Masih ramai yang kurang peka bab menjaga mesin basuh agar tak mudah rosak dan bersih sebelum digunakan.
Malahan, ada dalam kalangan kita kurang arif tentang cara mengendalikan peralatan ini sehinggakan ia cepat rosak meskipun baru dibeli.
Boleh stres jadinya jika mesin basuh ‘buat hal’ dan lebih ralat lagi jika harganya mahal.
Justeru adalah lebih baik untuk kita mengambil tahu mengenai penjagaan mesin basuh agar jangka hayatnya tahan lebih lama.
Seorang pengguna Facebook, Ridzuan Al-Fattani yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan, mekanikal dan elektrikal berkongsi tip penjagaan mesin basuh untuk panduan bersama.
Tip Jaga Mesin Basuh Bagi Tahan Lama
Ads
Berikut adalah tip yang dikongsikan beliau:
1) Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekomendasi syarikat pengeluar mesin.
2) Sesekali matikan suis soket selepas menggunakan mesin basuh. Ini kerana sekiranya terlalu lama di dalam keadaan standby, computer board akan menjadi semakin panas. Seeloknya, selepas keluarkan baju yang siap dibasuh, matikan suis pada soket.
3) Dalam sebulan sekali, masukan air panas ke dalam tub mesin. On mesin dalam mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Langkah ini untuk mengelakkan masalah tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
Ads
4) Jika putaran mesin semakin lemah daripada sebelumnya, bermakna belting telah longgar. Boleh cuba baiki dengan menggunakan spanar untuk tegangkan belting di bahagian bawah mesin. Namun, jika tidak, boleh upah tukang sahaja dengan kos sekitar RM20.
5) Jika air masuk semakin perlahan ke dalam tub mesin, buka bahagian paip air masuk, berkemungkinan ada penapis (filter) yang tersumbat.
Ads
6) Jika air masuk tiada masalah tetapi tidak boleh mengalir keluar, bermakna injap buang air ‘stuck’. Ini berkemungkinan kerana objek tersangkut seperti duit syiling atau sebagainya.
Menurut Ridzuan, sekiranya tanda-tanda tersebut dibiarkan berlarutan tanpa dibaiki, ini boleh merosakkan computer board.
Tak mustahil melayang duit kerana terpaksa dihabiskan untuk kos baik pulih ataupun akhirnya terpaksa beli mesin basuh yang baharu.
Jadi, beringatlah sebelum mesin basuh rosak!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika hamil seseorang itu ada kalanya berdepan dengan pelbagai masalah alahan atau sakit lain yang datang menyerang.
Antaranya adalah mengalami demam dan situasi akan jadi lebih teruk jika berlaku di akhir kehamilan.
Apakah risiko bakal ibu dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika diuji dengan masalah demikian.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu kesannya jika wanita hamil diserang demam di awal dan di akhir kehamilan.
BAHAYAKAH DEMAM KETIKA HAMIL?
Demam yang dihadapi oleh wanita yang hamil, memang merisaukan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang cuba dielakkan namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu atau tidak, wanita yang hamil harus menerima dengan hati yang redha.
Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.
Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat ialah 37°C. Jika melebihi tahap ini, anda akan dikira sedang mengalami gejala demam.
Adakah demam memberikan kemudharatan pada wanita yang hamil? Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudharatan demam dan suhu panas terhadap bayi dalam rahem.
Cuma saya mahu menarik perhatian pada satu penulisan di dalam Journal of Paediatric and Perinatal Epidemiology, yang mengatakan bahawa secara amnya, demam yang dialami oleh wanita hamil tidak memberikan apa-apa risiko kepada anak yang dilahirkan.
Ada kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam melebihi 39.0 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection), maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Walau bagaimanapun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.
Namun demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudaharat pada bayi.
Ini kerana demam yang tinggi pada awal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
Malah ada beberapa kajian yang agak lemah menunjukkan bahawa suhu badan terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku pada wanita yang mandi di dalam hot tubs atau sauna ketika hamil.
Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan lebih sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudharat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahem (intrauterine infection).
Saya mencadangkan wanita hamil yang mengalami demam agar mengambil bacaan suhu yang betul. Adalah sukar untuk mengatakan seseorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Oleh itu gunakanlah thermometer agar dapat mencatat bacaan dengan lebih tepat.
Minumlah air suam kosong yang banyak. Demam akan membuatkan seseorang akan merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu harus menambah jumlah air yang diambil ketika mengalami demam.
Jika demam bersama-sama dengan loya dan muntah, bolehlah minum air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Selain itu, wanita hamil yang mengalami demam boleh menuam dengan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada, membantu haba dari badan dikeluarkan dari tubuh dan mengurangkan demam.
Berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Adakalanya punca demam dapat dikesan dengan pemeriksaan darah dan air kencing. Untuk meredakan demam dengan cepat, doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat digunakan oleh wanita hamil dengan dos yang ditetapkan.
Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam. #HealthDrZubaidi
Siapa sangka pada mula menyangka dirinya hanya sakit perut disebabkan masalah keracunan makanan, tetapi rupanya penyakit lain yang datang.
Lebih teruk lagi perlu melakukan prosedur pembedahan jika tidak mahu memudharatkan kesihatan.
Sebelum itu dia yang lewat datang period lebih sebulan tidak menyangka rupanya disahkan hamil. Namun kandungan itu tidak seperti diharapkan apabila berada di luar rahim.
Perkongsian Dr Samhan di laman twitter memberitahu perkara ini yang mana kandungan luar rahim ini juga boleh membahayakan nyawa seseorang.
Barulah dia sedar dia tak datang period lebih sebulan. Ingatkan biasa sebab period memang tak menentu.
“Tahniah puan. Puan hamil”
Terpacar wajah yang ceria. Bersinar matanya bila mengetahui berita gembira ini.
“Sebelum itu, kita scan dulu ya”
Ketika probe ultrasound diletakkan, rahim kosong. Hati mula berdenyut laju. Jauh di sudut hati, berdoa dijauhkan dari apa yang difikirkan.
Bila di alihkan probe ke sebelah kanan, nampak ‘bengkak’ di kawasan tiub fallopion. Juga ada ‘free fluid’ di rongga badan.
Kandungan luar rahim!
Kemungkinan besar darah dari kandungan luar rahim telah pecah. Lantas mata terus melihat skrin tekanan darah si ibu. Masih stabil.
Hasil dari pemeriksaan doktor sakit puan, Puan H disahkan mengandung luar rahim dan perlu menjalani pembedahan dengan segera
“Hah, betul ke doktor saya mengandung luar rahim?”
“Iya, kita perlu buat pembedahan bimbang pendarahan makin banyak dan boleh membahayakan nyawa puan”
“Tapi suami saya masih dalam perjalanan dari Johor. Keluarga saya tiada disini. Boleh ke tunggu dia sampai?”
“Tak boleh puan. Semakin lama biar semakin banyak pendarahan”
Hasil perbualan dengan ibunya, ibunya suruh balik. Jumpa bidan untuk urut betulkan rahim supaya kandungan boleh masuk ke dalam rahim.
Terus biru muka doktor sakit puan dengan keputusan yang dibuat pesakit.
Dalam 30 minit kemudian, denyut nadi semakin naik. Tekanan darah semakin turun. Muka semakin pucat. Puan H rasa nak pitam,jantung berdenyut laju. Perut terasa perit!
Puan perlu buat keputusan sekarang. Ini melibatkan nyawa puan!
“Doktor, saya nak buat pembedahan”
Hasil pembedahan, darah hilang hampir 4 liter. Puan H dapat diselamatkan tetapi kandungan tak dapat diselamatkan dan tiub fallopion disebelah kanan terpaksa dibuang.
Rupanya masih ramai tak faham tentang kandungan luar rahim.
Apabila sperma dan ovum bercantum akan menghasilkan zygote. Zygote akan berkembang dan jadi blastocyst. Secara normal, blastocyst akan menempel di dinding rahim.
Jika cantuman sperma dan ovum berlaku di tiub fallopion dan blastocyst menempel dan berakar disitu, kita panggil kandungan luar rahim. Mana mungkin seorang bayi boleh membesar di tiub fallopion. Tiub fallopion pasti pecah.
Tak mungkin dengan urutan boleh kembalikan blastocyst ke ruang rahim sebab ia bukan melekat biasa tapi berakar disitu. Lekatannya kuat!
#Share kisah ini sebab masih ramai yang belum faham tentang kandungan luar rahim yang boleh meragut nyawa. Malah masih ramai yakin dengan urutan mampu kembalikan kandungan ke ruang rahim.
Menariknya, cuma amalkan terapi sudu bentuk wajah anaknya berubah daripada bulat menjadi runding!
Ini mungkin disebabkan tidak mahu dicop anaknya melakukan pembedahan plastik, seorang ibu di Korea Selatan mendakwa melakukan terapi sudu.
Terapi Sudu Dibuat Sejak Kecil
Terapi sudu dilakukan dengan mengurut keseluruhan muka anaknya itu dengan tangan dan sudu dari kecil sehingga meningkat remaja sekarang.
Hasil daripada terapi sudu yang dilakukannya menyebabkan muka anaknya lebih kecil, dagu lebih tajam, mata yang besar dan ada kelopak mata.
Kedua ibu dan anak muncul dalam rancangan bual bicara, Martian Virus, yang mana si ibu membincangkan tentang terapi yang dilakukan kepada anaknya sejak kecil yang mempunyai paras rupa yang bulat itu.
Disebabkan bentuk muka anaknya bulat, dia mengaplikasikan teknik terapi yang dipelajari kepada anaknya.
Urut Kaki Supaya Terbentuk Cantik
Ibu mulakan rutin mengurut muka anaknya menjadi bentuk yang sesuai. Bukan itu sahaja, dia juga turut mengurut kaki anaknya supaya kaki terbentuk lurus dan panjang.
Dia mendakwa bahawa rutin urut menyebabkan lipatan kelopak mata pada mata anak perempuannya dengan mengurut mata anaknya itu dengan sudu sejuk selama dua puluh minit pada satu masa.
Menurut ibunya lagi, urutan bukanlah satu-satunya rahsia rutin kecantikan dilakukan, bagi memperbaiki kulit wajah, dia kerap memberikan masker yang diperbuat daripada kaki ayam.
Ibu ini menegaskan dia melakukan banyak rawatan kecantikan yang dibuat sendiri dan langsung tidak melakukan pembedahan plastik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!