Melakukan hubungan intim menjadi tuntutan wajib perlu dilaksanakan bagi setiap pasangan suami isteri yang sudah berkahwin.
Namun pernah atau tidak anda mendengar jika ada antara pasangan yang tidak pernah atau tidak mampu lakukan hubungan intim ini.
Ini sebenarnya adalah satu penyakit yang memang wujud dan jarang diketahui orang, iaitu dikenali sebagai Vaginismus.
Apakah itu penyakit Vaginismus? Temubual oleh Sirap Limau bersama pakar Perubatan Keluarga, Dr. Siti Aishah Yunos mengupas lebih lanjut mengenai penyakit ini.
Menurut Dr. Aishah, Vaginismus merupakan penyakit di mana, pasangan suami isteri mempunyai masalah tidak mampu melakukan hubungan seks.
Vaginismus terbahagi kepada dua iaitu primary dan secondary. Dr. Aishah berkata, primary merupakan keadaan seseorang wanita yang tidak pernah melakukan hubungan kelamin walaupun sekali. Katanya lagi, terdapat banyak sebab yang berlaku di dalam primary.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Antara Sebabnya:
Anxiety
Takut sakit
Otot mengeras
Sejarah silam
Anxiety terjadi apabila isteri takut melakukan hubungan seks kerana mendengar perkongsian rakan-rakan yang menyatakan bahawasanya ‘seks itu sakit’. Dr. Aishah menyatakan majoriti pesakit beliau datang disebabkan masalah anxiety dalam diri mereka.
Kesan anxiety, secara tidak langsung mendorong kepada tindak balas badan pesakit yang menjadikan otot-otot mengeras ketika melakukan hubungan intim itu.
“Apabila dia takut, otot badan otot kaki dan otot penis akan mengeras. Ini adalah yang paling selalu terjadi sebab kenapa pesakit itu ada Vaginismus.” kata Dr. Aishah.
Mengungkap mengenai sejarah silam, Dr. Aishah menjelaskan menjadi mangsa cabul memungkinkan pesakit berasa sangat takut mendekati seks ekoran trauma yang dihadapi.
Manakala, secondary ialah wanita yang pernah melakukan hubungan seks tetapi tiba-tiba pada satu waktu dia tidak mampu lakukannya.
Ini Antara Sebabnya:
Anxiety
Bersalin
Pembedahan
“Biasanya lepas bersalin atau pembedahan dekat vagina, mungkin pesakit berasa takut sakit atau pun dia fobia. Time tu dia jadi anxiety dan dia takut untuk buat hubungan seks.” kata Dr. Aishah.
Beralih kepada persoalan bagaimana boleh timbulnya perasaan takut kepada wanita untuk melakukan seks, ini yang disampaikan oleh Dr. Aishah.
Ads
“Rata-rata pesakit yang datang ke klinik saya, daripada pengalaman saya, kaum hawa ni dia takut nak buat hubungan seks dia dapat Vaginismus…sebab dia dengar cakap kawan.
“Kawan cakap seks itu sakit! Seks itu berdarah! Seks tu pedih! Maka dia pun takut sebab dia tak pernah lagi rasa sakit ni (seks) kan.” jelas beliau.
Tambahnya lagi, sebelum membuat rawatan Vaginismus pesakit akan ditanya terlebih dahulu mengenai penyakit lain yang juga boleh jadi faktor tidak mahu/takut lakukan seks.
Gambar sekadar hiasan
Antara Penyakitnya:
Jangkitan kuman pada vagina
Jangkitan kuman pada pundi kecing
Masalah dubur
Vulvar Vestibulitis (sensetif pada kawasan berhampiran tempat kemaluan)
Vulvodynia (urat saraf pada kemaluan yang sentiasa aktif akibatkan rasa sakit)
Masalah kulit
Menopause
Malah, Dr. Aishah turut berpesan kepada penghidap penyakit Vaginismus. Di mana, 80% adalah keinginan pesakit untuk berubah dan selebihnya adalah rawatan daripada doktor.
Pesakit tidak perlu berasa segan dan takut untuk mendapatkan rawatan. Pergilah bertemu dengan pakar yang bertauliah. Ternyata kita mampu mengubah dan jika mahu hidup bahagia bersama pasangan tercinta.
Patutlah ramai yang suka gosok ketulan ais pada muka, hasilnya memang bagus pada kulit. Nak-nak anda yang amalkan sebelum mekap dan selepas cuci muka.
Kalau nak cuba, ini petuanya. Hanya perlukan kiub ais yang ada dalam peti ais. Owh ya, tahu tak ketulan ais ini ada 7 keajaiban lain buat muka cantik, memang best sangat amalkan setiap hari.
Ambil ketulan ais dalam dua ketul pun dah cukup, kemudian masukkan dalam kain dan gosok pada wajah anda. Elok amalkan pada selepas cuci muka atau sebelum mekap.
Okay, ini kelebihan lain yang anda dapat hasil daripada amalan petua ini:
1. Kecilkan pori muka
Ais adalah ‘resepi’ paling efektif untuk kecilkan pori diwajah.
2. Kurangkan sembab mata
Biasanya, mata sembab ni disebabkan kurang tidur, stress dan mata Tak cukup rehat.
3. Mekap tahan lama
Sebelum mekap, tekapkan ais diwajah dulu. Mekap tahan lama dan cantik.
4. Kecutkan jerawat
Kalau naik jerawat, boleh gosokkan ais diwajah. Jerawat akan kecut dan kurangkan bengkak.
5. Kurangkan bulu halus diwajah
Sesetengah orang ada banyak bulu roma diwajah. Jangan tak tahu, ais boleh kurangkan bulu-bulu tu.
6. Segarkan wàjah
Apabila letakkan ais diwajah, secara automatik nya akan melancarkan pengaliran darah. Rasa sejuk ais tu membuatkan mukà rasa segar.
7. Cegah tanda penuaan
Ais sangat berkesan dalam mencegah kedutan Dan bintik-bintik hitam di mukà. Kalau korang rajin amalkannya.
Caranya boleh rujuk pada gambar, ikut langkah demi langkah mudah ini. Jimat bajet anda kalau rajin amalkan, tetapi hasilnya kulit jadi sihat dan anjal.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain genetik, pemakanan yang kita ambil juga jadi penyebab kepada kanser. Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati memilih pemakanan yang sesuai diambil.
Baru-baru ini viral dikatakan beberapa biskut dikatakan penyebab penyakit merbahaya ini hingga menyebabkan ramai yang memiliih untuk mengambilnya sebagai makanan tambahan.
Namun sebenarnya biskut ini dijamin selamat dimakan. Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu makanan yang jadi punca penyakit kanser ini.
Makan Biskut Jadi Kanser!
Baru baru ni tular tentang isu biskut menyebabkan kanser. Betul ke boleh jadi kanser ni? Sebenarnya banyak makanan yang boleh meningkatkan risiko masalah kanser bukan terhad kepada biskut sahaja ia lebih dikenali sebagai karsinogen atau penyebab kanser.
Apa antara makanan yang boleh menjadi penyebab kanser:
1. Daging yang berproses – kaedah daging yang berproses akan menghasilkan penyebab kanser iaitu polisiklik aromatik hirokarbon (PAH). Kaedah masakan seperti pembakaran, suhu pembakaran, proses pengasapan, tahap pengasapan, kandungan lemak, dan pengambilan yang kerap akan mempengaruhi risiko kesihatan kepada pengamalnya. Antara contoh makanan seperti sate, hot dog, salami, sosej dan sebagainya.
2. Makanan yang bergoreng – apabila makanan yang mengandungi kanji yang didedahkan dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan acrylamide. Acrylamide akan terbentuk ketika proses memasak dengan jangka masa yang lama atau suhu yang tinggi. Ia akan mengganggu sistem saraf dan meningkatkan risiko kanser. Antara contoh makanan seperti kentang, produk bijirin, roti bakar, kopi dan sebagainya.
3. Makanan yang terlebih masak – ni selalunya terdapat kepada kaedah masakan seperti barbeque, deep frying, bakar dan lain-lain. So, untuk kurangkan risiko kanser anda boleh cuba gunakan kaedah yang lain seperti rebus, kukus, gunakan ketuhar gelombang mikro atau air fryer, baking atau bakar dalam suhu yang lebih rendah, atau balutkan makanan dengan daun pisang, aluminium foil atau lain-lain.
4. Makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas – makanan ini bukan hanya boleh meningkatkan risiko diabetik atau kencing manis tetapi ia juga akan meningkatkan kesan keradangan dan oksidative stress. Nak lebih baik terhadkan pengambilan ini dan banyakkan pengambilan karbohidrat kompleks.
5. Alkohol – minuman alkohol akan dicerna oleh hati kita dan bertukar menjadi acetaldehyde. Acetaldehyde ini jika diambil secara banyak dan berterusan boleh merosakkan DNA dan oksidatif stress. Ini akan meningkatkan risiko masalah kanser.
Jadi secara kesimpulannya, untuk mengawalkan risiko ini, kita perlu ambil inisiatif untuk menghadkan pengambilan makanan atau cuba gunakan kaedah yang lebih sihat. Cuma perlu diingatkan, sebaik mana pon makanan tersebut perlu diambil secara bersederhana.
Umum sedia makum pelakon dan pengacara popar Elly Mazlein kini hamil anak keduanya pada usia 40 tahun.
Beliau yang mendirikan rumah tangga kali kedua bersama suami tercinta, Mohamad Azlan Che Nuh gembira denga kehadiran ini tapi dalam masa sama turut alami alahan di trimester pertama.
“Alhamdulillah sekarang ini kandungan dah tiga bulan, setelah hampir setahun menanti. Ini (kehamilan) hadiah paling indah buat kami sekeluarga.
“Pada awal trimester, saya tidak alami alahan teruk, cuma tiada selera makan dan tidak boleh bau masakan. Jadi saya memang tak masak dan bila pembantu rumah masak pun, saya tak ada selera untuk makan.
“Mujur boleh telan sushi, tapi kena makan di kedai sebab kalau buat penghantaran di rumah saya tak tahan dengan baunya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program masakan kelolaannya sempena Ramadan iaitu Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom yang diadakan di Kelab Tasik Putrajaya baru-baru ini.
Elly Mazein yang mengandung di usia 40 tahun berkata tidak mengambil apa-apa suntikan kesuburan atau membuat rawatan.
“Saya tak ambil apa-apa suntikan kesuburan atau buat rawatan. Saya cuma amalkan beberapa tip dan ambil suplemen untuk hamil.
“Saya juga dapat banyak DM (direct message di Instagram) yang meminta saya kongsikan tip untuk hamil dan sebagainya. Ada yang dah 10 tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.
“Pertamanya anak itu adalah rezeki dari ALLAH SWT, jadi apa pun berbalik kepada rezeki ALLAH juga. Tetapi saya tak keberatan kongsikan kerana ALLAH juga mahu kita berusaha.
“Buat masa ini, disebabkan kekangan waktu, saya merancang membuat sesi siaran langsung di Instagram dan berkongsi tip serta amalan saya.
“Saya tahu saya bukan doktor atau pakar perubatan, jadi saya kongsikan apa yang saya amalkan sahaja,” jelasnya yang turut mengakui cepat penat hamil di usia begini dan mula memperlahankan karier seninya.