50 Peserta Join #RapiWerkit, Layan Zumba Aerodance Tiktok Party Tanpa Henti Satu Jam Setengah

Share

50 Peserta Join #RapiWerkit, Layan Zumba Aerodance Tiktok Party Tanpa Henti Satu Jam Setengah. Jika sebelum ini peserta yang hadir sekitar 30 orang, tetapi untuk zumba kali ini team #RapiWerkit berjaya menghimpunkan 50 peserta sekaligus dalam Zumba Aerodance Tiktok Party anjuran portal kecantikan dan kesihatan RAPI pada Sabtu lalu bertempat di Ladies Fitness Inspire, Bandar Saujana Putra.

Seawal jam 8 pagi peserta sudah datang dan masing-masing tidak sabar untuk mengeluarkan peluh.

Zumba Aerodance kali ini lebih istimewa kerana menghimpunkan 3 Zin bertauliah, iaitu Coach Sarimah, Coach Ariatie dan Coach An yang begitu bertenaga menggerakkan seluruh anggota badan mengikut muzik dimainkan.

50 Peserta Join #RapiWerkit

Artikel Lain: #RapiWerkit Terus Anjur Aktiviti Sihat Dengan Tabata Madness, Babitkan 30 Peserta!

Bermula tepat jam 9 pagi, dengan permulaan lagu-lagu rancak sebagai pembukaan tarian Zumba Aerodance, peserta begitu bersemangat mengikut rentak senaman dengan bantuan tiga zin cukup berpengalaman serta amat fit kerana mampu berzumba tanpa henti selama satu jam.

Layan Zumba Aerodance Tiktok Party Tanpa Henti

Kelihatan peserta masing-masing terus leka dan ligat menari hinggalah ke muzik yang terakhir. Kelihatan peluh merecik keluar dari dahi disebabkan aktiviti senaman Zumba Aerodance non stop ini.

Artikel Lain: Zumba Fitness Dance Rapi Werk It. Lupakan Exercise, Jom Zumba!

Sebelum majlis berakhir, turut diadakan acara Lucky Draw untuk tiga pemenang serta sesi photography sebagai kenang-kenangan dari semua team dan peserta yang terlibat.

Zumba Aerodance Tiktok Party kali ini mendapat tajaan  @bliese_hq
@yattbeautyempire @misterious.care @dermeden_my @amourryshq @sofearose_hq @beloncandy.co @beloncandy_event_planner.

Untuk next siri jelajah, jangan lupa untuk follow portal RAPI di rapi.com.my. Untuk semua aktiviti boleh follow IG Rapi.

Artikel Lain: Pilih Tema Irama Tradisional, #RapiWerkit Rai 30 Peserta Join Zafina Fitness Sempena Hari Malaysia

 

IKLAN