Untuk jadi lebih sihat kala pandemik ini, selain ambik suntikan vaksin kita memang sangat digalakkan untuk melakukan aktiviti kecergasan dengan bersenam.
Ini adalah bagi memastikan kita sentiasa menjaga kesihatan serta kecergasan diri agar tubuh badan sentiasa sihat serta ada tahap imun yang baik.
Namun dalam satu perkongsian di laman twitter seorang jurulatih kecergasan Aidy Johan memberitahu tentang beberapa mitos berkenaan kesihatan dan kecergasan yang ramai orang masih amalkan.
Ayuh, kita lihat beberapa mitos seperti yang diterangkan oleh saudara Aidy Johan.
TIDAK BOLEH MAKAN MALAM
Waktu makan tidak menentukan akan naik atau turun berat badan seseorang. Apa yang menentukannya ialah berapa jumlah tenaga yang masuk dan berapa yang keluar. Kalori nasi lauk ayam pada waktu siang adalah sama dengan kalori pada waktu malam.
Ads
TIDAK BOLEH MAKAN NASI
Nasi adalah sejenis makanan karbohidrat. Tanpa karbohidrat badan kita tak ada tenaga untuk lakukan aktiviti seharian seperti bersukan dan sebagainya. Apa yang perlu dipantau adalah kuantiti jumlah pengambilannya sama ada bersesuaian atau tidak dengan aktiviti seharian yang kita dilakukan.
WANITA ANGKAT BERAT BADAN JADI MACAM LELAKI
Ini antara mitos yang paling popular. Buat pengetahuan anda badan wanita hanya banyak mengeluarkan hormon estrogen, tidak mengeluarkan hormon testosterone sebanyak lelaki. Justeru itu, untuk badan nampak macam lelaki adalah mustahil melainkan menggunakan bahan terlarang.
SIT UP SETIAP HARI PERUT JADI ‘FLAT’
Badan membakar lemak secara keseluruhan bukannya boleh disasarkan kepada kawasan spesifik. Ikuti prinsip kalori defisit/ keseimbangan tenaga. Sebanyak mana anda lakukan sit up sekali pun jika tidak jaga pemakanan, aktiviti seharian tak aktif, perut masih tetap tak akan flat.
Ads
BILA BERSENAM TIDAK PERLU JAGA MAKAN
Perlu ingat senaman hanyalah sebahagian gaya hidup sihat. Apa yang membantu kita untuk sihat ialah mendapat dapat vitamin dan nutrisi yang cukup adalah melalui pemakanan. Anda boleh sihat tanpa bersenam, tanpa supplement dengan hanya jaga pemakanan yang lengkap.
LEBIH BANYAK TURUN BERAT LAGI BAIK
Ukur prestasi diri dari segi kekuatan, keupayaan melakukan sesuatu aktiviti, inch loss di bahagian tertentu. Itu adalah lebih baik daripada berpandukan penimbang berat badan semata-mata. Itulah di antara beberapa mitos kecergasan yang mungkin masih ramai daripada anda tidak tahu.
Bukan itu saja, penyanyi yang berdarah Cuba-Amerika juga sering dapat perhatian di majlis-majlis anugerah kerana wajahnya yang sangat cantik dengan solekan mampan.
Namun sebenarnya penyanyi yang mempunyai follower lebih 50 juta ini mengakui sangat selesa tanpa sebarang solekan jika tidak terikat dengan sebarang persembahan atau hal berkaitan kariernya.
Mungkin itu adalah sebab kena wajahnya cantik secara semulajadi kerana bahan kimia pada solekan sebenarnya tidak bagus untuk kulit.
Selain itu, Camila juga mempunyai rahsia dalam menjaga kecantikannya. Beliau tidak perlukan rawatan mahal, sebalinya hanya gunakan masker putih telur untuk disapu pada wajahnya.
Tambahnya dia belajar tip dan keadah DIY ini melalui ibunya sendiri. Kata Camila dalam satu temuramah bersama majalah Glamour, tip tersebut disampaikan oleh ibunya sendiri kerana putih telur amat berkesan untuk mengecilkan liang pori pada kulit.
“Saya dan ibu sudah menjadikan putih telur sebagai rutin. Ia mempunyia asid amino dan protein untuk ditukar fungsi kepada masker. Kulit pun mudah menjadi lembut dan tegang,” katanya.
“Selain masker, Camila juga suka memakai skrub muka untuk membersihkan sel mati. Air putih juga dijadikan tabiat minumannya selain wajib mencuci muka sebelum tidur.
“Tak kiralah sepenat mana pun kamu setelah sampai di rumah, muka perlu dicuci,” tambahnya lagi.
Jadi kepada yang mahukan cara tradisional yang lebih selama untuk kecantikan kulit wajah, boleh ikuti petua diamalkan Camila Cabello ini.
Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah. Sebelum ini tidak pernah diuji dengan dugaan yang tidak pernah disangka-sangka. Apatah lagi membabitkan masalah kesihatan yang serius.
Namun kejadian awal Oktober lalu menjadi pengajaran sangat berguna pada wanita ini. Daripada tidak tahu mengenai penyakit Thrombotic Thrombocytopenic Purpura (TTP) , akhirnya terpaksa membuat kajian bagaimana masalah gangguan pada darah ini boleh terjadi.
Perkongsian Puan Mini Fadzil di laman sosial Facebook mengenai masalah dialami diharap dapat membuka mata ramai orang diluar sana betapa bahaya jika tidak dirawat dengan sebaiknya.
Tragedi Oktober bermula pada tengah hari 8 Oktober 2022. Petangnya dihantar ke Hospital Selayang dan pada 9 Oktober dipindahkan ke Wad Hematologi Hospital Ampang. Saya deep sleep dari 8 Okt dan hanya tersedar sepenuhnya pada 10 Okt. Itupun tak boleh jawab bila nurse tanya nama dan berada di mana, jadi bengong dan tak boleh nk bercakap.
Bermula saat itulah saya jadi penghuni wad darah sehingga 8 November 2022. Ada yg bertanya selama sebulan di Hospital Ampang, apa rawatan yg saya jalani? Panjang sikit, kalau nak baca silakan. Kalau tak mo baca swipe jerrr.
Rutin harian kat hospital lebih kurang sama, seawal 5 pagi nurse pasang lampu, nak ambik bp, ambik darah, cek gula. Disebabkan kita dah biasa bangun awal, jadi kita tunggu nurse datang ke katil. Selesai tugas nurse baru pi mandi.
Lepas sarapan, nurse dah hantar segenggam ‘gula-gula’ utk ditelan. Selalunya saya akan padankan utk telan 2-3 biji sekali. Antaranya pil-pil utk kuatkan tulang, elak gastrik dan vitamin untuk elak kesan sampingan ubat utama. Cuma yg tak boleh dielak ialah gula naik dan kena cucuk insulin setiap mlm sedangkan saya memang tak ada diabetis.
Paling last ubat yg amat tidak disukai tapi amat penting kalau nak baik – Pred – awal2 kena telan 60mg, lps tu dikurangkan kpd 50mg, 40mg, 30mg sekarang 25mg. Pahitnya melekat dalam mulut, apa dimakan semua jadi pahit.
Untuk info…Pred atau nama penuhnya Prednisolone atau Prednisone adalah steroid anti keradangan yang berkesan. Namun di sebalik kebaikan, ada kesan sampingan yang buruk jika diambil dalam jangka masa lama. Peringkat awal Dr akan beri dose yang tinggi dan akan dikurangkan selepas itu.
Kalau dah telan Pred, kesan paling ketara ialah moon face…ni memang tak boleh elak. Jantung akan laju sehingga boleh dengar degupan jantung sendiri dan satu lagi jadi kerap lapar.
Ingat lagi 4-5 tahun lalu ketika masuk wad akibat asthma, Pred adalah ubat utama yg diberikan utk atasi keradangan paru2. Punyalah kuat sampai saya minta Dr stopkan dulu sebab tak boleh tidur, bunyi degupan jantung yg kuat mcm jantung dok ada kat sebelah telinga.
Rutin seterusnya seperti biasa lawatan Dr2 terdiri daripada Konsultan, Dr. Pakar, Ketua Jabatan dan Dr2 lain, kadang2 sampai 5-6 orang. Dorang akan update laporan depan pesakit, apa rawatan seterusnya, apa cadangan Dr dan apa pula cadangan Konsultan. Masa ini juga kadang2 Konsultan akan test pengetahuan Dr2 lain. Tanyalah apa juga mereka akan jawab sebaiknya. Selalunya saya akan terus google nama ubat atau istilah2 yg Dr sebut untuk tambah ilmu tentang penyakit yg rare ni.
Seterusnya bergantung kpd keputusan Dr samada tambah darah merah dulu (4 paket ditambah), antibiotik dulu atau tunggu dibawa untuk proses 4 jam Plasma Exchange (PE). Setiap hari Dr akan maklumkn bacaan platlet dan hemoglobin. Ada hari naik, ada hari turun sikit.
Pada peringkat awal PE, daripada 9 platelet dah mencapai 200.
Tiba2 20 Okt, Dr kata platelet saya menurun hingga jadi 17. Jadi Konsultan maklumkan kena buat PE setiap hari sampai 1 Nov, lepas tu rest untuk tengok perkembangan platelet. Keseluruhannya saya jalani 19 kali PE menggunakan 396 pack plasma darah. (Kurang 4 ja daripada Mus May)
Pesakit TTP juga diberikan Rituximab, saya mendapat 4 dose, 3 dose diberikan melalui drip dan satu dose disuntik terus (pedih oooo rasa ubat tu mengalir). Setiap satu dose melalui drip mengambil masa lebih kurang 5-6 jam utk habis.
Pernah diberikan lebih kurang 5 ptg, ditambah dengan suntikan allergi, saya hanya tersedar jam 11 malam. Hampir 12 tghmlm baru kuat untuk bangun solat. Selain itu, saya diberikan 2 dose vaksin tambahan utk pesakit yg ambik Ritux utk prevent covid.
Sekarang ni berehat di rumah, makan ubat, makan macam biasa, cuma lebih memilih. Buat senaman ringan untuk kuatkan tangan dan kaki, senaman untuk pernafasan kerana mudah semput.
Kaki masih tak boleh jalan jauh mungkin disebabkan sebelum ini port femoral untuk PE dipasang pada paha kanan selama 1 bulan dan pada paha kiri pula kesan port yg tak jadi dipasang.
Alhamdulillah setakat ini belum ada kesan-kesan sampingan lain akibat ubat seperti yg saya baca dalam support group TTP luar negara.
Semoga Allah permudah segala rawatan yg saya jalani dan kembali kuat dan bertenaga. Terima kasih kepada penderma plasma darah, mungkin plasma darah anda antara yang berada dalam badan saya.
Terima kasih atas doa dan ingatan keluarga dan sahabat2 semua. #terimaksihatasdoasemua
Kebanyakan perempuan nak kulit cerah tanpa masalah jeragat dan jerawat. Bukan muka saja, kalau boleh satu badan nak bagi putih dan bersih tanpa parut. Jadi kena rajin pakai skincare ikut susunan.
Tetapi nak beli produk yang selamat tanpa bahan kimia yang tinggi, agak mahal harganya. Jadi lebih baik cuba buat sendiri.
Ok jom kita tengok apa bahan-bahannya.
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air panas secukupnya
Anda bancuhkan pes asam jawa dengan air panas. Setelah sebati masukkan serbuk kunyit.
Gaul rata sehingga sebati.
Kemudian sapukan la ke seluruh kulit wajah atau badan anda.
Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Jadikan rutin harian, in sha Allah nanti kulit anda lebih sihat dan cerah walau ambil masa yang lama. Jangan tak pakai langsung ya, nanti sel kulit mati tebal, makin kusam wajah anda.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gimnasium sepatutnya jadi tempat yang selamat, tapi gangguan seksual boleh berlaku tanpa kita sedar. Kenali 5 jenis gangguan—daripada komen lisan hingga rakaman tanpa izin—dan ketahui langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri anda.