
Meneruskan kesinambungan #RapiWerk it sebelum ini, bertempat di Reborn Fitness Studio, Bandar Putera 2 sekali lagi Team Rapi memberi peluang kepada hampir 30 peserta yang berminat untuk melakukan aktiviti senaman sihat.
Kali ini, Rapi melakukan aktiviti Tabata Madness yang diketua oleh Coach Nana untuk tempoh sejam bermula dari warm up dengan 8 pusingan muzik Tabata berbeza.
Sebelum itu, seawal jam 7.30 pagi, sudah ada peserta yang datang untuk mendaftarkan diri. Sebaik semua peserta yang telah mendaftar ada, maka bermulakan Tabata Madness dengan iringan muzik rancak.
Artikel Lain: Hasil Minum Oat Setiap Pagi, Wanita Akhirnya Berjaya Langsing Dalam Masa Singkat
Bermula dari cycle pertama Coach Nana memberikan arahan yang sangat jelas dan tepat pada ke semua peserta untuk tempoh 4 minit. Seterusnya muzik dimainkan untuk cycle kedua dan seterusnya hingga selesai 8 cycle.
Biarpun bermandi peluh, tetapi kesemua peserta begtu enjoy melakukan aktiviti ini yang hanya berlangsung selama hampir sejam. Malah rata-rata tidak sabar untuk menyertai aktiviti sebegini jika dianjurkan oleh team Rapi lagi.
Menurut Coach Nana, antara kelebihan Tabata ini adalah mampu membakar lemak dengan lebih efektif kerana kita akan melakukan gerakan tanpa henti dari cycle pertama hingga ke lapan. Walaupun hanya untuk tempoh sejam tetapi boleh membakar beratus kalori dalam badan.
Artikel Lain: Senaman Plank Terbaik! Lakukan Lebih Lama Atau Sekejap, Mana Satu Lebih Baik?
Aktiviti kali ini turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah untuk tiga peserta. Masing-masing teruja untuk terus menyertai aktiviti sebegini dan mahukan ia dilakukan dalam skala besar.
Tabata Madness kali ini mendapat tajaan Reborn Fitness Studio, Bliese, Dermeden, Yatt Beauty, Mysterious Hand Sanitizer dan Faery Beauty.
Artikel Lain: Zumba Fitness Dance Rapi Werk It. Lupakan Exercise, Jom Zumba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Badan Langsing Macam Anak Dara, Fasha Sandha Mengidam Hamil Lagi

Isi Kandungan
ToggleBahagia tengok badan langsing macam anak dara, untung Fasha Sandha dengan hasilnya selepas berusaha keras untuk dapatkan tubuh dan berat idaman.
Bagi wanita yang sudah berkahwin dan ada anak-anak, ini dikira satu bonus. Selesa nak bergerak dan boleh pakai baju saiz yang diidamkan tanpa was-was, jom lah tiru macam Fasha!
Tip Kurus Fasha
“Saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula,” katanya.
Menurut Fasha, setiap hari dia hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam. Namun, pada hari minggu dia akan makan sepuas hati.
“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya ‘melantak’,” kongsinya lagi.
Fasha Sandha Mengidam Hamil
Terbaru Fasha Sandha mengidam untuk memiliki cahaya mata lelaki pada tahun hadapan, pelakon Fasha Sandha merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Menurut Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 39, keputusan tersebut dibuat bersama suaminya, pelakon Aidil Aziz kerana mahu mendapatkan anak lelaki.
“Memang kami merancang begitulah kerana mahu terus pilih jantina. Namun, belum tahun lagi kerana itu semua kerja Allah kami hanya merancang,” ujar Fasha.
Tambah Fasha, dia bakal berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat berhubung rawatan IVF sekitar tahun hadapan.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku sebab belum berjumpa dengan doktor lagi. Selepas selesai penggambaran drama Malang Si Puteri pada Februari tahun depan barulah saya akan berjumpa doktor.
“Saya akan pastikan semua komitmen lakonan selesai barulah saya boleh fokus untuk menambah anak,” ujar Fasha.
Perlahankan Kerjaya Untuk Proses IVF
Demi mendapatkan cahaya mata lelaki, Fasha bersedia untuk memperlahankan kerjaya lakonan buat sementara waktu, bahkan keputusan tersebut mendapat sokongan suaminya.
“Jika buat IVF memang perlu perlahankan kerjaya lakonan kerana berlakon agak memenatkan terutama pada trimester pertama lagi perlu berjaga-jaga.
“Kami memang inginkan anak lagi, itu adalah salah satu impian untuk tahun 2024, tetapi semuanya atas kuasa Allah,” kata Aidil.
Malahan, Fasha juga memberitahu anak bongsunya, Aisha Amaira, 3, bersedia untuk menjadi kakak kerana amat sukakan bayi.
“Aisha pun sudah bersedia untuk ada adik, dia sangat sukakan ‘baby’,” dedah Fasha.
Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya matai aitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.
Kredit gambar: Fasha Sandha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Izzar Beritahu Bila Patut Buat Ujian Kit Kendiri Covid-19, Bila ‘Close Contact’ & Cara Baca Keputusan

Baru-baru ini ramai yang agak keliru keputusan jadi negatif apabila membuat Kit Ujian Kendiri negatif pada hari pertama bergejala.
Namun begitu, keputusan jadi positif bila ujian dilakukan pada hari ketiga.
Ramai tertanya-tanya hari ke berapa sepatutnya melakukan ujian kit ini bag membuktikan sahih keputusan berkenaan.
Perkongsian Dr Izzar Anwari memberitahu bila waktu betul untuk membuat ujian kendiri Covid-19 guna ujian antigen (RTK-AG) pika tahu anda menjadi close contact mereka yang positif Covid-19.
HARITU BUAT UJIAN KENDIRI NEGATIF. TAPI HARI NI POSITIF PULAK. TIPU AH!
Mula2 kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi. Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi? Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif. Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak? Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu. Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba2 bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula2 buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) :
– Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu.
– Buat ujian apabila bergejala
– Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
Sebelum itu, dia juga beritahu cara betul baca keputusan Kit Ujian Kendiri sebelum upload di MySejahtera.
Dr Izzar turut mengingatkan orang ramai supaya membeli dan menggunakan Kit Ujian Kendiri yang mendapat perakuan dari MDA SAHAJA.
Di kit ujian tu, garisan akan muncul di Control iaitu ‘C’, dan di Test iaitu ‘T’. Macam ni cara kita baca keputusan:
– Keputusan POSITIF – Kedua2 garisan C dan T muncul. Walaupun garisan T tu samar dan tak sepekat garisan C tu, ia masih dikira dan keputusan adalah positif.
– Keputusan NEGATIF – Hanya garisan C yang muncul. Tiada garisan T.
– Keputusan TAK SAH – Hanya garisan T sahaja muncul dan tiada garisan C. Atau tiada apa2 garisan langsung. Maka kena buat ujian balik dengan kit baru la.
Keputusan kit tu hendaklah dibaca dalam masa 15-30minit. Kalau lebih 30 minit baru nak baca keputusan, dikhuatiri akan memberi keputusan tak tepat.
Dan selepas buat ujian kendiri ni, sila kemaskini keputusan di aplikasi mysejahtera walaupun keputusan tu negatif. Memang kita boleh rekod keputusan kita di Mysejahtera.
Apa2 pun baca arahan penggunaan betul2 dan belilah Kit Ujian Kendiri yang mendapat perakuan dari MDA SAHAJA. Hati2 dengan produk palsu. Gunalah bila ada keperluan dan belilah lebih letak di rumah.
Semoga bermanfaat. Jaga diri semua #drizzarshares
Kredit Foto: Instagram Dr Izzar Anwari
Artikel Lain:
Doktor Izzar Pesan 3 Alat Wajib Ada Di Setiap Rumah, Untuk Pantau Tahap Kesihatan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dapat Jangkitan Di Hospital, Nenek Elfira Loy Meninggal Dunia Lepas Disahkan Positif Covid-19

Sesungguhnya Covid-19 itu tidak mengenal siapa mangsanya. Siapa sangka orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan dunia disebabkan virus merbahaya ini.
Terbaru pelakon Elfira Loy, berkongsi khabar duka apabila nenek kesayagan, Siti Rokiyah Saad menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.
Alhamdulillah dah selesai semua proses pengebumian nenek atok saya pada hari Jumaat yang mulia ini.
Atok
fira sayang atok.
fira takkan lupa doa untuk atok hari hari
fira mintak kat Allah supaya atok tenang je dekat sana ok
fira mintak Allah hiasi kubur atok seperti taman di syurga
fira mintak atok tak rasa keseorangan
atok tak suka sorang sorangkan.
fira ada kat sini
solat untuk atok
doa untuk atok
sedekah untuk atok.
Alfatihah atok , Siti Rokiyah binti saad
Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya Elfira berkata Allahyarham neneknya disahkan positif Covid-19 selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki.
Katanya selain arwah beberapa pesakit yang berada di wad yang sama turut terkena jangkitan virus bahaya itu.
Sebenarnya berat nak cerita , belum cukup nafas nak tahan air mata ni . Tapi untuk elakkan cerita bercelaru. El ceritakan ,
Atuk El warded dekat Hospital sebab operation Kaki , Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor.
selepas beberapa hari , it was her turn to take the vaccine. Alhamdulillah semuanya ok.
Atuk tak mengalami sebarang symptom teruk.
Tapi selepas 5 hari tak silap El , atuk disahkan positive . Disebabkan ada outbreak dalam ward. Ada berbelas orang disahkan positive.
It happened, in the hospital.
Puncanya dari siapa masih taktahu.
Memang terkilan ,
Tapi Allah yang menentukan ,
kami hanya Redha dengan ketentuan ini.
Sebelum pada awal bulan lalu juga Elfira ada muat naik posting dia membawa Allahyarham neneknya ini mendapat suntikan vaksin di Sg Long. Walaupun neneknya baru lepas melakukan pembedahan, namun semuanya berjalan lancar ketika itu.
Okay since ramai tanya , el sharelah kat sini.
Pada 3hb yang lepas el bawak nenek El pegi ambik her first vaccine dekat Sg long , UTAR .
el aftarkan nenek el dekat page vaksincovid.gov.my for Astrazeneca, tapi bila sampai , i was told , she will be getting Sinovac.
Mula-mula terkejut, sebab volunteer for AZ tapi dapat Sinovac. So kita berdoalah jelah supaya semuanya okay & selamat. El nervous sikit kalau benda tu el tak lalui tapi suruh orang buat. Sebab tu el ambik vaccine hari kedua diorang bukak. sebab baru macam lega nak suruh orang buat.
Macam biasa proses ambik vaccine sangat lancar. Lagi lagi untuk orang yang berwheel chair. cuma kalini , photography are not allowed. Hence , ni video.
dan for Sinovac , during observation …
dah boleh daftar dah for second dose.
& atuk dah dapat dah for her second dose appointment. ( bestnya )
Alhamdulillah, walaupun baru lepas operation because diabetic , atuk no symptoms & doing good.
Dalam pada itu, adik Elfira iaitu pelakon Ahmad Ezzrin Loy bersyukur kera diberi peluang melaksanakan proses pengebumian Allahyarham dengan memakai pakaian lengkap perlindungan diri (PPE).
Dia bersyukur dapat menemani arwah buat kali terakhir. Turut mengucaplan terima kasih kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana menyediakan dirinya dan suami Elfira untuk pengebumian nenek tersayang.
Kredit Foto: Instagram Elfira Loy & Ahmad Ezzrin Loy
Artikel Berkaitan:
Doktor Ini Dedah Virus Covid-19 Mula Serang Orang Muda & Akui Jangkitan Makin Cepat
Elak Sarung Kebaya Ketat & Tudung Lilit Datang Suntikan Vaksin Covid-19, Ini Baju Yang Perlu Dipakai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI