Nadia Anuar

Baru-baru ini pengacara, Nadia Annuar di kecam bertubi-tubi apabila memuatnaik gambar tanpa bertudung di laman instagramnya sempena hari kelahirannya yang ke 39.

Tindakan ini ternyata telah mengundang kecaman ramai pihak sehingga melihatkan ahli keluarganya yang selama ni amat disegani terutama ibunya iaitu Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton.

Nadia Annuar Tampil Free Hair, Mohon Jangan Kaitkan Dengan Ibunya

Nadia Annuar Tampil Free Hair, Mohon Jangan Kaitkan Dengan Ibunya

Di Instagram Stories, Nadia berkata dia akur dengan kecaman yang diterima atas kekhilafan diri sendiri. Namun, Nadia memohon agar diberikan ruang dan masa kepada dirinya.

Nadia Annuar Tampil Free Hair, Mohon Jangan Kaitkan Dengan Ibunya

Mohon Maaf Jika Kurang Senang

Selain itu, kakak kepada aktor Harris Annuar ini turut meminta maaf sekiranya tindakan membuka tudung itu telah menimbulkan rasa benci serta kurang senang.

Dalam pada itu, pemilik nama Nadia Shahrul Annuar meminta agar tidak melibatkan ibunya, usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton dan ahli keluarga lain.

IKLAN

Jelasnya, Kak Ton sudah menjadi ibu yang terbaik apabila membesarkan serta mendidik dirinya dengan sempurna.

Nadia Annuar Tampil Free Hair, Mohon Jangan Kaitkan Dengan Ibunya

Sebelum ini, Nadia mendedikasikan ucapan istimewa kepada dirinya sendiri di Instagram serta memuat naik foto ‘free hair.’

IKLAN

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia. Apa yang kita anggap sebagai kekuatan terbesar juga boleh menjadi kelemahan terbesar kita.

Saya telah melalui banyak perkara tahun yang sudah. Saya juga telah menerima ramai kawan dan musuh yang baru. Itu adalah pengajaran yang boleh diambil, ada yang baik ada yang buruk.

Walaupun segala keburukan itu saya anggap sebagai kekurangan diri, namun saya berharap Allah akan terus mengurniakan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang dikehendaki-Nya.

IKLAN

Nadia Annuar Tampil Free Hair, Mohon Jangan Kaitkan Dengan Ibunya

Menerusi perkongsian sama, Nadia Annuar turut memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya tidak berhijab sambil duduk di atas sebuah sofa.

Selain itu:  Sering Kembung Perut Mungkin Hidap Kanser Ovari. Diagnosis Awal Peluang Sembuh Tinggi!

Apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Nadia dan juga keluarganya.

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI