Untuk mengekalkan kecergasan, kita digalakkan untuk bersenam. Tak perlukan masa lama, cukuplah 10-15 minit seperti larian kecil di sekitar rumah.
Namun begitu, sebelum bersenam, anda perlu merancang waktu latihan yang ingin dilakukan terutamanya bagi yang mengalami alahan pada debu dan habuk.
Biasanya, debu dan habuk yang menjadi penyebab alahan paling banyak adalah di antara 6-9 pagi dan waktu senja.
Rancang Waktu Terbaik Untuk Bersenam
1. Naik Kenderaan Awam
Penelitian dari University of British Columbia di Kanada mengatakan seseorang yang menggunakan kenderaan awam ternyata mempunyai kekuatan fizikal yang lebih sihat dan risiko obesiti lebih rendah.
2. Dengan Segelas Kopi
Kafein dikatakan dapat meningkatkan kelincahan reaktif seseorang. Contohnya, keperluan optima kafein untuk wanita yang mempunyai berat badan antara 60kg adalah 2-4 cawan kopi (475ml-950ml) iaiatu sejam sebelum bersenam. Walau bagaimanapun, satu cawan sahaja pun sudah cukup membantu.
Ads
3. Jangan Malas Masak
Menurut American Journal of Preventive Medicine, aktiviti memasak boleh membuatkan anda berdiri lebih lama dan mengangkat beban ringan (senduk) dapat membakar 139 kalori dalam satu jam. Bayangkan, berapa banyak kalori anda terbakar jika anda memanggang makanan atau membuat kek sekurang-kurangnya 2 jam.
Ads
4. Buat Pemanasan Dahulu
Adakah anda melakukan regangan terlebih dahulu sebelum bersenam? Menurut Bill Holcomb, professor athletic training di University of Nevada, Las Vegas, lakukan pemanasan terlebih dahulu dan barulah regangan dinamik (regangan sambil bergerak).
Ads
5. Selepas Bersalin
Berapa lama masa yang anda ambil untuk bersenam selepas melahirkan anak? Menurut Robert O. Atlas dari Mercy Medical Center di Baltimore, ramai wanita yang memerlukan masa sebulan untuk berjalan normal tetapi ada juga yang boleh kembali mendukung bayinya ketika berusia dua minggu.
Perasan atau tidak trend orang yang menjual makanan yang berwarna-warni walaupun untuk kuih tradisional seperti roti jala.
Pastinya kita rasa teruja dan seronok untuk menikmati hidangan ini kerana warnanya yang cantik dan menarik.
Namun sebagai pengguna kita sebenarnya perlu ambil tahu beberapa perkara yang perlu difahami mengenai pewarna makanan yang terkandung di dalamnya dan bahaya untuk keluarga terutama anak-anak.
Menurut Portal MyHealth, pewarna makanan tergolong dalam salah satu jenis bahan aditif dalam makanan yang selamat dimakan dan ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral.
Penggunaan pewarna atau bahan aditif ke dalam makanan sebenarnya telah dilakukan sejak beratus tahun dahulu untuk membantu menyedapkan, mengawet, dan mengekalkan kualiti makanan.
Antara tujuan utama menambah pewarna makanan ini adalah untuk meningkatkan kualiti makanan dan persembahan (tekstur, warna, rupa, rasa dan konsistensi).
Bayangkan kalau tak ada langsung pewarna makanan, pelbagai makanan yang dijual di pasaran akan kelihatan sama dan kurang menarik. Maka, bahan pewarna digunakan untuk menjadikan makanan lebih menarik dan merangsang selera makan.
Sesetengah makanan memang kita nampak pewarnanya dari luaran. Namun, ada keadaan tertentu di mana kita tak perasan kewujudan pewarna ini.
Selain manisan dan gula-gula, kebanyakan kanak-kanak juga terdedah kepada pewarna makanan ini melalui minuman yang kita sangka sihat seperti jus buah-buahan, susu berperisa dan minuman yogurt / probiotik.
Kajian juga mendapati penggunaan bahan pewarna semakin meningkat dalam pembuatan bijirin sarapan yang biasa kita lihat di pasaran.
Untuk mengesan pewarna dalam makanan, ibu ayah perlu membaca label. Di bawah undang-undang sedia ada, apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan mesti mempunyai penyataan “mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan) yang dibenarkan di senarai ramuan. Contohnya “mengandungi pewarna yang dibenarkan“.
Kadang kala label juga memberikan maklumat tambahan berkaitan jenis aditif makanan secara spesifik yang telah ditambah ke dalam makanan. Contohnya “mengandungi pewarna yang dibenarkan (Ponceau 4R)”.
Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor rujukan aditif yang digunakan di peringkat antarabangsa dinyatakan pada label. Contohnya “mengandungi pengemulsi (sodium pyrofosfat(E450) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan”.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab mengawal dan meluluskan penggunaan aditif dalam makanan. Pewarna dan bahan aditif yang dijual di pasaran hanya dibenarkan dalam makanan tertentu sahaja dan kadar maksimum adalah ditetapkan seperti yang disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
KKM akan meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan manusia hasil dari penggunaannya.
Jadi sebagai pengguna, kita pula perlu peka dan membaca label dengan teliti sebelum membeli sebarang produk di pasaran.
Menurut beberapa kajian, kesan pengambilan pewarna makanan yang berlebihan dikaitkan dengan hiperaktif atau ADHD di kalangan kanak-kanak.
Selain itu, terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa pewarna tiruan ini boleh menyebabkan alahan serta punca masalah tidur di kalangan kanak-kanak.
Walaupun pewarna makanan adalah selamat dimakan, namun secara umumnya kita harus melihat dari perspektif diet yang seimbang.
Ini kerana kebanyakan pewarna makanan serta bahan aditif terdapat dalam makanan yang diproses dan snek serta manisan yang kurang bernutrisi. Contohnya kek, aising, biskut, gula-gula, minuman berkarbonat, aiskrim dan coklat.
Bagi ibu bapa yang suka menyediakan makanan sendiri, ada pelbagai bahan alternatif yang semulajadi yang boleh kita gantikan untuk membuat pewarna makanan. Antaranya:
Rupanya guna sudu bukan hanya berfungsi untuk menyuap makanan ke mulut tetapi juga boleh bantu mencantikkan wajah sewaktu anda mekap.
Cuba lihat, sudu boleh digunakan secara dalam bidang kecantikan sebagai alternatif kepada kelengkapan solekan.
Haa… ini antara helah menarik yang boleh dilakukan dengan sudu bagi tujuan kecantikan.
1. Pelentik bulu mata
Miranda Kerr dan Karlie Kloss antara selebriti antarabangsa yang menggunakan sudu untuk melentikkan bulu mata. Bagi mereka yang tidak mempunyai pelentik bulu mata di rumah, sudu adalah kaedah yang boleh diguna pakai untuk mendapatkan bulu mata yang lentik.
2. Membentuk kening
Kalau anda jenis tidak pandai melukis kening dengan pensil alis mata, boleh cuba gunakan sudu untuk mendapatkan hasil solekan kening yang lebih seimbang untuk kedua-dua belah kening. Nampaknya cara ini lebih membantu.
3. Melukis ekor alis mata
Anda boleh menggunakan bahagian pemegang sudu, gariskan panjang alis mata yang diingini. Kemudian, letakkan sudu pada bahagian atas sisi mata dan bentuk ekor dengan menggunakan sudu. Lukisan alis mata akan kelihatan lebih kemas dan cantik.
4. Memakai maskara
Nak pakai maskara tak mudah juga, kadang boleh terkena bahagian bawah mata sehingga menyebabkan mekap nampak comot. Jangan risau, anda boleh guna sudu untuk melapiskan bulu mata agar tidak merosakkan solekan mata ketika memakai maskara.
5. Pembayang mata
Selain ini anda juga boleh menggunakan sudu untuk mendapatkan solekan pembayang mata dengan teknik ‘cut crease’. Hasilnya memang menjadi.
Okay, dah tahu kegunaan sudu dalam mekap tu, selepas ini anda boleh lah cuba mekap sediri di rumah ya. Selamat mencuba!
Kredit video: Official Crazi Deals
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.