Tidak dinafikan buah pinggang adalah antara organ yang paling penting dalam tubuh manusia yang mana peranan utamanya adalah untuk membuang produk sisa dan membersihkan darah.
Selain mengeluarkan air tambahan, mineral dan bahan kimia, buah pinggang juga membantu mengawal air dan mineral seperti natrium, kalium, kalsium, fosforus dan bikarbonat dalam badan.
Jadi jagalah ia sebaiknya bagi mengelak anda perlu menukar darah setiap tiga hari sekali.
Justeru pesakit buat pinggang perlu sentiasa menjaga pemakanan agar penyakit ini tidak menjadi lebih kronik.
Lazimnya, setiap pesakit akan diberi nasihat pemakanan yang berbeza bergantung kepada status klinikal, tahap kegagalan buah pinggang dan masalah perubatan lain, selain nasihat pemakanan perlu diubah untuk pesakit yang sama pada masa yang berlainan.
Ads
Jadi, bersempena dengan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada hari ini, dikongsikan 10 cara penjagaan buah pinggang yang boleh diamalkan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya adalah:
Ads
i. Mengekalkan berat badan yang ideal.
ii. Praktikkan makanan yang seimbang.
iii. Elak pengambilan makanan segera dan kandungan garam yang tinggi.
iv. Elak minuman bergula.
v. Bersenam 150 minit seminggu.
vi. Menjaga paras gula jika mempunyai masalah kencing manis.
vii. Mengawal paras tekanan darah normal.
viii. Mengelak mengambil ubat atau produk yang tidak dikawal selia.
ix. Mengikut saranan doktor yang merawat.
x. Membuat ujian saringan awal jika berisiko.
Bagaimana jika pasangan anda kenal dan yang mahu dijadikan suami/isteri yang sah memberitahu dirinya mempunyai penyakit thalassemia.
Apakah penyakit ini akan menjadi punca kepada sebuah perhubungan yang mahu dicipta. Sejauh mana bahayanya penyakit ini yang berpunca daripada genetik.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook memberitahu secara detail mengenai penyakit thalassemia ini.
THALASSEMIA: topik hangat minggu ini.
Apabila tular kisah sepasang kekasih yang mengambil keputusan untuk putus hubungan setelah mengetahui kedua-duanya adalah pembawa talassemia, maka penyakit ini menjadi topik bualan netizen.
Antara persoalan yang timbul: Kenapa mereka perlu putuskan hubungan? Kalau kahwin juga, apa bakal terjadi? Macam mana mereka boleh dapat penyakit talasemia?
Saya cuba ringkaskan agar mudah difahami.
1. Thalassemia (talasemia) adalah penyakit genetik(keturunan) yang berbahaya. Ia menjejaskan penghasilan darah, sehingga ia tidak mencukupi untuk kehidupan yang normal.
2. Terdapat beberapa jenis talasemia, antaranya talasemia alfa dan talasemia beta. Setiap satunya ada pecahan masing-masing. Kita akan fokus perbincangan kita kepada talasemia beta.
3. Talasemia beta terbagi kepada 2: ▪️Talasemia major ▪️Talasemia minor * Terdapat juga: talasemia intermedia (pertengahan).
4. Individu yang mempunyai talasemia major dipanggil pesakit talasemia. Pesakit talasemia mempunyai gejala: cepat letih, pucat, sesak nafas, perkembangan fizikal terjejas, dll.
5. Individu yang mempunyai talasemia minor dipanggil pembawa. Pembawa talasemia lazimnya tidak bergejala, dan hanya menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan tertentu.
6. Bila 2 pembawa talasemia berkahwin, maka : ▪️25% risiko anak = pesakit (major) ▪️50% risiko anak = pembawa (minor) ▪️25% anak = normal
7. Mengapa kita perlu khuatir dengan risiko anak menjadi pesakit talasemia(major)? Kerana rawatannya panjang, rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga menjejaskan kualiti hidup mereka.
8. Rawatan talasemia major: ▪️Transfusi darah 2-4 minggu sekali ▪️Terapi chelation (buang zat besi terkumpul) ▪️Splenectomy (buang limpa: jika perlu)
9. Rawatan hanya boleh dihentikan sekiranya pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang. Itupun ada tidak semuanya berjaya. Jika gagal, transfusi dan chelation dilakukan sepanjang hayat.
10. Oleh kerana rawatannya rumit, talasemia perlu dicegah. Caranya, adalah dengan menyaring pasangan yang ingin berkahwin, untuk menilai sama ada mereka ada genetik talasemia atau tidak.
11. Saringan talasemia dibuat dengan melakukan ujian darah. Ia disaring pada semua kerana pembawa biasanya tiada gejala. Jadi pengecaman melalui pantauan gejala tidak mencukupi
12. Jika kedua-dua pasangan didapati adalah pembawa talasemia, maka pasangan akan diberi konsultasi tentang penyakit ini, diterangkan risiko berkenaan zuriat, dan sebagainya.
13. Pasangan tidak akan dipaksa putuskan hubungan. Malah pasangan akan membuat keputusan berdasarkan informasi yang telah diberi, dan hasil perbincangan mereka sendiri.
14. Keputusan yang boleh dibuat oleh pasangan. ▪️Tidak berkahwin ▪️Kahwin, rancang tiada anak (biological) ▪️Kahwin, dapatkan anak, dan sedia hadapi risiko.
15. Kempen kesedaran tentang talasemia kini giat dijalankan. Saringannya juga bukan sahaja dibuat kepada pasangan yang hendak berkahwin sahaja, malah telah dibuat di sekolah.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan
Perempuan kalau dah masuk 30-an, macam-macam akan keluar dari wajahnya. Kalau tak jeragat, mungkin jerawat atau boleh jadi blackhead.
Jadi waktu inilah anda kena ‘pura-pura rajin’, walau hakikatnya nak sapu masker pun malas.
Masuk 30-an Ada Jeragat, Amal Kentang Kisar Nampak Dah Pudar
Untuk selesaikan masalah jeragat, anda boleh guna tips yang dikongsikan oleh Puan Fadzilah Mahmud, hanya dua bahan alami dijadikan masker.
Bahan-bahan:
Kentang
Lemon
Cara buatnya:
1. Bersihkan kentang buang kulitnya dan potong masukkan dalam blender kisar.
2. Tapis airnya dan campurkan dengan air perahan lemon.
3. Dah siap oleskan di muka biarkan kering dan meresap baru bilas air suam.
Pesanan: Kentang diblend seeloknya tiada air atau air sedikit. Best tau, muka jadi sejuk macam salji turun bila buat masker ni. Kena konsisten buat seminggu untuk dapat hasil diingini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sangka, modal tepung pulut sahaja tetapi hasilnya kulit mulus dan kembali cantik selepas breakout teruk. Bebas terus daripada masalah jerawat halus.
Inilah yang dilalui oleh Puan Najihah Zamani dalam proses baik pulih wajahnya. Ada dua cara yang dia gunakan, satu cara lama dan satu lagi untuk anda yang nak cepat dan mudah.
Kongsinya, kalau waktu masih belajar di universiti, duitnya terhad sangat untuk beli produk penjagaan kulit.
Sampai terdetik nak buat masker tepung pulut sendiri dan hasilnya sangat puas hati. Hilang terus jerawat halus dan segala masalah kulit, malah menjadi semakin anjal.
Modal Tepung Pulut Je, Kulit Pulih Daripada Masalah Breakout
Caranya mudah, hanya menggunakan tepung pulut dan air bersih. Nah, ini cara nak buat tepung pulut sebagai masker anti jerawat:
Bahan-bahan:
Tepung pulut
Sedikit air atau toner
Cara buat masker:
1. Ambil dua sudu tepung, masukkan ke dalam bekas bersih.
2. Tuang beberapa sudu air atau ‘toner’ sehingga tepung menjadi likat.
3. Sapu campuran tadi pada muka menggunakan jari atau berus.
4. Tunggu sehingga ia kering atau mengelupas.
5. Bilas muka sehingga bersih.
6. Biarkan kulit kering sendiri (jangan lap).
Kalau nak tahu, pulut mempunyai tinggi kandungan kanji yang membantu buat kulit makin cerah, lambatkan penuaan, rawat masalh jerawat dan bantu hilangkan kemerahan pada kulit.
Cara Yang Lebih Mudah Dan Berkesan
Namun apabila masuk fasa bekerja dan ada modal tersendiri, wanita ini berjaya olah satu formulasi baharu untuk mereka yang pernah ada masalah muka berjerawat.
Sejenis serum yang sangat membantu untuk ‘sejukkan’ wajah daripada masalah kulit.
Jadi kalau anda ada masalah kulit yang sama, boleh cuba guna cara kilat ini ya. Lagi mudah dan terpulang pada anda nak cara pakai skincare atau masih mahu menggunakan cara orang lama iaitu tepung beras pulut gaul air.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!