Ada tanggapan memberitahu jika kerap mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Adakah ianya benar dan apakah kesan bahayanya jika kerap dilakukan setiap hari.

Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad di laman sosial Facebook penjelasan perkara ini dan penyebab utama masalah paru-paru berair.

Beliau juga turut memberitahu kebaikan mandi malam ini dapat menghilangkan stres setelah seharian bekerja.

BENARKAH KERAP MANDI PADA WAKTU MALAM BOLEH MENYEBABKAN PARU-PARU BERAIR?

Air di dalam paru paru, atau turut dikenali dengan nama efusi pleura ataupun pleural effusion merupakan satu keadaan di mana air berkumpul di antara lapisan tisu yang melapisi paru-paru dan juga rongga dada.

Kawasan di antara lapisan tisu ini dipanggil ruang ataupun rongga pleura (pleural space).

Selalunya, kawasan tersebut mengandungi sedikit cecair yang bertindak sebagai pelincir sewaktu paru-paru mengembang ketika bernafas.

Paru-paru berair merupakan keadaan yang lazim berlaku. Menurut National Cancer Institute, sebanyak 100,000 kes didiagnosis di Amerika Syarikat setiap tahun.

Walaupun ia merupakan sesuatu yang kerap berlaku, efusi pleura boleh membawa maut. Dalam sebuah kajian, 15 peratus pesakit yang dimasukkan di hospital akibat masalah ini meninggal dunia dalam masa 30 hari.

Ramai yang berkata, mandi malam boleh menyebabkan peparu jadi berair. Menurut mereka, mandi malam boleh akibatkan air masuk ke dalam paru-paru.

Mandi Malam Bukan Punca Paru-Paru Berair. Doktor Jelaskan Punca Salah Satu Penyebab Kanser!

PUNCA SEBENAR PARU-PARU BERAIR

Cecair dalam paru-paru boleh jadi kurang protein (transudative) ataupun kaya dengan protein (exudative).

Transudantive pleural effusion disebabkan oleh cecair yang bocor masuk ke dalam ruang plural akibat daripada peningkatan tekanan di dalam salur darah.

Antara penyebab utama transudative pleural effusion ialah sakit jantung.

Selain itu, exudative effusion pula berpunca daripada saluran darah yang tersumbat ataupun mengalami inflamasi, jangkitan, kecederaan pada paru-paru ataupun tumor.

Pneumonia, tuberkulosis, limfoma dan arthritis boleh sebabkan individu mengalami exudative effusion.

IKLAN

Beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh akibatkan paru-paru jadi berair.

Individu yang mempunyai kanser seperti kanser paru-paru dan kanser payudara juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap efusi pleural.

Kadang-kadang, cecair tersebut sendiri boleh menjadi malignan (kanser). Selain itu, paru-paru boleh jadi berair disebabkan oleh rawatan kanser seperti kemoterapi.

Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan peparu berair termasuklah:

1. Merokok dan minum minuman keras.

2. Tekanan darah tinggi.

3. Pernah terdedah kepada asbestos.

Tidak ada lagi bukti yang mengaitkan mandi malam dengan peparu berair. Malah, mandi pada waktu malam terbukti boleh membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak.

SIMPTOM PARU-PARU BERAIR

Individu yang mengalami peparu berair mungkin akan alami simptom berikut:

1. Sesak nafas

2. Batuk kering

IKLAN

3. Rasa ketat pada kawasan dada

4. Tidak boleh berbaring

5. Tidak boleh bersenam

6. Kerap rasa tidak sihat

Namun, bukan semua pesakit yang mengalami peparu berair mengalami simptom yang sama seperti di atas.

Jika anda rasa tidak selesa pada kawasan dada, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Mandi Malam Bukan Punca Paru-Paru Berair. Doktor Jelaskan Punca Salah Satu Penyebab Kanser!

 

Selain itu:  Bahaya Kanser Payudara Pada Wanita. Kena Tahu Umur Berapa Sesuai Lakukan Ujian Mamogram!

BOLEH KE AIR MASUK KE DALAM PEPARU DISEBABKAN MANDI MALAM?

Setakat ini, tidak ada lagi bukti kukuh yang boleh mengaitkan mandi malam dengan paru-paru berair.

Seperti yang digariskan di dalam artikel di atas, individu yang mempunyai kanser, sakit jantung, pneumonia, ataupun tuberculosis merupakan antara yang berisiko untuk mendapat paru-paru berair.

IKLAN

Jika anda mempunyai masalah kesihatan berikut, anda boleh elak paru-paru berair dengan cara:

1. Jangan merokok

Merokok boleh menambah risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Jika anda tidak mampu untuk berhenti sendiri, cuba dapatkan nasihat daripada pakar.

2. Makan makanan yang sihat

Amalkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan makanan tinggi kandungan gula, garam dan berlemak.

3. Pantau kadar kolesterol dalam darah

Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh membuatkan anda menghidap pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit jantung dan juga kanser.

Dengan cara mengubah gaya hidup, anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

KESIMPULAN

Mandi pada waktu malam tidak mungkin menjadi punca paru-paru berair. Berdasarkan penjelasan di atas, sakit kanser, sakit jantung dan lain-lain merupakan punca sebenar penyakit ini.

Tidak ada masalah untuk mandi malam. Malah, mandi waktu malam amat digalakkan terutama sekali untuk menghilangkan rasa stres setelah seharian berkerja.

#HealthDrZubaidi

Artikel Berkaitan:

Legakan Masalah Hidung Sumbat & Batuk Guna Campuran Lemon, Cengkih & Madu. Cara Lebih Jimat & Selamat!

Sejak Kecil Tak Obses Makanan Manis & Snek Ringan. Rahsia Jennifer Aniston Kekal Cantik Di Usia 52 Tahun!

Makanan Bergoreng & Susu Rendah Lemak, Dikenal Pasti Antara Makanan Punca Kulit Jadi Berminyak

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI