Selain zumba, antara senaman lain paling popular di kalangan wanita adalah pilates. Pilates merupakan yoga versi moden yang diluaskan rutin senamannya oleh atlet bernama Joseph Pilates.
Fungsi utama senaman pilates ini adalah memfokuskan kepada proses rehabilitasi dan penguatan tubuh.
Pilates terdiri daripada pelbagai gerakan yang tertumpu pada bahagian perut, pinggul, pinggang dan peha. Kebanyakan rutin senaman pilates melibatkan gerakan ketahanan dan kekuatan otot serta fleksibiliti.
Selain bagus untuk regangan badan, pilates juga sangat membantu dari segi teknik pernafasan yang betul dan meningkatan ketajaman fikiran. Pilates juga melatih otot dari pinggang ke bawah untuk menstabilkan tubuh di samping mengurangkan sakit tulang belakang.
Tidak kira anda yang berusia 30 atau 50 tahun sekalipun, anda mampu melakukan rutin senaman pilates di gimnasium mahupun hanya dari rumah.
Ads
Bagaimana pun perlu mempelajari beberapa teknik pilates yang betul sebelum melakukan senaman berimpak rendah ini.
Terutamanya bagi mereka yang sudah berusia dan mempunyai sejarah berkaitan sakit belakang yang kronik.
4 Kelebihan Pilates Untuk Kesihatan Wanita
Melegakan Sakit Belakang
Dengan melakukan regangan otot teras, pilates dapat mengurangkan sakit di bahagian belakang badan. Selain itu, ia juga membuatkan otot menjadi lebih fleksibel dan kuat yang mampu mengawal stres dan memudahkan pergerakan tubuh badan.
Fokus & Minda Cerdas
Sama seperti yoga, pilates juga merangsang daya tahan yang baik untuk minda, tubuh badan dan pernafasan. Dikatakan rutin senaman ini banyak berkaitan pergerakan dan pernafasan yang dipercayai sangat berguna untuk meningkatkan ketajaman minda.
Ads
Turun Berat Badan
Percaya atau tidak, wanita yang mempunyai berat badan sekitar 68 kg dan baru melakukan pilates mampu membakar sehingga 251 kalori jika ia dilakukan selama sejam. Sementara bagi yang sudah berpengalaman pula berupaya membakar kalori sehingga 432. Senaman pilates boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan senam seperti tikar yoga, bola dan gelung senaman.
Perbaiki Postur Badan
Teknik pilates yang betul dapat memperbaiki postur dan keseimbangan badan. Dengan melakukan rutin senaman pilates secara berkala, ia meregang bahagian bahu seterusnya memberikan postur badan yang baik.
Walau pilates dikategorikan sebagai senaman impak rendah, setiap satu sesi mampu membuatkan anda berpeluh.
Ads
Anggaran kalori yang dibakar dalam tempoh satu jam untuk sesi pilates adalah sekitar 250 kalori. Nilai pembakaran kalori ini juga seumpama anda bermain bola tampar, berjalan atau berkebun selama satu jam.
Ada yang nak tip bersenam ketika puasa? Ada orang cakap, kalau bersenam waktu berpuasa ini boleh membuatkan diri menjadi terlalu letih.
Selain organ badan berehat kerana berpuasa, bukankah ini membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat kerana bersenam?
Melalui perkongsian tips bersenam ketika berpuasa dari seorang pakar, terdapat 3 waktu yang sesuai untuk anda lakukannya.
Mari ikuti tips bersenam ketika berpuasa dan waktu bersenam yang sesuai, seperti dikongsikan oleh Puan Syaza Nutritionist, seorang Pakar Pemakanan Wanita.
Tip Bersenam Ketika Puasa, Ini 3 Waktu Yang Sesuai
Ada ramai yang berniat mahu bersenam tetapi risau haus. Haa… jom kita tengok macam mana nak bersenam waktu bulan Ramadan ini.
BILA WAKTU BOLEH BERSENAM?
1. 30 MINIT – 1 JAM SEBELUM BERBUKA
Jarak masa ini sesuai untuk kita ganti balik protein yang telah digunakan semasa bersenam. Dengan erti kata lain kita akan mengambil post workout meal semasa berbuka.
2. SELEPAS SOLAT SUBUH
Badan mendapat tenaga atau lebih dikenali dengan pre-workout meal semasa sahur. Menjadikan ia masa yang sesuai untuk bersenam.
3. SELEPAS TARAWIH
Pada masa ini tiada masalah untuk minum air bagi tujuan hidrasi. Menjadikan selepas tarawih merupakan salah satu waktu yang sesuai untuk bersenam.
TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA
Minum air secukupnya selepas berbuka sehinggalah habis waktu sahur.
Makan protein bersama-sama karbohidrat semasa berbuka sebagai post-workout meal.
Elakkan senaman berintensiti tinggi, fokus kepada senaman berintensiti rendah atau sederhana, 30-45 minit sahaja.
Kalau anda sudah terbiasa denagan senaman, boleh teruskan rutin senaman pada waktu yang sesuai. Manakala, bagi individu yang baru ingin mulakan senaman, pastikan anda buat senaman yang tidak membebankan diri anda.
Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada beberapa perkara perlu kita ambil tahu untuk sentiasa kekal cergas sepanjang bulan Ramadan ini.
Tidaklah kita asyik ulang tidur saja dek kerana keletihan kerana tidak bertenaga. Kongsi tip kekal cergas dari Coach Fadillah yang turut dikongsi oleh PU Amin.
1. Jaga pengambilan air antara lepas berbuka sehingga waktu sahur. Kalau boleh sentiasa minum air yang mencukupi agar kita kekal hidrat.
2. Elakkan juga makan berlebihan terutamanya ketika berbuka puasa. Kalau boleh berbuka dahulu dengan kurma, kemudian dirikan solat dulu sebelum ambil makanan berat.
3. Kurangkan juga pengambilan garam dan caffeine supaya pada waktu tengah hari tidak terlalu dahaga yang teramat sangat.
4. Tidur awal supaya boleh buat persediaan tenaga untuk bersahur nanti. Tidur yang cukup penting untuk memastikan kita kekal segar dan cergas sepanjang berpuasa.
5. Digalakkan pengambilan makanan secara sihat dan clean. Kalau boleh lengkapkan pengambilan karbo, protein dan juga serat iaitu sayuran & buah-buahan.
Apa yag penting sentiasa jaga kesihatan supaya kita dapat menjalanu ibadah puasa dengan penuh cergas dan gembira.
Tidak dinafikan bagai mengalami mimpi buruk apabila pernah berhadapan dengan situasi kenaikan berat badan hingga mencecah lebih 100 kg.
Tidak mahu lagi mengenang saat sukar itu, wanita ini mula berazam untuk memulakan perjalanan dietnya.
Setelah hampir 10 bulan menjalani proses diet sihat, Ziera Zulkifli berjaya melenyapkan hampir 49 kg dalam masa 10 bulan.
Berjaya buang 49 kg dalam 10 bulan
Menurutnya sepanjang tempoh 10 bulan itu dia memang berjuang dengan nafsu.
Namun akhirnya enjoy menikmati diet makanan sihat dan sedap. Apa yang lebih bererti dia kini menjaqlani hidup lebih bermakna.
Dalam perkongsianya dalam grup Diet Suku-Suku Separuh (DSSS), Ziera memberitahu dia mengamalkan konsep diet DSSS, iaiti suku karbo, suku proteino dan separuh sayuran.
Menurutnya salah satu faktor untuk menurunkan berat badan adalah apabila dia yang dikategorikan sebagai obesiti takut jika ada penyakit yang akan datang.
Keinginan untuk dapatkan zuriat
Ditambah dengan keinginan untuk mendapatkan zuriat membuatkan dirinya berusaha lebih keras untuk menurunkan berat badan.
Walaupun sukar untuk melawan kehendak untuk menolak makan makanan manis, tetapi dia berusaha menahannya ketika di awal perjalanan diet.
Selain menjaga pemakanannya, dia juga turut melakukan workout seperti skipping dan juga Twist Waist Disc Body untuk setiap 30 minit.
Yang penting kena konsisten
Tambahnya lagi perjalanan diet yang dilakukan bukanlah membuahkan hasil sepantas kilat. Apa yang penting lakukan diet DSSS dengan betul dan secara konsisten.
Dia juga turut memberi pesan kepada yang sedang berdiet jangan buat separuh jalan dan perlu kuatkan semangat. Apa yang paling penting jangan sesekali berputus asa. Insya-Allah ada hasil yang menakjubkan jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.