Selain barah payudara, kanser ovari juga antara musuh kaum wanita yang paling merbahaya.

Namun begitu, jika seseorang itu didiagnosis lebih awal, kita boleh membuat pencegahan kerana kadar survival (masa hayat) boleh menjadi sehingga 95% saja.

Kenali dulu simtpon awal pembunuh senyap ini daripada menjadi serius dan merebak terus ke peringkat selanjutnya.

Artikel Lain: Risiko Dapat Jangkitan Covid-19. Pesakit Kanser Perlu Ambik Vaksin Lepas Disahkan Sihat!

Beberapa simptom barah ovari wanita adalah:

  • Perut kembung atau bengkak
  • Rasa penuh dengan cepat selepas makan, walaupun makan hidangan kecil
  • Berat badan menurun atau menaik
  • Sakit belakang
  • Perubahan dalam tabiat usus, seperti sembelit atau cirit-birit
  • Kerap membuang air kecil
  • Perdarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan
  • Keletihan melampau, mudah letih

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami simptom-simptom di atas, ia tidak bermakna bahawa anda sudah pasti mempunyai kanser ovari. Perlu segera membuat temu janji dengan doktor anda untuk pemeriksaan.

IKLAN

Sering Kembung Perut Mungkin Hidap Kanser Ovari. Diagnosis Awal Peluang Sembuh Tinggi!

Artikel Lain: Berjaya Hilang Berat Drastik 9KG Dalam 3 Minggu. Hanya Ikut Cara Makan 2 Kali Sehari & Cut Sugar!

Berapa Cepat Merebak

Doktor menggred tumor mengikut seberapa cepat mereka menjangka ia berkembang. Kanser yang kelihatan sama dengan tisu normal akan tumbuh dengan perlahan dan ditandakan gred rendah.

Kanser bergred tinggi berbeza dengan tisu normal dan merebak dengan cepat. Tumor ovari dibahagikan kepada 4 gred:

IKLAN
  • Gred 0: Gred 0 tumor adalah yang paling sedikit agresifnya dan kelihatan seperti sel-sel tisu normal. Ia tidak mungkin merebak dan mudah sembuh
  • Gred 1: Tumor jenis ini kelihatan sangat mirip dengan sel normal. Ia cenderung berkembang perlahan-lahan
  • Gred 2: Tumor Gred 2 tidak kelihatan seperti tisu biasa. Ia berkembang dengan cepat
  • Gred 3: Tumor Gred 3 sangat berbeza dengan tisu normal. Ia berkembang dengan cepat dan dengan cara yang tidak teratur. Ia adalah jenis kanser yang paling agresif
Selain itu:  Buat 6 Tip Ini Kalau Nak Mesin Basuh Tahan Lama Dan Bersih

Rawatan Kanser Ovari

Rawatan kanser ovari umumnya memerlukan pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari serta ovari yang sebelah lagi, rahim dan lapisan lemak dalam perut (omenta). Lain-lain organ yang di jangkiti kanser seperti usus akan di bedah jika perlu. Ini diikuti pula dengan rawatan kemoterapi.

Sebaik sahaja diagnosis kanser ovari dibuat, pesakit hendaklah dioptimakan bagi menjalani pembedahan secepat mungkin. Pembedahan adalah langkah yang pertama dan paling penting untuk memastikan (confirm) diagnosis, mengetahui tahap penyakit (staging) serta membuang sebanyak mungkin ketumbuhan yang nampak dengan nyata.

Di akhir pembedahan diharapkan sebanyak mungkin tisu-tisu kanser dapat dibuang dan tidak lebih daripada 1 cm sahaja tisu yang tertinggal.

IKLAN

Sering Kembung Perut Mungkin Hidap Kanser Ovari. Diagnosis Awal Peluang Sembuh Tinggi!

Langkah-langkah rawatan susulan (follow-up) serta rawatan lanjutan seperti kemoterapi atau radioterapi hendaklah diatur dengan cepat. Sekiranya rawatan kemoterapi diberi dengan lewat ada kemungkinan sel-sel kanser boleh tumbuh kembali.

Jika dikesan awal, peluang untuk sembuh amatlah tinggi. Jadi sekiranya ada tanda-tanda di atas, terus sahaja berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Sumber: Hello Doktor

Artikel Lain: Buang Terus Roti Berkulat. Doktor Kata Tak Selamat Dimakan & Boleh Sebabkan Keracunan Makanan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI