
Sebelum ini dia selalu memberitahu dirinya untuk tunggu waktu sesuai bagi melakukan diet.
Namun segala diimpikan tidak berhasil. Malah berat badan juga semakin bertambah dan mula rasa tidak selesa dengan penampilan diri.
Oleh kerana tidak mahu berterusan wajah bulat dan berat makin naik, wanita ini akhirnya memulakan langkah berani.
Artikel Lain: Berjaya Kurus Tanpa Stress. Wanita Guna Kaedah Diet ‘Eat Clean’ & Workout 4 Kali Seminggu!
Selepas cuba melakukan diet menurut perkongsian Nur Amirah melalui Grup Diet Suku-Suku Separuh rupanya perjalanan itu tidak susah dan dipermudahkan.
Setelah cuba melalui proses diet yang betul, akhirnya sambutan raya kali ini cukup bermakna kerana berjaya mendapat berat ideal.
Jika sebelum ini berat badannya adalah sekitar, tetapi Syawal ini merasa juga mendapat berat badan 55.4kg.
Malah ramai yang terkejut melihat penampilan barunya. Dia juga turut dipuji cantik tetamu yang datang berkunjung ke rumahnya.
Artikel Lain: Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun. Maria Farida Kongsi Tip Awet Muda, Kurangkan Mengumpat!
Dirinya juga menjadi inspirasi kepada orang lain untuk jadi kurus dan cantik dengan penampilan begitu.
Menurutnya lagi, apabila sudah kurus, barulah rasa diri sangat konfiden dan bahagia.
“Alhamdulillah Mira baru tahu skrg rupa – Rupanya Bila dah kurus barulah rasa diri sgt konfident dan bahagia”.
Antara rahsia bagaimana dia boleh kurus adalah Mira mengamalkan diet suku-suku separuh secara berterusan.
Pesannya juga kepada orang lain yang nak diet agar melakukannya secara bersungguh-sungguh kerana untuk jadi kurus tidak susah sebenarnya.
Artikel Lain: Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun. Maria Farida Kongsi Tip Awet Muda, Kurangkan Mengumpat!
Menangis Tengok Saiz Badan Dulu, Gadis Ini Dedah Rahsia Berjaya Dapat Berat Ideal

Usianya baru mencecah 21 tahun tetapi berat badannya sangat membimbangkan. Malah dia selalu membayangkan orang akan ingat dirinya sedang mengandung.
Sebelum ini cuba untuk menurunkan berat badan tetapi kebanyakan tidak menjadi. Dia juga selalu komplain berharap dirinya boleh kurus, tetapi usaha dan motivasi kurang menyebabkan impian tak kesampaian.
Malah gadis ini juga pernah menangis lihat dirinya sebelum ini. Dan kini apabila sudah mendapat berat ideal, dia sangat bangga dengan dirinya sendiri.
Artikel Lain: Jaga Portion & Rajin Skipping. Rahsia Pasangan Kembar Ini Dapat Berat Ideal Sebelum Raya!
Ini cara dilakukan oleh Nur Rasyiqah yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kg dalam masa 4 bulan, terutama dalam bab menjaga pemakanan dengan menggunakan kaedah diet suku-suku separuh.
Kalau dulu berat gadis ini sekitar 87 kg dan kini hanya 63 kg. Pencapaian yang sangat menakjubkan, namun segalanya adalah dengan semangat juang yang tinggi.
Jadual Pemakanan & Workout Turunkan 24 KG
Sarapan, 8 pagi
– Telur rebus 2 biji atau 3 biji
– Telur boleh digantikan dengan roti gandum penuh dengan mentega kacang tanpa gula atau rolled oat dengan susu rendah lemak
Snacking, 10 pagi
– Ambil buah untuk snek, epal atau jambu batu
– Kacang (bakar)
Makan tengah hari, 1 atau 2 petang
– Nasi suku (nasi putih biasa je), awal-awal diet Syiqah memang tak tinggal nasi
– Lauk separuh (rebus, bakar), boleh ambil ikan atau ayam , Syiqah lebih banyak makan ikan dari ayam
– Sayur (salad atau timun Jepun ), janji ada fiber (serat), tak tumis-tumis, sayur sahaja.
Makan malam, 6 petang atau 8 malam
– Makan malam pula, Syiqah memang tak ambil makanan berat, makan telur 2 biji untuk alas perut sampai esok. Kalau taknak telur, boleh gantikan juga dengan protein tanpa karbohidrat. Contohnya ikan dan sayur; atau ayam dan sayur.
Senaman
Rutin harian Syiqah memang wajib bersenam, seminggu 1 hari je Syiqah rehat. Senaman Syiqah selalu rawak je, tapi kalau dekat Youtube tu, Syiqah selalu tengok Chloe Ting.
Tapi mula-mula Syiqah cuma buat:
– Plank
– High knees
– Jumping jack
– Jumping (macam skipping, tapi takde tali haha, ni kelakar, tapi berpeluh okay. Saya cuma malas nak pakai tali)
Artikel Lain: Kurus Sebab Nak Cantik Untuk Suami, Wanita Ini Aktif Buat Workout
Waktu bersenam:
– 15 – 30 minit minimum
– 40 minit – 1 jam maksimum
Pantang larang
Menurut Rasyiqah, dia kurang menggemari konsep cheatday, terutamanya jika khuatir tidak dapat mengawal diri untuk menjaga pemakanan pada hari tersebut.
“Pantang larang masa diet, jangan letakkan cheat day sebagai alasan hilangkan tekanan. Syiqah ada 2 hari je cheat day.
“Sebab ada sesetengah orang berdiet, setiap minggu ada cheat day atau sebulan sekali. Kalau nak kesan yang lebih cepat, jangan ada cheat day lebih baik.
Ini kerana disebabkan cheat kadang-kadang orang tak sedar boleh rosakkan diet seminggu. Seharian kita bebas makan apa je kita nak, jadi pengambilan kalori kita dalam tak sedar mungkin dah berlebihan, jelasnya.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, tiada masalah bagi mereka yang yakin mampu untuk mengawal diri agar tidak berlebihan ketika cheat day.
Artikel Berkaitan:
Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sihat Lengkap Sebulan, Hasilnya Suami Berjaya Lenyapkan 20 KG
Dian Sastrowardoyo Kongsi 10 Menu Sihat, Begitulah Gaya Pemakanan Orang Cantik!

Jika anda ikuti perkembangan pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo, dia dilihat kerap berkongsi aktiviti bersukan di akaun media sosialnya. Malahan dengan tubuh badan yang slim, wajahnya juga seolah-olah tak makan dek usia. Cantik!
Suka melakukan aktviti sukan, ini adalah salah satu hobinya. Jadi tak pelik jika da memiliki raut wajahnya yang jelita dan tubuh badan yang ‘elok’.
Dian Sastrowardoyo Kongsi 10 Menu Sihat
Dian Sastrowardoyo memilih tenis, berbasikal dan berjoging sebagai sukan tetapnya. Bagi pelakon berusia 40 tahun ini, senaman sangat penting dalam menjalani gaya hidup sihat.
Badan yang sihat adalah aset penting agar dapat terus bekerja dan melihat anak-anak membesar.
Mengamalkan gaya hidup sihat menjadikan Dian Sastrowardoyo kelihatan cergas dan sihat pada usia 40 tahun.
Selain itu, gaya hidup sihat juga salah satu kunci kepada berat badan ideal yang dimilikinya.
Bukan sahaja bersenam, Dian Sastrowardoyo juga selektif dalam pengambilan makanan demi mengekalkan berat badan ideal.
Kebanyakan menu sihat pilihan Dian Sastrowardoyo mengandungi pelbagai khasiat. Pelakon yang memegang watak Aruna dalam filem ‘Aruna Dan Lidahnya’ ini juga rajin memasak menu sihatnya sendiri.
Berikut senarai menu sihat ala isteri Maulana Indraguna Sutowo ini seperti dikongsi oleh BrilioFood.
ROTI GANDUM & PISANG
Untuk sarapan pagi yang ringkas, Dian Sastrowardoyo selalunya bergantung kepada roti gandum jika terlalu sibuk dan tidak sempat bersarapan di rumah.
Tambahan mentega kacang dan hirisan pisang melazatkan lagi menu serta lebih berkhasiat.
MEE GORENG VEGAN
Dian Sastrowardoyo sering memilih makanan berasaskan tumbuhan. Salah satunya ialah mee goreng vegan yang menjadi menu sihatnya. Mee vegan ini dihidang bersama lobak merah dan brokoli sebagai sumber serat serta tempe sebagai sumber protein.
DAGING & TELUR
Dian Sastrowardoyo juga adakalanya makan ayam panggang dan dua biji telur sebagai sarapan. Kedua-dua makanan ini boleh menjadi sumber protein yang mengenyangkan dalam tempoh yang lama.
SUP AYAM
Dian Sastrowardoyo juga pernah menghasilkan menu sihatnya sendiri. Salah satunya sup ayam dengan pelbagai jenis sayur. Dian Sastrowardoyo mengolahnya dengan perasa yang minimum bagi mengekalkan khasiatnya.
KENTANG, SALAD & DAGING
Dian Sastrowardoyo sentiasa memastikan dietnya mengandungi nutrisi yang lengkap. Oleh itu, dia turut menambah makanan dari jenis berbeza yang terdiri daripada baby potato, salad dan daging.
NASI MERAH & TEMPE
Untuk makan tengah hari, Dian Sastrowardoyo biasanya makan makanan yang agak banyak. Dia memilih nasi yang dihidangkan bersama tauhu dan tempe serta sayur berkuah. Dian Sastrowardoyo cenderung memilih nasi yang lebih sihat dan kaya serat seperti beras perang.
BROKOLI JAGUNG
Dian Sastrowardoyo juga memakan brokoli jagung sebagai sajian sihat di rumah. Menu ini dimasak dengan bahan-bahan yang sihat tanpa menggunakan santan.
CROISSANT
Selalunya selepas bersukan, Dian Sastrowardoyo memilih menu sarapan yang sihat bagi memulihkan tubuh. Dia biasanya memakan croissant dengan taburan keju.
MEE UDANG SAYUR
Selain mengambil mee yang diperbuat daripada sayur-sayuran, Dian Sastrowardoyo juga kadang kala makan mee bersama udang yang diperbuat daripada sayuran. Dan juga menambah sayur-sayuran hijau dalam menu ini.
NASI PERANG, AYAM VEGAN & SAYUR TUMIS
Nasi merah sering menjadi santapan Dian Sastrowardoyo jika dia teringin nak makan nasi. Ia dimakan bersama sayur tumis dan ayam vegan yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
Namun Dian memang lebih memilih makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran berbanding daging.
Jadi jika anda nak tubuh badan yang cantik dan sihat, anda pun kena amalkan gaya hidup yang sihat seperti Dian Sastrowardoyo.
Lebih 5 Bulan Koma Didera Suami, Wanita Selamat Lahirkan Bayi Secara Pembedahan

Viral pertengahan tahun ini apabila kes seorang wanita dipercayai jadi mangsa keganasan rumah tanga dan dalam masa sama sedang hamil.
Manis Jahidah Nordin, 43 tahun yang sebelum ini koma dikhabarkan telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar malam tadi.
Menurut Berita Harian adik kepada mangsa, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa, memaklumkan beliau menjalani pembedahan kecemasan kira-kira jam 9 malam.
“Alhamdulillah, Kak Jahidah sudah melahirkan ‘baby’ (bayi), pembedahan kecemasan pukul 9 (malam tadi). Esok kena ke hospital tengok ‘baby’,” katanya melalui hantaran dalam Facebook beliau, hari ini.
Fauziah berkata, kakaknya itu masih koma di hospital dan diletakkan bawah pemantauan 24 jam.
Media sebelum ini melaporkan Jahidah yang dipercayai dipukul suaminya sehingga koma pada Mei lalu, dijadualkan bersalin secara pembedahan, hari ini, dengan berdepan kemungkinan pelbagai komplikasi.
Fauziah dipetik sebagai berkata, Jahidah akan turut diawasi di Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika pembedahan, berikutan keadaannya yang tidak mampu memberi tindak balas kerana otak mengalami pendarahan dan rosak susulan insiden itu.
Mangsa yang sedang hamil empat minggu ketika kejadian, dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan, manakala rahang, tulang belakang serta rusuk pula retak.
Suspek, Rosmaini Abd Raof yang juga seorang peniaga, sudah didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, 17 Jun lalu.
Sebaik muat naik posting ini di FB, ramai yang turut mengucapkan syukur dan tahniah di atas kejaiaban yang berlaku. Rata-rata juga mendoakan agak Jahidah dan bayinya sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti sebelumnya.
Leeina Qaliena Alhamdulillah …Tahniah….Semoga baby dan ibunya sihat hendaknya….Ya Allah engkau berilah keajaiban kepada anak dan ibu ini untuk hidup bersama2 dalam keadaan sihat dan limpahan kasih sayang darimu ya Allah.aamiin3
Zaiton Dollah Alhamdulillah.. Syukur.. Tahniahh.. Smga ibu dberi ksmbuhn n baby sihat.. Aminn..
Elia Ilyasha Alhamdulillah . Semoga ibu dan anak senantiasa dlm rahmatNya. Diangkat segala kesakitan dan dipermudahkan segala urusan.
erinah Binti Dolssmad Ina Alhamdulillah …tahniah. Semoga kakak dgn babynya semuanya sht dan dipermudahkan segala urusannnya .
Shahril Amira Alhamdulillah syukur , semoga baby sihat dan kak jahidah sedar serta pulih semula dapat bersama dgn anak beliau ..
Fatia Omar Alhamdulillah…Semoga dipermudahkan segalanya. Untung awak sayang dilahirkan oleh seorang wanita yg hebat semoga menjadi seorang anak yg baik amin.
Armira Zainal Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segala urusan kak Jahidah & baby. Moga diberi kesembuhan & kesihatan yang baik buat kedua2 nya. Aminn
Kredit Foto: FB Fauziah Nordin
Artikel Berkaitan:
Waspada Bila Sakit Kepala Lebih 5 Hari. Doktor Terangkan Jenis Kategori & Cara Rawatan Terbaik!
Sepantas 2 Minggu Turun 10KG. Wanita Kongsi Tip Diet Sihat & Menu Diambil Setiap Hari!
Tak Perlu Modal Besar. Kelebihan Senaman Brisk Walk Elok Diamalkan & Baik Untuk Jantung!