Buat masa ini ramai yang bimbang dengan penularan penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) terutama di kalangan kanak-kanak.

Malah kes dikatakan telah meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan pada ibu bapa kerana bahayanya boleh memudharatkan kesihatan.

Selain mendapatkan rawatan di hospital, kita juga sebenarnya boleh mencuba kaedah petua tradisional.

Cara ini dikatakan berkesan untuk menyembuhkan penyakit HFMD ini tanpa mengeluarkan modal yang tinggi.

Menerusi laman Facebook, seorang ibu bernama Azma Abdul Jamil telah berkongsi pengalaman merawat anaknya yang mengalami penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Azma juga telah berkongsi tentang petua yang menggunakan 100% rawatan tradisional mengikut cara masyarakat India yang dikongsikan oleh jirannya.

Guna Daun Semambu, Antara Petua Tradisional Berkesan Boleh Pulihkan Penyakit HFMD

Menurut perkongsian, anaknya baharu sahaja pulih daripada penyakit HFMD selepas seminggu bertarung dengan keadaan tekak, tonsil, tapak tangan dan tapak kaki yang dipenuhi ruam yang melepuh.

IKLAN

Guna Petua Tradisional Pulihkan HFMD

Alhamdulillah kakak dah pulih. Tenkiu doakan dekat kakak. Tenkiu kak ina & bff Norashikin Saad bagi petua ni. Sekali mandi ja terus hilang. Menjadi.

Petua ni kakjema buat untuk kakak time kakak kena HFMD aritu.

Anak saya baru je baik.seminggu kena. dia jerit2 sakit x leh makan.sbb jadi penuh dlm mulut.. Mula2 ingat kena demam campak.tapi tak sangka kena HFMD.

Saya guna 100% rawatan tradisional cara org india.jiran kat rumah saya bg petua ni. alhamdulillah..dah ok sgt2.sampai saya bawak p hospital swasta dokter pakar kanak2 pon puji..dia cakp pandai saya jaga anak sampai jadi kering elok sakit dia tu…

IKLAN

Ini ada sedikit petua..

1. Ais Krim Vanilla
First saya bagi anak saya makan ais krim vanila.ais krim ni nak bagi luka dalam mulut reda..cubalah.memang sangat-sangat berkesan.

Guna Daun Semambu, Antara Petua Tradisional Berkesan Boleh Pulihkan Penyakit HFMD

2.Daun Mambu & Serbuk Kunyit
Kedua : ambil sebesen air paip.letakkan di bawah cahaya matahari (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1ptg ).masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam.

IKLAN

Masukkan juga daun mambu ke dalam air tersebut. Lepas tu bg anak kita mandi guna air ni. jangnn bilas dengan air paip. biarkan air kunyit dan daun mambu ini di badan anak. jadikan penawar.

Guna Daun Semambu, Antara Petua Tradisional Berkesan Boleh Pulihkan Penyakit HFMD

3.Daun Mambu & Bedak Sejuk
Ke tiga : ramaskan daun mambu@neem dengan bedak sejuk.lumurkan ke tangan ,kaki kat bahagian yang kena sakit ni.jangan masukkan dlm mulut tau.yang dalam mulut tu bagi makan ais krim vanila je. Insyaallah.selepas 2-3 hari pasti akan hilang .cubalah sebab saya sendiri dah alami.

Guna Daun Semambu, Antara Petua Tradisional Berkesan Boleh Pulihkan Penyakit HFMD

Sebenarnya, bukan mudah untuk merawat anak yang terkena penyakit HFMD ini kerana apabila anak anda sah dijangkiti, anak tidak perlu dirawat di hospital. Malah, anak perlu dikuarantin dan perlu dipantau oleh ibu bapa sepenuhnya. Jadi, jangan cemas, anda boleh cuba petua ini

Jom follow fb Azma Abdul Jamil
#copypaste
#hfmd
#petua

Artikel Lain: Demam, Ulser, Lepuh Di Tapak Tangan & Kaki Petanda Dijangkiti HFMD. Doktor Beritahu Langkah Pencegahan!

Selain itu:  Rupanya Yogurt Dah Lepas Tarikh Luput, Masih Lagi Selamat Dimakan. Ahli Kimia Ini Jelaskan Sebabnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI