Senaman menggunakan alat bantuan senaman seperti ‘jump rope’ bukan sahaja mevariasikan rutin senaman tetapi mampu memberikan pelbagai kelebihan.
RAPI juga bersetuju dengan anggapan melakukan senaman jump rope membuatkan rutin jadi lebih seronok dan mantap.
Berikut RAPI kongsikan beberapa kelebihan hebat melakukan senaman menggunakan jump rope.
BAKAR KALORI DENGAN BAIK
Buat anda yang ingin turunkan berat badan dan mahukan senaman yang mudah, jump rope boleh menjadi senaman pilihan paling unggul. Tahukah anda, selepas melakukan jump rope selama 15 minit, anda mampu membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori.
Ads
Senaman lompatan seperti jump rope menggerakkan banyak otot badan yang menjadi aktif. Ia menjadikan badan kita dalam kategori dikenali sebagai ‘thermogenic’ iaitu keadaan di mana badan kita menghasilkan haba yang banyak semasa bersenam.
MAMPU KUATKAN TULANG
Melakukan senaman lompat tali atau jump rope juga dikatakan dapat menguatkan kekuatan tulang. Terdapat kajian mendapati seseorang yang melakukan bersenam jump rope selama 10 minit setiap hari didapati mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh. Ia sekali gus boleh mengurangkan risiko kesihatan tulang seperti osteoporosis.
Senaman ini mampu menaikkan kadar degupan jantung dengan pantas. Jadi lakukanlah dengan kadar sesuai dengan kemampuan jantung anda. Jika dilakukan dengan baik ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular.
Ads
Buat anda yang mampu melakukannya dengan baik, jump rope amat digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko berisiko seperti serangan jantung.
Untuk anda yang mempunyai masalah berat badan, senaman jump rope boleh membantu anda membakar lemak di bahagian perut dengan baik sekali. Senaman yang konsisten diikuti dengan amalan gaya hidup dan pemakanan diet seimbang mampu memberikan anda hasil yang mantap.
OTAK LEBIH FOKUS
Tak ramai tahu bahawa melakukan senaman jump rope memerlukan fokus yang baik. Menurut Jump Rope Institute, rutin lompat tali secara konsisten akan mengembangkan aktiviti otak di bahagian kanan dan kiri hemisfera. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran seseorang dalam mengingat dan meningkatkan kepekaan minda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendaki gunung sudah menjadi trend aktiviti riadah yang popular. Tiada kekangan gender atau usia dalam melakukan aktiviti sukan lasak ini.
Jika dahulu mendaki gunung hanya dilakukan oleh segelintir masyarakat tetapi kini ramai yang sudah mula menunjukkan minat.
Namun, masalah mula melanda apabila mereka yang baru (beginner) berjinak-jinak untuk mendaki ini tidak melakukan persiapan yang sempurna. Ya, persediaan fizikal adalah sangat penting untuk memulakan sebuah pendakian.
Tips senaman atau sukan yang boleh dilakukan sebagai persiapan sebelum mendaki gunung.
Kardio adalah senaman yang paling penting dilakukan sebagai persediaan sebelum mendaki gunung. Senaman kardio bukan sahaja boleh membantu membakar lemak di tubuh tetapi boleh memperbaiki sistem paru-paru, melatih otot jantung dan melancarkan peredaran darah. Jika dilakukan dengan betul, sistem pernafasan akan lebih teratur dan tubuh menjadi ringan untuk mendaki gunung. Antara yang boleh dilakukan adalah;
Jogging adalah senaman kardio yang paling mudah dan penting untuk dilakukan. Ini kerana dengan joging dapat memperkuatkan otot kaki dan menyediakan otot kaki ini dalam ekspedisi pendakian. Otot kaki menjadi kuat dan tidak cepat letih. Jika otot kaki tidak dilatih sejak awal pasti sukar untuk meneruskan pendakian lebih-lebih lagi jika melalui jalan yang sukar dan mencabar.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum ekspedisi pendakian sudah mula joging setiap hari. Jika tidak pagi cuba joging di waktu petang atau malam. Namun, tips yang perlu dilakukan adalah setiap hari jarak yang ditempuh mesti bertambah setiap hari. Buat permulaan cuba sasarkan jarak larian sejauh 500 meter. Hari demi hari tambah jarak larian sehingga sekurang-kurangnya 800 meter. Pasti otot menjadi kuat dan bersedia untuk memulakan pendakian.
Selang empat hari sekali boleh diselang-selikan berbasikal dengan joging. Sebagai permulaan mungkin boleh berbasikal sekitar kawasan perumahan atau taman yang berdekatan. Tetapi, untuk sesi yang berikutnya cuba mengayuh basikal di kawasan yang berbukit. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan membiasakan kaki untuk melalui kawasan yang berbukit atau mendaki bukit. Memang jika ingin mendaki memerlukan aktiviti memanjat bukan?
Melakukan senaman kardio memang sudah memberi penyediaan kepada otot kaki dan tubuh untuk melakukan aktiviti pendakian. Namun, pasti akan lebih baik sekiranya melakukan latihan ringan lain agar dapat menguatkan otot kaki dan juga tubuh secara keseluruhan.
Fokus utama ketika mendaki dan menuruni gunung bukan hanya pada kekuatan otot kaki dan stamina semata-mata. Kekuatan kaki yang berjalan pada jalan, seperti tanah, batu dan pasir perlu dikuasai. Jika sudah mempunyai kekuatan ini, apa sahaja cabaran ketika mendaku pasti dapat ditempuhi.
Latihan turun naik tangga ini jika dijadikan sebagai rutin harian di rumah atau di pejabat boleh menguatkan otot kaki. Apatah lagi jika selepas berjoging, melakukan latihan turun naik tangga ini. Lakukan selama 10 minit setiap hari.
Kemantapan kaki dan kekuatan otot paha juga boleh dilakukan dengan latihan squat jumps. Bila waktu yang sesuai dilakukan latihan ini. Sebaik sahaja selepas berjogging cuba lakukan lompatan ini. Jika dilakukan dengan konsisten pasti dapat memiliki otot paha yang lebih kuat. Tips, selepas selesai 1 set squat jumps rehat selama 10 saat untuk set yang seterusnya. Boleh lakukan sebanyak empat set.
Ketika mendaki bukan sahaja memerlukan kekuatan otot kaki malah mendambakan kekuatan otot tangan. Kekuatan otot tangan juga perlu dilatih untuk menyeimbangkan diri dan membantu memanjat atau merangkak ketika menempuhi sasaran untuk ke puncak. Latihan push up secara rutin setiap hari boleh membantu dan menjadi salah satu alternatif untuk menguatkan otot tangan. Selepas jogging atau mengayuh basikal lakukan latihan push up ini. Jangan memaksa diri melakukan di luar kemampuan. Lakukan perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Apabila sudah biasa mungkin hanya dengan satu tangan pun boleh melakukan push up.
Mendaki gunung bukan membawa diri semata-mata. Perlu menggalas beg untuk membawa makanan atau apa sahaja keperluan di puncak gunung. Oleh itu, persediaan bahagian belakang juga perlu diperkuatkan. Latihan tambahan diperlukan untuk memperkuatakan bahagian belakang iaitu back up.
Pernafasan yang lancar dan teratur sangat penting ketika mendaki. Ini kerana berjalan dengan jarak yang jauh, membawa beban yang berat dan jalan yang mencabar pasti membuat nafas kencang dan tidak teratur. Itu belum lagi termasuk perbezaan tekanan udara yang berbeza ketika di awal pendakian sehingga ke puncak.
Cara yang paling baik dilakukan adalah dengan latihan pernafasan. Senaman pernafasan yang paling mudah adalah dengan aerobik. Cukup hanya dilakukan tiga kali seminggu untuk membantu pernafasan yang teratur.
Satu lagi cara yang membantu pernafasan yang teratur adalah dengan berenang. Berenang selama dua kali seminggu bukan sahaja membantu latihan pernafasan malah boleh membantu menguatkan otot kaki dan juga tangan.
Kebaikan mendaki gunung salah satunya adalah dapat meningkatkan dan menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Perjalanan mendaki sambil membawa beban akan mengepam jantung dengan lebih cepat dan memberi beban kepada paru-paru lebih daripada biasa.
Keadaan alam sekitar yang ekstrim, cuaca yang sejuk di atas pergunungan dan kekangan makanan yang terbatas melatih daya tahan tubuh. Pendaki gunung biasanya boleh membentuk diri keluar daripada zon selesa. Itu yang membuatkan pendaki gunung mempunyai daya tahan yang kuat untuk melawan cabaran dunia yang sebenar.
Mendaki gunung juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan seseorang kerana mendaki gunung tergolong dalam sukan yang santai. Lingkungan ahli kumpulan yang pelbagai menemukan pengalaman baru dan meningkatkan perasaan yang riang gembira.
Jika berkesempatan cuba bersenam atau bersukan seawal pukul 4 pagi kerana untuk membiasakan tubuh pada cuaca yang sejuk. Ini kerana jika terpaksa bermalam di kawasan puncak biasanya udara sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang.
3 senaman ini akan lebih padu untuk kecilkan lengan dengan lebih mudah dan berkesan. Tak perlu masuk gym pun, anda boleh buat di rumah sambil tengok Tv.
Sebenarnya rahsia utama nak kecilkan mana-mana bahagian tubuh macam lengan terletak pada 80% pemakanan harian kita. 20% lagi dibantu oleh latihan di bahagian tersebut.
Kemudian boleh fokus senaman ringkas seperti yang dikongsi oleh Kak Syu ini, simple tetapi semua wanita boleh buat setiap hari dengan konsisten.
Apa yang kita makan akan beri efek yang pada senaman yang kita lakukan. Penting untuk ambil makanan yang betul terutama PROTEIN, yang mana sangat membantu dalam proses nak turunkan lemak-lemak di bahagian badan kita:
1. Protein yang cukup dan betul membantu kita pulih dari kecederaan tisu ketika bersenam serta membina dan mengekalkan tisu-tisu otot. Bila otot kita terbina dengan baik pembakaran kalori akan berlaku lebih baik.
2. Protein membantu menghasilkan kolagen yang membantu kulit kita kekal anjal, kuat dan tidak gelebeh. Kolagen terdiri daripada 30% jumlah protein tubuh. Kurang protein pun boleh buat rambut gugur dan kuku rapuh.
3. Protein membantu beri kecergasan dan tenaga. Orang yang turun berat tanpa protein yang cukup akan kelihatan kurus tapi nampak macam sakit dan kendur.
Antara sumber protein lengkap mudah didapati; daging, ayam, ikan, cuma kena hati-hati dengan cara kita masak, silap-silap nanti tak jadi bertambah lemak tak kurus.
Jadi buat anda yang mahu kuruskan lengan yang semakin berisi, boleh cuba senaman yang wanita ini kongsikan dan cuba jaga makan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Minum 2 gelas air kosong sebelum makan pun salah satu cara diet yang membantu turunkan berat badan.
Kalau ikut cara saudara Rafsanjani Zainal, anda kena berusaha untuk disiplin dalam menjaga makan. Barulah ada hasil! Nah, jemput baca ilmu diet kurus tanpa modal ini.
Kurus Tanpa Modal
Setiap orang boleh bermimpi nak kurus, tapi tak semua akan usahakan mimpi tu. Antara sebab adalah tak tahu cara diet, susah nak buat, makanan sihat mahal, kena beli keluar duit beli supplement dan macam-macam lagi.
Mari saya kongsi 3 step kurus tanpa modal untuk yang baru nak mula diet. Antara step paling senang untuk hilangkan 4 kg pertama dalam sebulan. Okay let’s go!
STEP KURUS 1
Kurangkan 1 portion makanan yang paling kerap ambil setiap kali makan.
Okay untuk permulaan, mula dengan pilih satu makanan yang selalu ambil dan kurangkan portion. Ini paling senang. Kalau tak boleh buat ini dulu, yang lain lagi susah.
Contoh, ambil 3 senduk nasi masa lunch, 3 senduk nasi masa dinner. Kurangkan jadi 2 senduk lunch, 2 senduk dinner. Selalu ambil 4 keping roti putih, ambil 2 keping sahaja.
1 senduk nasi putih (75g) = 100 kalori, 2 senduk da 200 kalori kurang. Okay sudah buat yang ni boleh buat step kurus 2 plak.
STEP KURUS 2
Minum air kosong 2 gelas (500ml) setengah jam sebelum setiap kali makan.
Step kedua yang semua org boleh buat untuk turun berat badan ialah minum air 500 ml atau 2 gelas – setengah jam sebelum waktu makan.
Sangat mudah dan praktikal. Kalau waktu lunch pukul 1 petang, pastikan minum 2 gelas air kosong setengah jam sebelum. Buat setiap kali makan sebelum breakfast, lunch dan dinner.
Mengikut kajian di Journal of Obesity, ini boleh membantu badan kenyang lebih cepat dan metabolisma badan lebih lancar. Pengambilan air yang cukup juga banyak sangat membantu sistem badan yg lain.
STEP KURUS 3
Skip air manis.
Okay 3rd step untuk turun berat badan tanpa modal ialah skip air manis dalam diet sehari.
Kalau contoh minum 3 kali air manis sehari :
Pagi – teh tarik – 150 kalori
Tengahari – sirap – 110 kalori
Malam -teh ais – 150 kalori
Total air manis sehari sahaja = 410 kalori.
Jadi untuk yang kategori obese dan overweight terutamanya, cuba untuk start dengan 3 step tanpa modal ini sahaja dulu.
Amalkan 3 ini dulu tanpa exercise pun boleh, insyaAllah kurang 4 kilo sebulan senang sahaja. Ingat nak diet jangan kurangkan kalori sampai bawah BMR. Yang penting kena disiplin. Sihat itu murah, sakit itu mahal.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!