Bagaimana jika pasangan anda kenal dan yang mahu dijadikan suami/isteri yang sah memberitahu dirinya mempunyai penyakit thalassemia.

Apakah penyakit ini akan menjadi punca kepada sebuah perhubungan yang mahu dicipta. Sejauh mana bahayanya penyakit ini yang berpunca daripada  genetik.

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook memberitahu secara detail mengenai penyakit thalassemia ini.

THALASSEMIA: topik hangat minggu ini.

Apabila tular kisah sepasang kekasih yang mengambil keputusan untuk putus hubungan setelah mengetahui kedua-duanya adalah pembawa talassemia, maka penyakit ini menjadi topik bualan netizen.

Antara persoalan yang timbul: Kenapa mereka perlu putuskan hubungan? Kalau kahwin juga, apa bakal terjadi? Macam mana mereka boleh dapat penyakit talasemia?

Saya cuba ringkaskan agar mudah difahami.

1. Thalassemia (talasemia) adalah penyakit genetik(keturunan) yang berbahaya. Ia menjejaskan penghasilan darah, sehingga ia tidak mencukupi untuk kehidupan yang normal.

2. Terdapat beberapa jenis talasemia, antaranya talasemia alfa dan talasemia beta. Setiap satunya ada pecahan masing-masing. Kita akan fokus perbincangan kita kepada talasemia beta.

3. Talasemia beta terbagi kepada 2:
▪️Talasemia major
▪️Talasemia minor
* Terdapat juga: talasemia intermedia (pertengahan).

IKLAN

4. Individu yang mempunyai talasemia major dipanggil pesakit talasemia. Pesakit talasemia mempunyai gejala: cepat letih, pucat, sesak nafas, perkembangan fizikal terjejas, dll.

Rawatan Talassemia Rumit & Perlu Dicegah. Doktor Jelaskan Apa Perlu Dibuat Sebelum Berkahwin!

5. Individu yang mempunyai talasemia minor dipanggil pembawa. Pembawa talasemia lazimnya tidak bergejala, dan hanya menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan tertentu.

6. Bila 2 pembawa talasemia berkahwin, maka :
▪️25% risiko anak = pesakit (major)
▪️50% risiko anak = pembawa (minor)
▪️25% anak = normal

7. Mengapa kita perlu khuatir dengan risiko anak menjadi pesakit talasemia(major)? Kerana rawatannya panjang, rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga menjejaskan kualiti hidup mereka.

8. Rawatan talasemia major:
▪️Transfusi darah 2-4 minggu sekali
▪️Terapi chelation (buang zat besi terkumpul)
▪️Splenectomy (buang limpa: jika perlu)

IKLAN

9. Rawatan hanya boleh dihentikan sekiranya pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang. Itupun ada tidak semuanya berjaya. Jika gagal, transfusi dan chelation dilakukan sepanjang hayat.

10. Oleh kerana rawatannya rumit, talasemia perlu dicegah. Caranya, adalah dengan menyaring pasangan yang ingin berkahwin, untuk menilai sama ada mereka ada genetik talasemia atau tidak.

11. Saringan talasemia dibuat dengan melakukan ujian darah. Ia disaring pada semua kerana pembawa biasanya tiada gejala. Jadi pengecaman melalui pantauan gejala tidak mencukupi

12. Jika kedua-dua pasangan didapati adalah pembawa talasemia, maka pasangan akan diberi konsultasi tentang penyakit ini, diterangkan risiko berkenaan zuriat, dan sebagainya.

Rawatan Talassemia Rumit & Perlu Dicegah. Doktor Jelaskan Apa Perlu Dibuat Sebelum Berkahwin!

IKLAN

13. Pasangan tidak akan dipaksa putuskan hubungan. Malah pasangan akan membuat keputusan berdasarkan informasi yang telah diberi, dan hasil perbincangan mereka sendiri.

14. Keputusan yang boleh dibuat oleh pasangan.
▪️Tidak berkahwin
▪️Kahwin, rancang tiada anak (biological)
▪️Kahwin, dapatkan anak, dan sedia hadapi risiko.

15. Kempen kesedaran tentang talasemia kini giat dijalankan. Saringannya juga bukan sahaja dibuat kepada pasangan yang hendak berkahwin sahaja, malah telah dibuat di sekolah.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Selain Mudah Tidur Malam, Badan Jadi Ringan & Cergas. Wanita Kongsi Kebaikan Bertungku!

Selain Kawal Tekanan Darah Tinggi, Manfaat Kayu Manis Juga Bantu Elak Masalah Kerosakan Gigi & Bau Mulut

Dr Izzar Ingatkan Buat Penilaian Kendiri Covid-19, Ingat TRIIS. Sebelum Rentas Negeri Balik Kampung!

Masalah Dagu Berlapis Cacatkan Penampilan. Ini 8 Senaman Mudah Boleh Lakukan Di Rumah Je!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI