Jarang sekali mereka yang memasuki usia 50 tahun ke atas, tidak berdepan dengan masalah kesihatan serius.
Selalunya pada penyakit seperti diabetes, tahap kolestrol tinggi dan juga darah tinggi pasti akan datang seiring dengan pertambahan usia.
Namun perkongsian Doktor Mazliana Mazlan yang memberitahu pesakit ditemui pada usia 51 tahun tiada masalah kesihatan dan tidak mengambil sebarang ubatan.
Tambahnya hanya satu dalam 50 orang sahaja akan mendapat keputusan tahap kolesterol cemerlang seperti ini.
Tiada petua tertentu diamalkan cuma melakukan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Malah segala yang dilakukan memang memerlukan kesabaran dan disiplin tinggi.
Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni. Beliau tiada apa-apa masalah kesihatan, tidak mengambil apa-apa ubatan.
Saya kira, mungkin hanya akan jumpa 1 dalam 50 orang saja tahap kolesterol cemerlang begini.
Ads
Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut dari beliau. Umur dah 51 tahun, tapi nampak macam 40-an saja usianya. Badan yang fit, cergas dan awet muda lagi.
Saya kongsikan di sini 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.
1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.
2. Nasi hanya makan 1 kali sehari, cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk mengenyangkan.
3. Makan bila lapar, bukan makan bila ada makanan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.
4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.
Ads
5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.
6. Jarang sangat ambil air manis. Seminggu sekali pun susah.
7. Sentiasa ada buah-buahan di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut.
8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.
9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi.
10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita.
Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.
Seawal beliau masuk ke bilik, saya siap tanya lagi, “Encik makan ubat kolesterol ke?” Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.
Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu kita contohi.
Mazliana Mazlan Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Kalau nak cuba tester mekap di drugstore, ada cara yang betul anda boleh lakukan. Jangan pula main calit terus ke bibir dan wajah ya.
Jika pernah buat, cara itu boleh ‘jemput’ bahaya sebenarnya. Jadi ikuti tips ini kalau nak cuba mekap di drugstore.
Guna Tips Ini Kalau Nak Cuba Tester Mekap Di Drugstore, Elakkan Bawa Pulang Bakteria!
1) Elakkan cuba tester yang tekstur lembab contohnya lipstick, lipbalm, concealer, atau mascara.
Bakteria suka tempat yang lembab.
2) Elakkan cuba tester direct pada kulit muka, bibir dan mata. Sebaiknya cuba di bahagian belakang tangan atau pergelangan tangan.
Area muka adalah area yang sensetif yang dapat beri reaksi secara langsung terhadap bakteria.
3) Bersihkan permukaan tester yang dah diguna, bersihkan juga kawasan kulit anda yang dah terkena tester tu serta merta. Boleh gunakan makeup wipes.
Haa.. kalau anda memang suka masuk untuk cuba-cuba mekap di drugstore, sila ikut cara ini untuk elakkan bawa pulan bakteria ke rumah. Yang paling risau, takut bibir dan wajah anda pula rosak.
Jadi, hati-hati ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini telah disambut hari menderma darah di mana kita memang sangat digalakkan untuk menjadi salah seorang penderma.
Sebenarnya banyak faedah pada kesihatan dan kelebihan yang kita boleh dapat daripada amalan menderma darah ini.
1. Boleh Selamatkan Nyawa
Setiap kali manderma darah, anda akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua-dua penderma dan penerima.
2. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 88%. Zat besi yang berlebihan dalam tubuh badan kita boleh meningkatkan risiko mendapat serangan jantung dan lain-lain penyakit jantung. Darah kita terdiri daripada zat besi, sebab itu lah pendermaan darah boleh membantu menyeimbangkan jumlah zat besi dalam badan kita.
3. Kurang Risiko Penyakit Kanser
Zat besi yang berlebihan yang ada didalam tubuh badan kita juga boleh menyebabkan penyakit kanser. Dengan menderma sejumlah darah kepada mereka yang memerlukan kita dapat menyeimbangkan zat besi dalam badan dapat mencegah penyakit kanser berlaku.
4. Dapat Kurangkan Kalori
Menderma darah dapat mengurangkan jumlah kalori dalam badan. Lebih kurang 650 kalori dapat dikurangkan setiap kali anda pergi menderma darah. Mitos yang mengatakan derma darah boleh menaikkan berat badan adalah mengarut, malah menderma darah boleh mengurangkan berat badan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh cuba derma darah di mana-mana tabung darah berdekatan dan bertanya semua kemusykilan anda pada jururawat atau doktor yang bertugas.
5. Percuma Saringan Kesihatan
Setiap kali anda pergi menderma darah, jururawat atau doktor yang bertugas akan membuat pemeriksaan kesihatan kepada anda. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ini adalah percuma dan jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan agak terperinci serta menyeluruh.
Kebiasaannya jika anda pergi membuat medical checkup di hospital atau klinik-klinik swasta anda sudah tentu akan dikenakan pembayaran. Antara saringan kesihatan yang akan diperiksa seperti, tekanan darah, jenis darah, jumlah kandungan gula dalam darah dan lain-lain saringan bertulis yang terperinci.
6) Dapat Gantikan Sel Darah Baharu
Umur anda dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun? Tapi tak pernah derma darah? Sangat rugi, kerana selain dapat menyeimbangankan jumlah zat besi dalam badan, menderma darah juga dapat menggantikan sel darah yang lama kepada yang baharu.
Ini dapat membuatkan tubuh badan anda menjadi lebih sihat. Ia juga boleh mengekalkan kecergasan tubuh badan anda dan boleh membuat penderma menjadi lebih produktif dalam melakukan kerja.
Antara Keistimewaan Derma Darah
– 1 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 2 kali (dalam tempoh 12 bulan): Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
– 2 hingga 5 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 6 hingga 10 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
– 11 hingga 15 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
– 16 hingga 20 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
– 21 hingga 30 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
– 31 hingga 40 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
– 41 hingga 50 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
– Lebih 50 kali bagi penderma darah lengkap, lebih 150 kali bagi penderma aferesis: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun. Wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.