Khas buat ibu mengandung yang nak kontrol gula dalam darah, anda boleh baca perkongsian wanita ini yang berjaya terlepas daripada masalah GDM (Gestational Diabetes Mellitus) atau lebih dikenali dengan kencing manis waktu hamil.
Kadangkala buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya. Itulah yang berlaku dalam situasi Puan Robayah Bachik, dia disahkan ada GDM sewaktu kandungan dalam 6 bulan.
Bacaan Gula Ibu Mengandung Terlalu Tinggi
Menurutnya, semasa minum air gula, bacaan dalam 9.8. Tinggi sungguh. Terkejut pun ada sebab dia bukan penggemar makanan dan minuman manis. Untuk orang mengandung, bacaan tak boleh lebih dari 6.5.
Salah satu sebab jadi begitu ialah faktor umur dan juga berat badan sekarang.
Ceritanya, apabila berjumpa dengan pakar yang memantau kesihatannya, Dr Sakinah (APSH), dia memang kena sound direct. Diterangkan apa kesan kesan kepada bayi dan apa kesan kepada saya selepas bersalin jika paras gula masih belum dapat dikawal.
Maka bermulalah rutin check gula sendiri setiap hari sebanyak 3 kali.
“Ikutkan jari ni, memang sedihlah. Lepas tengok jari telunjuk kanan dah takde ruang nak cucuk, pindah ke jari kiri pula.” Luahnya selepas terpaksa check gula sendiri di rumah.
Risiko Tinggi, Anak Boleh Meninggal
Ads
Gula yang tinggi boleh menyebabkan bayi terlalu besar, walaupun ibu tiada diabetes. Ini bukan hanya menyebabkan berat badan ibu naik, tetapi lebih susah nak bersalin dengan normal.
Namun apa yang paling terkesan adalah apabila Dr Sakinah beritahu risiko yang paling tinggi ialah stillbirth iaitu anak meninggal dalam perut pada akhir kehamilan. Memang sangat risau. Kemudian rasa takut nak cucuk insulin pun ya juga. Bercampur baur emosi jadinya.
Kemudian apabila Puan Robayah sudah mula diet, dia banyak try and error. Nasi hanya makan suku, protein suku, sayur separuh pinggan.
Katanya, dia cuba mengelak ambil kentang, roti putih, carrot, air bergula, kuih muih yang manis. Roti canai dan roti telur memang dia haramkan terus.
Diet Pagi
Setiap pagi dia akan makan nasi sebab pernah dia makan roti whole meal 2-3 keping dengan tuna, tapi gula naik lebih dari 7 dan perut tak tahan lapar. Jadi dia akan makan nasi juga pada waktu pagi.
Ads
Diet Tengah Hari
Tengah hari pun sama masih lagi suku-suku separuh.
Diet Petang
Petang bila lapar, dia akan makan epal sebiji. Alhamdulillah… dia boleh alas perut dan tahan hingga tunggu untuk dinner.
Pernah cuba makan buah prune dan anggur, gula naik mencanak. Jadi tak sesuai untuknya. Kuih muih pun dia elak terus.
Diet Malam
Makan malam pun nasi juga tapi masih suku suku separuh.
“Saya masih lagi minum air teh tapi tanpa gula. Dan setiap masa akan minum air masak,” kongsinya.
Ads
Sayur biasanya dia akan buat sup sayur bayam atau sawi. Kalau nak sedap, dia akan lebihkan cili api dan juga lada hitam. Memang kenyang sebenarnya bila makan sayur lebih.
Bila dah sebulan lebih kawal cara makan, berat masa mengandung turun sikit dan badan tak lesu. Tekanan darah pun dah cantik. Bacaan gula Puan Robayah pun jarang jarang melepasi bacaan 6.
Untuk bab suplemen pula, “Saya juga amalkan makan suplemen semasa mengandung. Vitamin C, B Complex, Omega, Kalsium (ostematrix untuk elakkan kejang). Dan doktor juga bekalkan Obimin.” Kongsinya lagi.
Apabila tiba masa temu janji dengan Dr Sakinah untuk consult pasal kes GDM, hasilnya dia sudah tak perlu jumpa doktor dalam masa terdekat. Tarikh yang diberikan untuk jumpa semula ialah tahun seterusnya.
Ini kerana doktor yang pantau Puan Robayah berpuas hati dengan cara dia kawal paras gula dalam darah.
Ya, caranya seperti yang dia kongsikan di atas. Memang nampak sedikit ‘seksa’, sebab banyak benda tak boleh makan. Tetapi bila fikir kesan pada bayi dan kesan pada diri sendiri pada masa akan datang, itu yang lebih utama berbanding nak memuaskan nafsu perut.
Jadi kepada anda di luar sana yang senasib dengan Puan Robayah, boleh lah cuba ikut tip yang dia kongsikan ini, ya. Bukan hanya untuk ibu mengandung, yang tak mengandung pun boleh cuba diet sihat ini. Kata nak sihat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terserlah keayuan pelakon, Intan Ladyana walau sudah mempunyai anak tetapi auranya tetap memikat pada siapa sahaja yang memandang.
Sekali tersenyum, memang manis orangnya. Menyentuh soal kecantikan dan penampilannya, isteri kepada pelakon dan pengacara, Harris Alif ini dilihat ada berkongsi rutin penjagaan wajahnya di laman instagram.
Tip Cantik Intan Ladyana
Penjagaan wajah memerlukan kesabaran dan kerajinan untuk hasilnya. Jadi anda boleh mengikuti rutin kecantikan asas seperti Intan untuk menghilangkan masalah cela di wajah. Maklum lah, apabila usia semakin meningkat kolagen juga akan semakin berkurang.
Pernah berkongsi tip cantik di laman Eh!, Intan memulakan regim kecantikannya dengan menggunakan penanggal solekan kerana setiap hari pasti akan ada secalit solekan di wajah, walau senipis mana bedak asas.
Kemudian, dia akan gunakan pencuci dan urut perlahan wajah agar peredaran darah bergerak seimbang. Owh ya, tak lupa gunakan toner juga ya! Kemudian baru sapu pelembap wajah. Akhir sekali, item paling wajib adalah krim pelindung tabir suria. Barulah lengkap ‘makanan’ untuk kulit.
Memilih Tawaran Lakonan Ikut Penampilan
Berbicara mengenai penghijrahannya, Intan menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Sekadar info, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dalam sebuah majlis yang mematuhi prosedur operasi standard ketat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Kulit Kering Dan Jeragat, Guna 4 Barang Ini Je Untuk Pulihkan
Saya nak bagi review untuk newbie yang baru nak mencuba ya. Saya pengguna 4 produk ni.
Produk ini sesuai untuk kulit kering ya. Kulit kering ini biasanya akan ada masalah jeragat, dark spot.
1.Cleanser SENKA
Jenis berbuih yang padat dan byk. Melembap kulit ada double hyaluronic asid. Picit sikit dah cukup. Saya picit macam biji kacang kecil tu. Memang sesuai lah kalau nak jimat banyak. Saya beli harga Rm16 di Guardian.
2. Essence COSMODERM MERAH NO.2
Essence ni dia macam serum tapi kepekatannya cair sikit. Tapi tidak lah cair sangat macam toner. Fungsi 3x melembapkan kulit dan untuk lifting dan firm kulit wajah kita. Bagus sangat saya suka pakai terus meresap dalam kulit. Dalam ini ada bahan Retinol ya. Saya guna tak ada rasa pedih. Yang best bau dia dan cepat meresap tu paling penting. Ada halal jakim lagi. Saya beli ni Rm22 di Guardian.
3. Serum DARK SPOT AXIS – Y
Kulit muka saya memang banyak dark spot. So saya baru cuba produk ni baru 3 hari. Serum ni pun best juga cepat meresap dalam kulit. Boleh dapat di drugstore, shopee atau TikTok.
4. Sunscreen AQUA
Memang jatuh cinta dengan produk aqua ni. Lama dah cari serum yang sesuai dengan kulit muka. Bagi muka saya cerah dan ton sekata. Memang tak tinggal lah sunscreen ni. Kadang malam pun rasa nak pakai je. Best tekstur dia meresap terus dalam kulit tak ada whitecaste bagai tu. Elok la.. saya beli RM35 Guardian.
Ini saya pakai siang ikut step 1234. Malam add on mosturizer Aiken ganti dengan sunscreen. Ini review jujur dari hati.
Hah, macam menarik, bukan? Selepas ini boleh lah jadikan salah satu koleksi di atas meja mekap anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona melihat penampilan terkini Wilma Muhammad, pelakon utama filem Ghazal Untuk Rabiah yang popular sekitar tahun 90an.
Wilma aktres dan model kelahiran Lahad Datu, Sabah yang suatu ketika dulu cukup terkenal dengan imej seksi dan menggoda dalam drama mahupun filem.
Manis Bertudung, Wilma Muhammad Nampak Cantik Walau Dah Anak Lima
Terbaharu, menerusi Instagram peribadi Wilma memuat naik satu hantaran penampilan terkininya yang masih kelihatan cantik serta langsing.
Haa… kalau masih ingat-ingat lupa, Wilma ini juga pernah membintangi filem Pasrah sekitar tahun 2000.
Sekilas pandang nampak seperti baru berusia 30an je, kan?
Awet Muda Sungguh, Walau Usia 50 Tahun
Namun siapa sangka, usia sebenar ibu anak lima ini dah mencecah 50 tahun! Memang awet muda betul. Paling tertarik bila melihat senyuman Wilma yang sangat menawan.
Posting Wilma di Instagram dengan kapsyen “Syukur Alhamdulillah” telah meraih pujian daripada para pengikut serta peminatnya yang teruja dengan kecantikannya.
“Sweet as always.”
“Love sangat dari dulu cantik.”
“MasyaAllah cantiknya sis pakai tudung.”
“Still maintain sweet as before.”
“Lama tak nampak..Wilma makin cantikkk..”
Memetik perkongsian Wilma suatu ketika dulu di saluran YouTube Zayan My slot Kisah Inspirasi, dia mendedahkan bagaimana kisah penghijrahannya bermula dari seorang yang berimej seksi sehinggalah berkahwin dan bertudung.
“Selepas berkahwin saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup. Mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga.
“Saya tak suka bertudung. Dari sekolah sampailah masuk universiti saya cakap tidak akan pakai tudung. Kawan-kawan termasuk rakan-rakan artis juga tahun tak mungkin saya akan pakai tudung.
“Tapi bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni berubah 360 darjah,” katanya seperti yang dipetik.
Wilma kehilangan suami (pertama) pada 2011 kerana serangan jantung.
Dalam masa yang sama, Wilma memberitahu dia pernah bermimpi arwah suaminya itu.
Ulas Wilma lagi, dia selalu berdoa agar Allah SWT kuatkan imannya untuk terus istiqamah.
Untuk info, Wilma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Jun 2012. Semoga Wilma kekal bahagia dan tenang bersama keluarga tersayang.