Jika mahu melakukan aktiviti senaman di rumah saja, ramai akan memilih senaman push up yang mudah untuk dilakukan.
Senaman push up merupakan senaman yang mungkin anda anggap sebagai rutin basic semata.
Tapi jika anda juga sudah pasti tahu bahawa push up merupakan antara bentuk senaman yang yang paling berkesan untuk membina ketahanan diri, stamina dan membesarkan otot.
Jadi tidak hairanlah mengapa push up merupakan amalan rutin senaman wajib di kalangan pasukan-pasukan keselamatan beruniform di seluruh dunia.
Menurut saintis yang melaporkan menerusi Journal of Strength and Conditioning Reserach, senaman push up dan bench press memberikan hasil yang lebih kurang sama terhadap aktiviti otot lalu meningkatkan kekuatan yang hampir sama.
Dan seperti senaman yang lain push up juga akan memberikan hasil yang betul-betul berkesan jika anda melakukannya dengan betul.
Ads
Ayuh, kita kongsikan bagaimana untuk melakukan push up dengan selamat dan efektif.
SASARAN UTAMA: Dada, tangan dan teras perut.
Melakukan Push Up Dengan Kedudukan Sempurna
Pastikan kedudukan kaki dan tangan berada dalam keadaan lurus. Bermul dari badan terus ke bahagian kepada hingga kaki. Pastikan tangan anda betul-betul selari dengan bahu. Tegapkan baodan dalam posisi ini.
Dengan meletakkan siku ke bahagian luar badan dan kepala ke bawah, rendahkan bahagian torso sehingga dada anda berada beberapa inci dari lantai.
Berhenti buat seketika kemudian angkat badan kembali ke posisi asal secepat mungkin.
Ads
Cara Push Up Senang
Letakkan kotak atau bangku kecil atau permukaan lebih tinggi kemudian letakkan tangan anda di situ. Semakin tinggi sudut badan anda berbanding lantai ia menjadi semakin senang
Cara Push Up Mencabar
Cuba lakukan ‘dead stop push up’ dengan merendahkan dada rapat ke bahagian lantai. Kemudian angkat tangan anda sedikit ke atas dan bertahan. Teknik ini lebih mencabar dan menuntut kekuatan lengan yang lebih besar.
Opsyen lain: Lakukan single-leg push up dengan sebelah kaki diangkat atau decline push up dengan kedua belah kaki diletakkan di atas kerusi atau permukaan lebih tinggi.
Ads
Tip Bonus
Tolak bahagian belakang badan anda ke atas setiap kali anda mula kembali ke posisi asal. Dengan melakukan teknik ini anda telah meningkatkan kekuatan otot serratus anterior. Mengapa ini penting?
Ini kerana otot tersebut biasanya lemah dan boleh menyebabkan shoulder impingement atau dikenali sebagai weightlifter’s shoulder. Otot serratus anterior yang kuat bukan sahaja membantu anda dapat postur badan yang etul tetapi turut memberi reaksi balas terhadap posisi humpback yang dialami ramai orang ketika berada di pejabat.
Ramai antara kita yang menggemari jus buah-buahan. Lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.
Malah dikatakan segelas jus menggunakan buahan segar dapat memberikan rasa enak dan kesegaran pada diri.
Walaupun begitu menurut pakar pemakanan, bukan semua jus baik untuk kesihatan. Ini kerana dikatakan terdapat jus yang hanya lebih baiksedikit berbanding air gula.
Dan ini antara pilihan jus yang baik untuk kesihatan
Jus Sayuran
Menghasilkan jus daripada sayuran adalah mudah dan baik untuk anda. Lycopene dalam jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Jus bit (beet) pula dapat mengawal tekanan darah.
Walaupun tidak sebanyak mengambil sayuran secara mentah, namun masih terdapat serat dalam sari (pulp) jus sayuran dan ia berfungsi menyingkirkan rasa lapar. Malahan kandungan gula dan kalori juga adalah lebih rendah berbanding jus buah biasa. Jangan lupa untuk menyemak kandungan sodium (garam) atau anda boleh memilih jus sayuran versi kurang sodium.
Jus Delima
Jika anda ingin mengamalkan pengambilan satu gelas jus setiap hari, pastinya anda mahukan pilihan yang terbaik. Adakah anda tahu jus apa yang menawarkan kandungan nutrisi paling hebat dan berbaloi untuk diminum?
Jawapannya adalah jus delima. Jenis jus ini adalah tinggi kandungan gula dan kalori tetapi memberikan banyak nutrien baik untuk anda yang dipanggil antioksidan. Kandungan antioksidan di dalam jus delima adalah lebih besar berbanding teh hijau.
Jus Kranberi
Jus daripada buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang diperlukan oleh sistem imun badan anda. Mengambil minuman jus kranberi tanpa gula boleh membantu mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing.
Jus Acai Beri
Acai beri merupakan buah yang terdapat di Amerika Selatan. Sari buah acai ini mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding kranberi, beri hitam, strawberi mahupun beri biru. Rasanya masam-masam manis sudah tentu mampu menambat citarasa anda.
Jus Anggur Merah
Mungkin anda pernah mendengar pengambilan wain merah dalam jumlah yang terkawal dan sederhana adalah baik untuk hati. Begitu jugalah kesannya jika anda minum jus anggur merah. Ia kaya dengan flavonoid dan resveratrol.
Jus Prun
Kebanyakan individu yang minum jenis jus ini adalah untuk melegakan sembelit. Ia amat berkesan membantu sistem pencernaan anda kerana prun merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi julap (laxative) semula jadi yang dipanggil sorbitol. Jus ini juga mempunyai kandungan antioksidan, zat besi dan kalium.
Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet. Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap! Semuanya bermula sewaktu zaman PKP dua tahun lalu. Ketika itu disebabkan aktiviti terhad, jadi berat badan semakin naik sehingga mencecah 100 kilogram.
Waktu itu Hisham Jejai Musa, sudah mula insaf untuk melakukan diet dan akhirnya berjaya turun sebanyak tiga kilogram.
Hajat untuk menurunkan lebih lagi kilogram agak terbatas dengan pelbagai alasan. Namun itu semua bukan alasan untuk terus melakukan diet sebenarnya bagi mengurangkan berat badan.
Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet
masa kat sabah.. baju yang sama.. tak letak mana-mana pic ni
Memulakan diet pada 17 Jun lalu dan nekad melakukannya hingga betul-betul jadi. Ini kerana sebelum itu dia kecewa gambar ketika bercuti di Sabah semuanya nampak tidak cantik dan memuaskan hati.
Biarpun dihiasi dengan background dan view sudah cantik tetapi gambar subjek (dirinya) kelihatan tidak cantik. Malah dia tidak sanggup untuknya posting di mana-mana media sosial.
Ketika memulakan diet beratnya sekitar 97 kilogram dan sehingga hari ini dia sudah berjaya mengurangkan sehingga 15 kilogram menjadikan beratnya sekitar 82 kilogram.
Namun begitu tidak berpuas hati dengan penurunan itu, dia masih lagi dalam target untuk sampai ke angka 70 kilogram.
Tidak lokek berkongsi tip berjaya turunkan 15 kilogram dalam empat bulan ini dengan kebanyakan ilmu diet yang dipelajari melalui grup diet suku-suku separuh.
Antara tip diperoleh: 1. Sedut ilmu-ilmu dalam grup ini dan hadamkan 2. Korbankan rutin yang biasa kita buat. Contoh: makan bertambah kurangkan, minum manis kurangkan. 3. Selain pemakanan yang betul. Petang-petang abang ke gym.. malam lepas Maghrib.. abang berjalan 5km. Ya abg jalan jaa. Tak larat ceq aii. Lagipun kaki sakitt nak lari.. *ok tu jaa laa.. nanti dah dapat 70kg abg up lagi..la abg cuti diet.. sebab abg ada kat oversea.. balik ni sambung
Selalunya kita hanya guna garam putih untuk menambah perasa dalam setiap masakan. Tak lengkap jika tidak diletakkan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Tetapi apa pula fungsi garam hitam untuk kesihatan. Ramai yang tak tahu khasiatnya dan ini rupanya antara manfaat boleh kita peroleh, terutama bagi merawat begok dan sesiapa yang alami anemia.
1. Membantu Masalah Pencernaan
Jika anda sering mengalami masalah ketidakselesaan pada perut, anda boleh mengamalkan pengambilan garam hitam ini.
Ini kerana garam hitam mengandungi sebatian sulfur yang mampu membantu menyelesaikan masalah itu.
Garam hitam ini akan bertindak sebagai perangsang pencernaan yang mengimbangi pengeluaran asid di dalam perut, mengurangkan komplikasi pencernaan, dan mencegah ulser.
2. Merawat Begok
Garam hitam mengandungi sodium iaitu zat yang bertindak aktif dalam mengurangkan dan merawat begok.
3. Mengawal Tekanan Darah
Garam hitam berbeza daripada garam biasa dari segi nutrisinya. Garam hitam memiliki kandungan natrium yang rendah di mana ia mampu mengawal masalah tekanan darah seseorang.
4. Mengubati Anemia
Kepada anda yang menghidapi anemia, boleh gantikan garam biasa kepada garam hitam. Ini disebabkan garam hitam mengandungi zat besi yang tinggi. Justeru dapat merawat penyakit anemia.
5. Melegakan Ketegangan Otot
Anda boleh mengunakan garam hitam ini ketika mengalami ketegangan otot.
Kandungan kalium dalam garam hitam dapat mengekalkan elektrolit dalam badan. Justeru. Ia dapat melegakan ketegangan otot yang kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan mineral dalam badan.