Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang ketiga paling kerap berlaku di kalangan pelancong.

Penyakit ini menyebabkan radang hati. Ia berlaku secara endemik (penyakit yang sentiasa wujud di dalam suatu populasi).

Di Afrika dan Asia, kebanyakan jangkitan berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak manakala di Amerika Utara, jangkitan berlaku di kalangan dewasa.

Bagi negara membangun, Hepatitis B berlaku di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi seperti penagih dadah yang (menggunakan jarum suntikan), individu yang mempunyai beberapa pasangan seksual dan anggota perubatan (contohnya doktor, pakar bedah, doktor gigi, pakar patologi, jururawat dan anggota pusat hemodialisis).

Agen penyebab:

Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.

Cara jangkitan:

Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj), pemindahan darah atau produk darah yang tercemar, hubungan seksual, atau melalui jarum suntikan yang tercemar.

Jangkitan juga boleh berlaku daripada ibu kepada bayi (semasa hamil) dan sekiranya kulit di tembusi jarum tercemar semasa akupunktur, bertindik dan bertatu.

IKLAN

Tempoh pengeraman:

45 hingga 180 hari, purata 60 hingga 90 hari.

Tanda dan gejala

Walaupun kebanyakan kes Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala, antara gejala yang boleh berlaku adalah kurang selera makan, loya, muntah, perut rasa tidak selesa, sakit sendi, ruam serta kekuningan pada mata dan kulit.

Komplikasi

Sirosis hati (kerosakan hati yang teruk hingga menyebabkan kematian sel-sel hati) dan/atau kanser hati.

Rawatan

Rawatan simptomatik:

Berehat, lebihkan minum air dan gunakan ubat antipiretik (contohnya Paracetamol) untuk melegakan demam.

Pencegahan dan langkah berjaga-jaga

Individu yang berisiko di nasihatkan berhubung dengan pihak kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B

IKLAN

Jenis vaksin:

Virus yang telah dilemahkan.

Bilangan dos:

Tiga (3) dos. Vaksin disuntik di paha. Juga terdapat jenis produk vaksin yang hanya memerlukan dua (2) dos sahaja untuk golongan remaja.

Kontraindikasi:

Reaksi buruk terhadap dos sebelumnya.

Tindak balas buruk:

Terasa sakit dan kemerahan.

IKLAN

Sebelum perjalanan:

Dos kedua diberikan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum perjalanan.

Disyorkan untuk:

Semua individu yang akan melawat kawasan berisiko jangkitan penyakit Hepatitis B tahap sederhana dan tinggi.

Langkah berjaga-jaga:

Amalkan seks yang selamat dan elakkan aktiviti yang mungkin menggunakan alat suntikan yang tercemar seperti bertindik dan bertatu.

Sumber: MyHealth, KKM

Artikel Berkaitan:

Diabetes Rupanya ‘Pembunuh Senyap’, Penyebab Penyakit Kronik Boleh Bawa Maut. Kenal Pasti Gejalanya!

Ambil 16 Jenis Makanan Ini, Boleh Kurangkan Hormon Estrogen Berlebihan. Punca Penyakit Berkaitan Peranakan Wanita