Ambil tahu dulu kelebihan zumba, mesti anda rasa semangat nak hilangkan berat dengan cara tarian. Mana yang malas pun akan auto rajin sebab buat dengan hati gembira, hilang habis stres!

Seakan aerobik, tetapi zumba lebih tertumpu pada gerakan tarian diiringi irama muzik yang rancak. Yang tak minat menari auto akan suka lah!

Kelebihan Zumba Yang Ramai Orang Tak Tahu, Kulit Pun Boleh Cantik!

Kelebihan Zumba Yang Ramai Orang Tak Tahu, Kulit Pun Boleh Cantik!

Haa… jangan tak tahu, satu sesi zumba boleh buatkan 500 hingga 1000 kalori terbakar dalam masa antara 30 hingga 60 minit tau!

Nah, cuba layan dulu video zumba ini. Menarik tak?

@qairaqayla Siapa peminat @Mark Kramer Pastrana ? Sambil-sambil enjoy menari, ikut 10 step je dah boleh turun 10 kg! Cuba try test! 💃 #markkramerpastrana #kramerpastrana #zumba #nakkurus #fyp ♬ original sound – Aliaiqbal

Zumba biasanya dipilih sebagai alternatif buat mereka yang tidak gemar bersenam menggunakan peralatan atau mesin kerana ia lebih menekankan aspek keseronokan ketika bersenam. Bersenam mengikut irama muzik rancak, siapa yang tak suka kan?

Kelebihan Zumba Yang Ramai Orang Tak Tahu, Kulit Pun Boleh Cantik!

Jom, ketahui apa yang best bila rajin zumba:

IKLAN

1. Bonus kulit jadi tegang
Full Body Workout sebab aktiviti zumba memerlukan pergerakan anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung ibu jari kaki.

Lompatan kiri ke kanan mengikut irama ni kalau dilakukan dengan kesungguhan boleh membentuk bentuk badan idaman, kulit yang tegang tidak menggeleber dan otot yang lebih pejal.

2. Badan jadi ringan
Percayalah, lepas buat zumba badan lebih ringan dan paling seronok melihat wanita-wanita lain berzumba mampu meningkatkan rasa semangat yang lebih tinggi serta bermotivasi untuk menghadiri kelas Zumba yang seterusnya.

Selain itu:  Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia, Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum 'Workout'!

Kelebihan Zumba Yang Ramai Orang Tak Tahu, Kulit Pun Boleh Cantik!

 

3. Kalori terbakar lebih cepat
Tarian Zumba membantu untuk membakar kalori dari 5000 sehingga 1000 kalori untuk setiap sesi jika dilakukan dengan betul mengikut kesungguhan.

IKLAN

Dalam satu minggu kemungkinan berat badan dapat diturunkan 1 KG sebulan mengikut diet pemakanan yang betul. Kalori boleh dibakar dengan menjadikan zumba senaman setiap minggu sekali mengikut kelapangan masing-masing.

4. Sesuai semua peringkat umur
Zumba tidak tertakluk hanya untuk orang dewasa sahaja malahan dari kanak-kanak yang sudah tahu mengikut langkah tarian dari umur 3 tahun pun boleh sertai zumba ni.

Mak-mak pun tak perlu susah hati tinggalkan anak-anak kecil di rumah ketika mahu berzumba sebab boleh bawa sekali ‘DO the dance’. Kalau risau keselamatan bolehlah bawa anak duduk belakang sekali. Hah, nanti bukan mak sahaja gembira, anak pun enjoy sama.

Kelebihan Zumba Yang Ramai Orang Tak Tahu, Kulit Pun Boleh Cantik!

5. Bagus untuk jantung
Setiap sesi Zumba mampu membuatkan degupan jantung lebih kencang dan aktif sekali gus boleh meningkatkan kecergarasan kardiovaskular. Untung ya, dapat jaga kesihatan anda dengan cara ‘happy-happy’.

IKLAN

Nampak tak, banyak kelebihan zumba sebenarnya. Alah, sekarang senaman zumba ini bukan sahaja diminati kebanyakan wanita yang mementingkan tahap kesihatan diri tetapi golongan lelaki pun dah ‘laju’ ikut trend.

Kelebihan Zumba Yang Ramai Orang Tak Tahu, Kulit Pun Boleh Cantik!

Jika dulu, lambakan tenaga pengajar yang digelar ‘Zin’ dimonopoli kaum wanita, sekarang Zin lelaki juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Kadangkala, pengikut Zin lelaki lebih ramai tau!

Tak hairanlah kenapa ramai sangat pengikut Zin TM Mark Kramer dari Filipina ini ‘turun padang’ untuk bertemu dengan beliau! Mark yang begitu popular menerusi koreografer zumba lincah di youtube hadir ke Malaysia sempena siriRoadtour Zumba’.

Kelebihan Zumba Yang Ramai Orang Tak Tahu, Kulit Pun Boleh Cantik!

Zumba Kramer & TML Crew yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur ini juga turut menghimpunkan 15 tenaga pengajar (Zin) yang masing-masing membawakan tarian mengikut genre yang berbeza.

Selain itu:  Seluar Tak Muat Gara-Gara Peha Besar. Ini 4 Senaman Mudah Nak Kecilkannya!

Memang meriah! Lebih menarik, apabila Kramer & TML Crew turun ke bawah untuk battle bersama peserta yang hadir.

Kredit video: Aliaiqbal

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI