Sejak bulan lepas kita menyaksikan pelbagai sektor ekonomi telah dibuka dan ramai yang telah kembali bekerja di pejabat.
Oleh kerana sudah lama kerja dari rumah, pasti ramai lemau dan kurang bertenaga kerana sebelum ini tidak keluar ke mana-mana.
Apa kata bagi mengekalkan kecergasan, anda mula lakukan beberapa aktiviti senaman bagi mengembalikan kecergasan untuk kembali bekerja.
Ayuh kita lihat beberapa set senaman yang boleh dilakukan tidak kurang 20 minit dan mampu memberikan kecergasan fizikal untuk anda sepanjang hari.
Jumping Jacks
– Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
– Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan. Ulang semula sebanyak 20 kali.
Ads
Wall Sit
– Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
– Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada. Ulang semula sebanyak 20 kali.
Abdominal Crunch
– Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
– Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal. Ulang semula sebanyak 15 kali.
Ads
Squat
– Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh. Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
– Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan. Ulang semula sebanyak 10 kali.
High Knees Running In Place
– Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang. Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
Ads
Push-Up Rotation
– Meniarap dalam posisi tekan tubi.
– Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas. Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Selain menjaga kecantikan wajah, seseorang wanita juga sangat obses mahu mendapatkan tubuh badan ideal.
Pelbagai cara dilakukan dan berkat kegigihan dan disiplin, tidak mustahil bagi yang mengalami kenaikan berat badan akan berjaya mendapat berat ideal.
Seperti perkongsian wanita ini, Su Fin yang sebelum ini mempunyai berat asal 97 kg tetapi berjaya lenyapkan hampir 20 kg dalam masa 8 bulan. Kini berat badannya adalah 57 kg.
Berat asal.
Menurutnya hikmah PKP tahun lalu menyebabkan dia bertekad untuk menurunkan berat badan dan itu adalah antara kenangan paling manis buatnya.
Setelah mendapat berat ideal, dia sudah boleh melakukan aktiviti seperti melompat, makan secara rileks dan mencuba resipi yang disukai.
Antara tip diamalkan olehnya untuk mendapat berat sebegitu adalah dengan melakukan aktiviti brisk walk bermula 2 km kemudian 3 km sehari.
Berjaya hilangkan 20 kg dalam masa 8 bulan.
Dan sekarang ini apabila tubuhya sudah jadi ringan, dia boleh berjalan sehingga 5 km atau 7 km sehari tanpa sebarang masalah.
Selain itu dia juga turut menjaga pemakanannnya dengan mengamalkan pengambilan diet suku-suku separuh.
Tubuh jadi semakin ringan.
Ini antara yang menjadi hidangannya sepanjang menjalani tempoh diet berkenaan. Panduan bagi yang mahu mengikut cara dilakukan gadis ini dan pastinya tidak mustahil anda juga akan mendapat berat badan ideal.
Ada ramai yang suka pilih mekap dan skincare jenis 2 in 1 sebab nak mudah dan cepat tetapi kurang ambil tahu kesannya efektif atau tidak untuk kulit wajah.
Contoh mudah yang jenis 2 in 1 adalah foundation yang jenis ada SPF terus, bagai cendawan tumbuh lepas hujan, banyak sangat di pasaran.
Pilih Mekap Dan Skincare Jenis 2 In 1
Malah, ini menjadi trend baharu untuk produk kecantikan masa kini kerana mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.
Bagaimanapun, sejauh manakah keberkesanan alat solek ‘2 in 1’ (2 dalam 1) ini?
Memetik laporan Okezone, produk penjagaan wajah yang terdapat dalam alat solekan adalah kurang efektif.
Tidak ‘Bekerja’ Sepenuhnya
Mengambil contoh bedak yang mengandungi produk pelindung matahari atau lebih dikenali SPF, kandungan bahan tersebut tidak dapat ‘bekerja’ sepenuhnya pada kulit.
“Jumlah SPF yang dioleskan pada wajah adalah pada kadar dua jari sahaja, jika ia terkandung dalam bedak, maka jumlah yang digunakan mungkin tidak mengikut kadar tersebut.
“Dari sudut kesihatan ia tidaklah bagus untuk kulit, oleh itu, pengguna disarankan untuk membeli produk berkenaan secara berasingan,” lapornya.
Jadi pilihan di tangan anda, nak pilih yang terbaik lebih molek cari skincare khusus mengikut masalah kulit.
Paling penting kena ada sunscreen yang betul-betul sesuai dengan jenis kulit anda sama ada kering atau berminyak, jangan main beli ikut orang pakai.
Semoga bermanfaat untuk anda yang nak jaga kulit wajah.
Biasanya orang buang sel kulit mati pakai masker yang sudah dijual di pasaran tetapi kali ini anda boleh DIY sendiri guna beras yang ada di rumah. Jom tengok macam mana cara nak buat.
Menurut Puan Suzy Honey, skrub badan ini dipercayai mampu membantu kulit membuang sel-sel mati di keseluruhan tubuh. Malah, paling mujarab untuk masalah ketiak yang gelap.
Berbekalkan sumber bahan semula jadi, srub badan ini mampu menjimatkan wang anda, sekali gus kulit badan menjadi licin, lembut dan cerah.
Cara Buat Skrub Guna Beras Disangai
Bahan diperlukan:
5 sudu serbuk beras (telah sangai & kisar)
2 sudu besar susu tepung/susu powder
Sedikit air lemon
Caranya seperti di bawah:
Goreng beras tanpa minyak sehingga warna keperangan dan kemudian kisarkannya hingga jadi serbuk halus.
1. Setelah kita gunakan air rendamannya, kita tapiskan beras tersebut dan tunggu hingga agak kering.
2. Ambil beras tadi kemudian sangaikan. Iaitu goreng tanpa minyak sehingga beras tersebut kelihatan keperangan.
3. Selepas beras di sangai sudah mulai sejuk, terus blender sehingga menjadi serbuk.
4. Ambil 2 sudu besar susu tepung/susu powder ( tidak kisah apa brand pun) campurkan bersama 5 sudu serbuk beras tadi.
5. Campurkan sedikit air bagi sebatikan campuran beras dan susu tadi kemudian di perahkan sedikit lemon.
Buang Sel Kulit Mati
Boleh digunakan sebagai skrub keseluruh badan untuk buang sel kulit mati. Paling mujarab, sesuai untuk masalah ketiak yang gelap.
Setelah di sapukan scrub tersebut pada bahagian yang diinginkan, gosok dan biarkan seketika. Setelah itu barulah basuh.
Bila dah siap itu, anda akan rasa betapa lembutnya hasil dari scrub beras tadi. Petua ini sebenarnya membantu kulit membuang sel-sel mati.
Nanti dah baca petua ini, jangan lupa cuba ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!