahu sindrom tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang boleh datang secara senyap atau bertindak sebagai ‘silent killer’.
Jadi anda perlu tahu beberapa jenis senaman yang selamat untuk dilakukan. Tekanan darah tinggi boleh membawa komplikasi serius apabila berlakunya serangan strok.
Lebih malang ia juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan lebih awal. Jika anda ada masalah tekanan darah tinggi dapatkanlah rawatan dengan segera.
Usaha dengan cara terbaik untuk turunkan kadar tekanan kepada normal. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ialah dengan melakukan senaman.
Namun tidak semua jenis senaman sesuai buat anda yang mungkin memiliki kadar stamina rendah. Dikhuatiri jika anda mengikuti membuat senaman membuta tuli ia boleh menyebabkan badan ‘terkejut’.
Apa yang pasti dapatkan rundingan dengan doktor terlebih dahulu sama ada fizikal anda bersedia untuk membuat aktiviti aktif atau tidak.
Buat anda yang ada masalah tekanan darah tinggi terdapat tiga senaman asas yang sesuai.
Senaman tersebut ialah; Senaman kardiovaskular @ aerobik Membantu anda menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung lebih kuat. Sebagai contoh berjalan kaki, berjogging, lompat tali, berbasikal, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.
Senaman kekuatan membina otot Melakukan senaman otot ini mampu membantu anda membina otot yang kuat dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.
Senaman regangan Ini akan membuatkan fizikal anda jadi lebih fleksibel. Selain itu, ia turut membantu anda bergerak dengan lebih baik dan serta mencegah kecederaan.
SEBELUM & SELEPAS BERSENAM
Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.
Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan senaman. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam.
Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik daripada senaman anda.
Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba. Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Artikel Berkaitan:
Khasiat & Manfaat Kacang Buncis Perlu Kita Tahu. Boleh Makan Banyak Tapi Hati-Hati Yang Dalam Tin!
Buahnya Masam Manis, Tapi Banyak Manfaat. Selain Legakan Sinus, Nanas Juga Buat Mood Jadi Baik!