Selain penjagaan wajah, kuku sepatutnya bahagian anggota badan yang juga perlu diberi perhatian.
Ini kerana kuku yang sihat memberi kelebihan untuk kita melakukan tugasan lain dengan lebih cepat.
Jika bahagian ini kotor, busuk dan bermasalah akan menyebabkan urusan kerja jadi terbantut. Malah keyakinan juga sedikit tergugat dek kerana masalah ini.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tanda-tanda jangkita kulat pada kuku dan cara berkesan untuk merawatnya.
Tanda-Tanda Jangkitan Kulat Pada Kuku
“Doktor, kuku saya ni dia tumbuh tak cantik. Kenapa eh?”
Saya pun periksa kuku dia satu persatu. Rupa-rupanya dia menghidapi onychomycosis, atau jangkitan kulat pada kuku. Tahu tak apa tanda-tanda jangkitan kulat pada kuku?
– Kuning gelap / hitam – Menggerutu dan tebal – Melengkung ke atas – Tertanggal dari isi – Rapuh dan bergerigi – Berbau busuk
Ads
Jangkitan kulat pada kuku ni berlaku atas beberapa sebab, antaranya kerana terdapat kecederaan pada kuku, masalah kebersihan, imuniti rendah, kencing manis dan lain-lain.
Macam mana nak rawat jangkitan kulat pada kuku ni? Sejujurnya, rawatannya tak sukar tapi ramai tak sanggup nak turuti saranan doktor kerana:
Ubat anti-kulat(antifungal) topikal disapu atau dititiskan pada kuku pada setiap hari, selama 4-6 bulan atau sehingga kuku baru yang bebas jangkitan tumbuh sepenuhnya. Ia perlukan disiplin tinggi.
Ubat anti-kulat oral (pil) dimakan setiap hari selama 2-4 bulan. Pil ini tak sesuai jika anda ada masalah hati. Jika anda diberi pil ini, kadangkala doktor perlu pantau fungsi hati.
Kombinasi ubat anti-kulat topikal dan oral. Gabungan dua jenis ubat ini boleh menambahkan keberkesanan rawatan, namun lazimnya masih perlukan masa berbulan-bulan.
Ads
Cabut kuku yang dijangkiti kulat dan menyapu ubat anti-kulat pada isi di bawah kuku yang dicabut tadi. Prosedur ini biasa dilakukan untuk kes jangkitan kulat pada kuku yang agak parah.
Gambar sekadar hiasan.
Laser atau rawatan cahaya. Ia jenis rawatan yang masih baharu dan belum tersedia di kebanyakan fasiliti kesihatan di Malaysia. Biasanya terdapat di pusat rawatan pakar kulit.
Rawatannya memakan masa yang lama dan perlukan keazaman yang tinggi. Jadi, adalah lebih elok jika kita cegah jangkitan kulat pada kuku. Macamana nak cegah masalah ini?
Jaga kebersihan: pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan dicuci bersih setiap kali mandi. Gunakan pengetip kuku yang bersih ketika memotong kuku.
Jaga kuku: elakkan risiko kecederaan kuku dengan memakai sarungan tangan dan kasut yang sesuai ketika melakukan aktiviti lasak.
Ads
Jaga kesihatan: penghidap kencing manis, atau apa-apa penyakit yang mengakibatkan imuniti menurun akan meningkatkan risiko jangkitan kulat.
Siapa tidak mengenali doktor muda yang kini menetap ddan bertugas di luar negara, Dr Amalina Che Bakri, 33 tahun.
Selain bertugas sebagai doktor bedah, dia juga merupakan personaliti media sosial cukup popular seantero dunia.
Baru-baru ini Dr Amalina selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka tampan, Alexander Charles, 33 tahun.
Apa yang menjadi kegembiraan berganda buat dirinya apabila majlis perkahwinannya disiarkan di majalah fesyen majalah fesyen terkemuka, Vogue Britain.
Ternyata bukan calang-calang orang yang dapat tempat di majalah berkenaan. Selain Dr Amalina yang berasal dari Johor, beliau merupakan rakyat Malaysia kedua yang diberi ruang dalam majalah Vogue selepas penyanyi Yuna yang tampil sebagai penghias wajah Vogue Singapura dan Vogue Arabia.
Dalam majalah berkenaan telah menyiarkan beberapa keping gambar Dr Amalina mengenakan baju kurung semasa upacara pernikahannya baru-baru ini.
Busana kurung moden rekaan pereka dari Malaysia, Cosry yang disarungnya menjadi bualan ramai dan semestinya paparan pakaian tradisional itu dalam majalah global berkenaan menjadi kebanggaan kita semua.
Menerusi artikel yang disiarkan Vogue Britain, Dr Amalina antara lain menceritakan detik-detik bagaimana perkahwinannya terpaksa ditunda sehingga dapat direalisasikan meskipun tanpa kehadiran ibu tercinta, Sabariah Hassan.
Memang cantik dan sopan sekali busana digayakan Dr Amalina yang sememangnya menjadi kesayangan ramai. Malah walaupun jauh diperantauan tetapi sering berkongsi ilmu kesihatan kepada followernya di media sosial.