Pelbagai cara untuk menguruskan badan dan salah satunya adalah dengan pengambilan minuman detok.
Kebiasaannya minuman detok ini diperbuat daripada campuran buah-buahan seperti lemon, epal hijau ataupun timun.
Namun baru-baru ini viral diperkatakan tentang satu minuman detoks yang dihasilkan dengan campuran kopi dan lemon boleh menguruskan badan.
Walaupun begitu, betul atau tidak campuran kedua-dua bahan ini efektif dan berkesan untuk menurunkan berat badan.
Perkongsian di laman TikTok Dr Wan menerangkan sejauh mana keberkesanan fakta ini.
Ads
Menurutnya, walauapun lemon boleh memecahkan lemak, tidak ada kajian saintifik mengenai campuran lemon dan kopi boleh menyebabkan penurunan berat badan.
Malah tidak semua orang boleh minum minuman ini terutama bagi mereka yang ada masalah anxiety. Bahaya untuk diminum kerana bimbang jadi kemudharatan lain.
Ads
Tambah Dr Wan cara terbaik untuk kurus adalah dengan kalori defisit
Dengarkan penjelasan penuh Dr Wan dan pilihlah cara sihat untuk menguruskan berat badan.
Selain pengambilan roti wholemeal, ramai juga memilih makan yogurt terutama yang rendah lemak dalam pengambilan harian untuk menjaga diet.
Dan selalunya kita akan membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai simpanan di rumah. Namun ada kalanya terlupa untuk memakannya menyebabkan yogurt berkenaan sudah melepasi tarikh luput.
Adakah dibolehkan dan selamat untuk kita makan jika sudah melepasi tarikh luput ini. Dengarkan penjelasan Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim berkenaan isu ini.
Bolehkah Yogurt yang melepasi Tarikh Luput (expired) dimakan?
Yogurt merupakan makanan separa pejal yang disediakan melalui fermentasi susu oleh bakteria yang baik (aka probiotik) seperti Lactobacillus delbrueckii subspecies bulgaricus dan Streptococcus thermophilus. Dengan kata lain, susu sengaja dibasikan.
Semasa proses fermentasi, bahan kimia lactose (iaitu komponen gula dalam susu) akan ditukarkan oleh bakteria kepada bahan kimia asid laktik. Peningkatan jumlah asid laktik akan membuatkan rasa yogurt menjadi masam dan teksturnya menjadi padat.
Sekiranya anda takut untuk memakan makanan yang telah melepasi tarikh luput, ketahuilah kecuali susu formula bayi, untuk kebanyakkan produk makanan lain, tarikh luput hanya bertujuan menentukan kualiti, bukan isu keselamatan produk berkenaan. Ini bermaksud makanan sebegini adalah SELAMAT untuk dimakan.
Begitulah juga yogurt. Ya, tarikh luput pada yogurt adalah untuk pengeluar menjamin kualitinya sehingga tarikh ini sahaja. Ini benar kerana yogurt yang sudah melepasi tarikh luput, akan berubah menjadi lebih masam dan teksturnya akan menjadi lebih berair disebabkan pertambahan jumlah bakteria yang beraktiviti. Inilah yang dinamakan kualitinya sudah berkurangan.
Apabila dimakan begitu saja, sesetengah sistem penghadaman tidak tahan lalu boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Namun jika dicampurkan dalam masakan, tiada masalah kerana bakteria ini akan mati dengan suhu memasak.
Namun, tidaklah bermakna yogurt itu boleh disimpan selama mungkin. Umumnya yogurt kosong (plain yogurt) yang BELUM dibuka boleh dimakan setelah sebulan daripada tarikh luput. Bagi produk yang telah dibuka terutamanya yang telah disenduk ke mulut, biasanya selamat setelah tempoh seminggu. Ini kerana yogurt telah terdedah dengan bakteria luar daripada air liur pada senduk dan udara yang akan mempercepatkan ianya rosak.
Untuk yogurt berbuah atau berperisa pula, biasanya lebih mudah rosak disebabkan pertumbuhan yis dan kulat.
Yogurt yang sudah rosak ini sebenarnya boleh ditentukan melalui deria melalui hidung, mata dan lidah kita. Selain daripada yogurt menjadi lebih masam dan berair, perubahan lain dari segi rupa, warna, bau dan rasa adalah indikasi ianya sudah tidak selamat dimakan.
Makanan yang telah dicemari bakteria luar, berkulat atau beryis boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara gejala keracunan makana ini adalah cirit birit, sakit perut dan muntah-muntah. Sekiranya gejala berterusan, dapatkan rawatan dengan segera.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat yogurt:
• Setelah dibeli, cepat-cepat simpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan aktiviti bakteria sedia ada dalam yogurt.
• Tidak perlu membuka bungkusan yogurt selagi belum dimakan atau digunakan.
• Sekiranya anda menyenduk yogurt, pastikan senduk adalah bersih termasuklah tidak terdedah dengan air liur. Ini boleh mengelakkan kontaminasi bakteria luar daripada udara dan air liur.
• Dan pastikan tutup rapat yogurt bagi mengelakkan cemaran silang dari peti sejuk dan udara disebabkan aktiviti kerap membuka peti sejuk.
• Untuk simpanan yang lebih lama, bekukan yogurt dalam peti sejuk beku. Suhu beku akan merencatkan aktiviti bakteria dalam yogurt. Cuma mungkin teksturnya sedikit berubah apabila dinyahbeku kelak.
Kesimpulannya, yogurt yang sudah melepasi tarikh luput masih lagi boleh dan selamat dimakan. Cuma pastikan rupa, warna, bau dan rasa yogurt masih berkeadaan elok.
Normal Kentut 5-25 Kali Sehari, Tapi Tak Makan Pelik Kentu Tetap Busuk. Doktor Ini Jelaskan Puncanya! Kentut adalah perbuatan mengeluarkan angin tanpa kita sedar ataupun tidak dan ia mengeluarkan bau tidak enak.
Jarang sekali mereka yang kentut ini tidak mengeluarkan bau busuk dan ada juga yang tertanya-tanya kadang-kadang ia mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan.
Bahaya juga sebenarnya kerana ia juga mungkin disbebabkan penyakit dan beberapa faktor lain menyebabkan kentut busuk seperti perkongsian Dr Khairul Hafidz di laman twitternya.
Mengapa kentut berbau busuk?
1. Makanan tinggi serat
Makanan tinggi serat mengambil masa yang lebih lama untuk makanan ini terurai dalam sistem pencernaan, jadi makanan tersebut akan menapai (fermented).Makanan berserat tinggi juga kadangkala berbau, yg bermaksud kentut kita mungkin berbau juga
Gas anda mungkin berbau seperti telur busuk kerana sulfur dalam makanan kaya serat. Sulfur adalah sebatian semula jadi yang berbau seperti telur rosak. Banyak sayur-sayuran punya sulfur
2. Intoleransi terhadap makanan
Jika kita mempunyai sensitiviti atau tindak balas terhadap makanan tertentu, gas anda mungkin mempunyai bau busuk. Sebagai contoh, orang yang mempunyai intoleransi laktosa tidak dapat memecahkan laktosa gula.
Akibatnya, laktosa akan ditapai oleh bakteria dalam usus. Gas yang keluar akan berbau. Gangguan berkaitan gluten juga boleh menyebabkan kentut berbau.
3. Ubat
Walaupun jarang, ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan kembung perut berbau.
Antibiotik membunuh patogen berbahaya dalam badan, tetapi ia juga boleh memusnahkan beberapa bakteria “baik” dalam perut anda, yang membantu penghadaman. Tanpa bakteria ini, gas akan berbau.
Sembelit menunjukkan bahawa kita mempunyai pengumpulan najis dalam kolon. Jika kita tidak boleh membuang air besar dengan kerap, ia boleh menyebabkan bakteria dan bau berkembang. Jadi kentut akan berbau busuk.
5. Pembentukan bakteria dan jangkitan saluran pencernaan
Sesetengah bakteria boleh menyebabkan jangkitan pada usus dan saluran pencernaan. Ini boleh menyebabkan isipadu gas yang lebih tinggi daripada biasa dan bau yang kuat.
6. Kanser kolon
Penyebab kentut berbau yang lebih jarang berlaku ialah kanser kolon. Apabila polip atau tumor terbentuk dalam saluran pencernaan, ia boleh menyebabkan menutup separa ruang pencernaan yang mengakibatkan pembentukan gas dan kembung.
Bagaimana kentut (flatulence) boleh terjadi?
Ia adalah pembebasan gas usus, yg terbentuk sebagai hasil daripada pencernaan makanan. Gas boleh didapati di seluruh saluran pencernaan, termasuk perut, usus kecil, kolon, & rektum
Bila gas dah banyak, ia perlu dikeluarkan dari usus.
Kita kentut kerana pengumpulan gas dalam badan kita, biasanya disebabkan oleh:
– Udara yang tertelan: Manusia menelan udara sepanjang hari, termasuk daripada minuman berkarbonat atau mengambil udara semasa mengunyah.
– Pertumbuhan berlebihan bakteria dalam usus kecil: Beberapa keadaan boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan, termasuk diabetes type 2, penyakit hati dan penyakit radang usus. Bakteria yang banyak ini akan menukarkan makanan kepada gas.
– Karbohidrat yang belum dihadam sepenuhnya: Kadangkala semua makanan kita tak dihadam sepenuhnya oleh enzim dalam usus kecil. Apabila karbohidrat yang dicerna sebahagiannya akan ke kolon, bakteria menukar sebahagian daripada makanan itu menjadi gas hidrogen dan karbon dioksida.
Makanan yang kita makan boleh menyebabkan kentut yang berlebihan. Karbohidrat, sebagai contoh, diketahui menyebabkan gas.
Akan tetapi, protein dan lemak pula menghasilkan kurang gas daripada karbohidrat.
Berapa kali kita kentut setiap hari?
Adalah banyak pendapat. Setelah membaca beberapa artikel, saya boleh rumuskan manusia secara normal akan kentut 5-25 kali sehari.
Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan juga.
Bila kita berjogging/berlari,
1. Kita bernafas lebih banyak, maknanya kita juga menelan udara lebih banyak daripada biasanya dan udara masuk ke sistem percernaan.
2. Senaman aerobik juga membantu percernaan makanan dan lebih banyak gas terhasil dari pencernaan tersebut.
Konsep yang sama iaitu telur mengandungi tinggi sulfur. Oleh kerana itu, apabila telur dicernakan oleh bakteria, ia akan menukarkan sulfur kepada hydrogen sulfide dan gas ini lebih berbau.
Diabetes adalah antara penyakit yang paling ditakuti ramai kerana ia ada kaitan dengan gaya hidup sihat diamalkan.
Malah jika tidak dicegah lebih awal, boleh menyebabkan penghidapnya berpotensi untuk mendapat penyakit lain yang berkait seperti darah tinggi, buah pinggang dan jantung.
Pesakit diabetes juga adalah tiga hingga empati kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala Covid-19 yang serius berbanding individu yang tidak menhidap penyakit berkenaan.
Ini menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya pada Kempen Perangi Diabetes anjuran Selangor FC dan syarikat farmaseutikal Sanofi Aventis Malaysia (Sanofi).
Menurutnya juga oleh kerana dibetes telah lama ada dalam masyarakat kita, justeru beliau menyeru rakyat berusaha untuk membendungnya daripada terus menular yang akhirnya akan memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia.
“Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat,” katanya yang mengingatkan orang ramai kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup yang aktif.
“Ibu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan anak-anak kita terus sihat, cergas dan bebas daripada sebarang penyakit,” katanya.
Menurutnya tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).
“Laporan ini telah menunjukkan satu daripada lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini, hidup dengan diabetes atau persamaan hampir 4 juta penduduk Malaysia,” katanya.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.