Seperti yang kita tahu bagi mereka yang suka bersenam, senaman push up merupakan antara teknik yang paling berkesan untuk membina ketahanan diri, stamina dan membesarkan otot.
Disebabkan itulah juga push up menjadi amalan kepada semua pasukan-pasukan keselamatan beruniform di seluruh dunia.
Jika anda melakukan push up untuk membina dada yang bidang mungkin anda rasa senaman klasik ini tak dapat melawan keberkesanan senaman bench press.
Tapi anda sebenarnya silap.
Menurut saintis yang melaporkan menerusi Journal of Strength and Conditioning Reserach, senaman push up dan bench press memberikan hasil yang lebih kurang sama terhadap aktiviti otot lalu meningkatkan kekuatan yang hampir sama.
Dan seperti senaman yang lain push up juga akan memberikan hasil yang betul-betul berkesan jika anda melakukannya dengan betul.
Ayuh, dikongsikan bagaimana untuk melakukan push up dengan selamat dan efektif.
Ads
SASARAN UTAMA: Dada, tangan dan teras perut.
Melakukan Push Up Dengan Kedudukan Sempurna
Pastikan kedudukan kaki dan tangan berada dalam keadaan lurus. Bermul dari badan terus ke bahagian kepada hingga kaki. Pastikan tangan anda betul-betul selari dengan bahu. Tegapkan baodan dalam posisi ini.
Dengan meletakkan siku ke bahagian luar badan dan kepala ke bawah, rendahkan bahagian torso sehingga dada anda berada beberapa inci dari lantai.
Berhenti buat seketika kemudian angkat badan kembali ke posisi asal secepat mungkin.
Ads
Cara push up senang
Letakkan kotak atau bangku kecil atau permukaan lebih tinggi kemudian letakkan tangan anda di situ. Semakin tinggi sudut badan anda berbanding lantai ia menjadi semakin senang
Cara push up mencabar
Cuba lakukan ‘dead stop push up’ dengan merendahkan dada rapat ke bahagian lantai. Kemudian angkat tangan anda sedikit ke atas dan bertahan. Teknik ini lebih mencabar dan menuntut kekuatan lengan yang lebih besar.
Opsyen lain: Lakukan single-leg push up dengan sebelah kaki diangkat atau decline push up dengan kedua belah kaki diletakkan di atas kerusi atau permukaan lebih tinggi.
Ads
Tip bonus
Tolak bahagian belakang badan anda ke atas setiap kali anda mula kembali ke posisi asal. Dengan melakukan teknik ini anda telah meningkatkan kekuatan otot serratus anterior. Mengapa ini penting?
Ini kerana otot tersebut biasanya lemah dan boleh menyebabkan shoulder impingement atau dikenali sebagai weightlifter’s shoulder. Otot serratus anterior yang kuat bukan sahaja membantu anda dapat postur badan yang etul tetapi turut memberi reaksi balas terhadap posisi humpback yang dialami ramai orang ketika berada di pejabat.
Nak hilangkan bintik hitam tak susah pun, anda boleh cuba petua yang dkongsikan oleh seorang wanita yang mana dia menggunakan buah lemon sahaja untuk cantikkan kulit wajahnya.
Apa yang best, dengan menggunakan lemon secara konsisten ini akan menjadikan wajah terlihat lebih bersih dan berseri.
Nak tahu bagaimana, baca perkongsian daripada perkongsian di fb milik Lelawati Lela yang sering dilihat gemar berkongsi pelbagai petua di media sosial.
Hilangkan Bintik Hitam Guna Lemon, Amalkan 3 Kali Seminggu Dah Cukup
Ini petua yang senang sangat untuk hilangkan parut dan bintik-bintik hitam kat muka. Yang pasti bahannya semula jadi dan selamat.
Bahannya cuma lemon.
Caranya mudah sangat, belah 2 lemon tu kemudian ambil sebelah je perahkan untuk dapatkan jusnya.
Kemudian, ambil jus lemon tadi sapukan pada kulit muka yang berparut dan bintik-bintik tu.
Oh ya, buat ni selepas cuci muka. Jangan pula muka penuh dengan mekap, anda pergi sapu jus lemon tu.
Kemudian biarkan selama 10-15 minit lepas tu boleh bilas dengan air suam dan keringkan muka pakai tuala yang kering dan bersih.
Buatlah 3x seminggu, tapi nak nampak kesan tu ambil masa juga, maklum lah bahan semula jadi.
Kelebihan Buah Lemon
Lemon mengandungi Asam Alpha dan Askorbat-L yang dapat membantu mengurangkan parut jerawat serta dapat membantu membersihkan liang pori. Lemon juga dikenali sebagai agen menghilangkan parut atau bintik hitam pada wajah.
Nanti jangan lupa cuba, mudah-mudahan anda boleh hilangkan bintik hitam dan parut di wajah dengan cara selamat dan jimat!
Bagi mereka yang sudah dibenarkan keluar selepas melakukan prosedur di hospital terutama pembedahan pasti badan akan berasa sedikit lemah dan tidak bertenaga.
Kedaaan ini adalah disebabkan kesan bius atau prosedur yang dilakukan. Justeru selepas keluar hopital kita perlu berehat di rumah dalam memastikan badan kembali sihat dan cergas.
Ada juga pesakit yang perlu berehat lama di rumah dan menggunakan kerusi roda atau wheelchair untuk memudahkan pergerakan di sekeliling rumah atau ke tandas.
Jadi wheelchair yang mana sesuai untuk dibeli jika masih belum ada kemudahan ni di rumah. Bimbang tersalah beli akan menyebabkan pembaziran. Maklum saja harganya ada boleh cecah ribuan ringgit.
Perkongsian di laman twitter @MedTweetMyOfficial memberitahu panduan memilih wheelchair yang sesuai digunakan untuk pesakit di rumah.
Kena ukur dulu sebelum beli untuk memudahkan pesakit
Saiz ikut kelebaran tempat duduk, pilih yang ergonomik
Perempuan kena biasakan sebelum tidur pakai pelembap, barulah seronok bangun esoknya kulit rasa segar dan nampak cerah.
Betul, rahsia kecantikan untuk sentiasa kelihatan muka segar bermula daripada penjagaan kulit sebelum tidur, dan ramai yang mengambil ringan tentangnya.
Biasakan Sebelum Tidur
Padahal penjagaan kulit pada waktu malam sangat penting kerana malam adalah waktu yang paling sesui bagi kulit regenarasi kulit iaitu proses penggantian kulit sel kulit mati dengan sel kulit baru. Nak cantik kena berusaha lebih sikit kan?
Mungkin dengan beberapa cara simple penjagaan kulit pada waktu malam ini dapat membantu.
Mencuci muka dan memakai skincare
Makan vitamin C untuk dalaman badan lebih sihat
Minum air masak secukupnya
Bersihkan tempat tidur sebelum anda tidur
Buatlah Double Cleanse
Selain itu, walau penat sekalipun rutin ini wajib dilakukan, iaitu sebelum tidur muka telah dicuci sebersih yang mungkin, jangan lupa untuk menggunakan teknik double cleanse.
Teknik ini dapat memastikan kulit muka bebas dari segala sisa kotoran dan paling penting make up, jika tidak proses regenarasi sel kulit akan terbantut dan ini akan menyebabkan jerawat muncul di wajah.
Jika perlu, pakai make up remover ataupun petroleum jelly untuk lebih senang hilangkan make up dan juga kotoran yang lain.
Jangan Lupa Pelembap Wajah!
Seterusnya, Krim pelembab muka pun ramai yang abaikan, kerana ada teksturnya yang melekit dan menyebabkan pemakai tidak selesa.
Tujuan memakai krim pelembab pada waktu malam adalah untuk merawat dan melembabkan kulit yang mudah kering apabila tidur di dalam bilik yang berhawa dingin.
Memakai krim pelembab sebelum tidur mampu menghalang bintik-bintik hitam dan dapat mengelakkan proses penuaan berlaku.
Di samping itu, tidur yang mencukupi minimum selama 8 jam sememangnya memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Mendapat tidur yang cukup bukan sahaja dapat rehat dan menyegarkan tubuh badan pada keesokan harinya malah segala jenis produk yang dipakai di wajah pada waktu malam juga turut diserap baik dengan lebih efektif.
Selain minum segelas air masak setiap kali hendak tidur, kali ini cuba tukar kepada segelas air lemon. Hasilnya pada kulit sangat bagus!
Manfaat air lemon sebelum tidur adalah memberi hidrasi kepada tubuh badan dan membersihkan kulit ketika tidur. Kulit juga akan lebih lembut, anjal dan berseri-seri jika diamalkan sentiasa.