Penyanyi, Heliza Helmi yang kini berada di Indonesia berdepan detik cemas apabila berlaku gempa bumi pagi tadi.
Heliza menerusi hantarannya di Instagram, memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur.
Menurut Heliza, dia tersedar daripada tidurnya selepas merasakan tempat penginapannya bergoyang.
Ads
“Kakja tiba-tiba tersedar dari lena asbab daripada penginapan yang kami menginap bergoyang kuat.
“Mula-mula Kakja blur, apa yang berlaku sebenarnya.Tapi hotel bergoyang ke kiri kanan dan gegaran itu agak lama sampai pintu semua berbunyi,” kongsinya.
Ads
Tambah Heliza lagi, dia mengetahui gegaran itu disebabkan gempa bumi selepas menghubungi pihak hotel dan mecari maklumat di internet.
Ads
“Perkara pertama terus capai jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Selepas itu hubungi pihak hotel apa yang berlaku, depe beritahu ada gempa bumi. Innalilahi wanna ilaihi rojiun. Bila Google yang terkini, belum dapat update.
“Selepas beberapa minit Google balik, sohih, memang berlaku gempa bumi. Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ini alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan gempa bumi berskala 7.4 magnitud berlaku sekitar pukul 2.55 pagi waktu tempatan. Gempa bumi itu turut dirasai di sekitar kawasan Kuta dan Denpasar di Bali serta Lombok.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengan jolokan seperti ‘datang bulan’ , ‘Aunt Flo’, ‘Sharks Week’ atau ‘dai yi ma’, haid masih dianggap topik yang tabu dalam banyak budaya.
Kaum hawa bukan sahaja perlu berhadapan dengan stigma, malah mereka sering ‘disajikan’ dengan maklumat tidak tepat tentang haid.
Sungguhpun haid merupakan proses semula jadi yang dialami oleh kebanyakkan wanita, ia masih diselubungi pelbagai mitos pada zaman serba moden ini.
Menurut laporan Kumpulan Bank Dunia1, sekurang-kurangnya 500 juta wanita dan gadis di seluruh dunia menghadapi ‘kemiskinan haid’, yang bermaksud kekurangan atau ketiadaan kelengkapan sanitasi bagi menguruskan haid.
Kesannya, mereka bukan sahaja kurang pengetahuan tepat tentang haid, tetapi juga kurang cakna tentang cara terbaik untuk menguruskan kebersihan haid.
Justeru, sempena Bulan Kesedaran Haid anjuran Aurelius Healthcare, Dr. Azizah binti Rusly, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hospital Aurelius Nilai ingin merungkai beberapa mitos tentang haid yang biasa kedengaran.
#1 “Kata ibu, wajib membasuh tuala wanita kerana darah itu najis dan akan ‘menjemput’ kedatangan jin dan makhluk halus!”
Sebenarnya, darah haid tiada beza dengan darah lain dalam badan kita, dan sudah tentunya tidak kotor! Ia terdiri daripada darah, membran rahim, lapisan mukus, dan bakteria. Sungguhpun ia kadangkala kelihatan bergumpal atau lebih gelap, kejadian sedemikian adalah normal.
Tuala pakai buang hendaklah dibungkus rapi dan dibuang selepas digunakan. Namun, sekiranya anda menggunakan tuala boleh guna semula atau cawan haid, rendamkannya dengan air sejuk dan basuh dengan detergen biasa, soda penaik atau cuka. Pastikan ia kekal kering bagi mencegah jangkitan kuman.
#2 “Ada yang kata, meletakkan tuala yang telah dibasuh pada muka dapat memberikan kulit yang cantik.”
Tidak benar sama sekali, kerana sisa atau produk haid harus dibuang dengan cara yang betul!
Hakikatnya, cara memperoleh kulit yang jelas bergantung pada jenis kulit seseorang. Amalkan diet yang sihat lagi seimbang untuk menjadi versi terbaik anda. Tingkatkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran, dan minum air mencukupi dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu!
Meskipun tampon boleh menyebabkan sedikit regangan atau koyakan pada selaput dara atau himen, namun ini juga boleh berlaku apabila anda melakukan aktiviti lasak.
Pada mulanya, sebilangan wanita mungkin akan mengalami ketidakselesaan ketika memasukkan tampon. Namun, keadaan ini adalah sementara dan akan bertambah baik!
#4 “Saya harus mengelakkan makanan atau minuman sejuk kerana ia akan memburukkan lagi pendarahan dan senggugut”
Hakikatnya, tiada kajian yang dapat membuktikan atau menyangkal kaitan antara minuman/makanan sejuk dengan senggugut. Haid merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan manakala aktiviti makan atau minum berkait rapat dengan sistem pencernaan. Jadi, kedua-dua sistem ini berfungsi secara berasingan dan tidak menjejaskan satu sama lain.
Sungguhpun demikian, sesetengah wanita lebih sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk, yang mungkin akan mencetuskan atau memburukkan lagi senggugut. Jadi, anda haruslah cakna badan anda sendiri dan bertindak sewajarnya.
#5 “Saya pernah menyorokkan produk sanitari saya kerana tidak sopan untuk menunjukkannya di khalayak ramai”.
Sama seperti tisu dan ubat gigi, produk sanitari merupakan produk gaya hidup yang membantu wanita berasa lebih selesa dalam tempoh haid. Oleh itu, setiap wanita harus mempunyai hak dan kebebasan untuk membeli produk kebersihan tanpa rasa malu, kerana haid semata-mata satu proses fisiologi semula jadi yang berlaku setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang kepentingan kebersihan haid, ikuti kempen #RespectMyCycle anjuran Aurelius Healthcare di Facebook, Instagram, dan LinkedIn.
Sebelum ini pelakon Sweet Qismina telah disahkan positif Covid-19. Dan terbaru selebriti Nora Danish dan Tiz Zaqyah juga turut positif virus berkenaan.
Memaklumkan perkara ini di laman Instagram pelakon Tiz Zaqyah memberitahu dia menerima panggilan daripada Pusat Perubatan Subang Jaya yang memaklumkan berita duka itu.
“Pihak hospital menasihatkan saya supaya menjalani kuarantin di rumah buat masa ini sebelum tindakan selanjutnya. Doakan saya dan keluarga,” ujarnya.
Berkongsi simptom awal yang dialaminya, pelakon Covid Oh Covid itu mengalami simptom seperti batuk ringan dan menggigil selain terasa tidak sedap badan.
“Tolong lakukan ujian saringan sekiranya mengalami gejala seperti demam, selesema, bersin, batuk atau sakit kepala bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
“Jangan terlalu yakin kerana ada individu yang sama sekali tidak menunjukkan gejala,” katanya memberi pesanan.
Sebelum itu pula, Nora Danish juga turut memaklumkan dirinya terpaksa menangguhkan suntikan vaksin pertama di UKM, Bangi kerana turut positif Covid-19.
Jelas Nora, dia pada awalnya menjalani ujian calitan selepas menjadi kontak rapat dalam kategori C (kontak rapat kepada individu yang menjadi kontak rapat individu positif Covid-19).
“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positif Covid-19 harini 9 Mei 2021. Semalam, Nora ada buat test sebab close contact kategori C.
“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom.
“Sekarang Nora kuarantin sendiri di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua ye,” tulisnya menerusi Instagram.
Dia juga kini dinasihatkan kuarantin dan berkata ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Pusat Perubatan Sunway Velocity, Lancar Pusat Kesuburan Penuhi Keperluan Komuniti Setempat. Diketuai oleh pakar berpengalaman, pusat kesuburan ini menawarkan pelbagai rawatan dan teknologi perubatan terkini untuk menyelesaikan masalah ginekologi dan kesuburan.
Mendapatkan zuriat semestinya menjadi impian pasangan yang sudah berkahwin. Walaubagaimanapun, tidak semua pasangan mudah mendapatkan zuriat disebabkan masalah yang berkaitan dengan kesuburan.
Selalunya apabila timbul masalah ini, golongan wanita sering dipersalahkan. Mereka dianggap punca tidak subur sehingga menyukarkan proses kehamilan.
Hakikatnya, masalah berkaitan kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita.
Seiring perubahan zaman, pelbagai teknologi diwujudkan bagi mengatasi masalah sukar mendapatkan cahaya mata.
Antara yang sering menjadi pilihan adalah teknologi persenyawaan in vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji.
Sejajar dengan komitmennya untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang baru-baru ini , Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) melancarkan Pusat Kesuburan Sunway di hospital tersebut.
Terletak bersebelahan dengan Pusat Wanita dan Kanak-Kanaknya, fasiliti seluas 7,222.5 kaki persegi ini dilengkapi dengan kemudahan yang komprehensif seperti bilik konsultasi, dewan bedah, bilik rawatan, bilik pengumpulan sperma, makmal andrology, makmal embriologi, bilik pengawetankrio, bilik dan wad pemulihan harian (daycare) serta teknologi dan sistem terkini untuk pelbagai prosedur kesuburan dan sakit puan (ginekologi)
Diketuai oleh Dr Farah Leong Rahman dan Dr Ashley Chung Soo Bee, Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan, perkhidmatan lain di Pusat Kesuburan Sunway di SMCV.
Ini termasuklah ujian penilaian kesuburan, inseminasi intrauterine (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF), suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI), ujian genetik plaimplantasi (PGT), pengawetankrio, analisis penerimaan endometrium (ERA), pembedahan laparoskopi serta rawatan untuk penyakit sakit puan.
Dengan pelancaran pusat kesuburan baharu ini, SMCV kini boleh menyediakan pelbagai rangkaian perkhidmatan berkaitan kesuburan serta penjagaan wanita dan kanak-kanak di bawah satu bumbung yang sama, serta menyelaraskan pengalaman rawatan kesuburan kepada pasangan yang ingin menimang cahaya mata.