Alangkah takutnya apabila kita membuang air besar turut keluar najis berdarah. Sebelum ini kejadian sebegitu tidak pernah berlaku dan timbul rasa panik seketika berdepan masalah ini.

Apakah yang menyebabkan masalah najis berdarah dan bagaimana kesannya dalam jangka masa panjang. Adakah ia membahayakan kita dan cara untuk mengatasi.

Lebih mengejutkan perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu bahawa najis berdarah ini adalah tanda awal barah.

NAJIS BERDARAH TANDA AWAL BARAH

Rasa seperti hendak membuang air besar tetapi apabila ke tandas, tiada najis keluar adalah antara gejala barah usus besar atau kolon.

Ini berlaku apabila terdapat bengkak atau ketumbuhan di pangkal rektum seakan-akan najis yang menyebabkan rasa seperti hendak membuang air besar.

Bagaimanapun, kebanyakan barah kolon tidak menunjukkan gejala kecuali selepas berada pada tahap lewat termasuk pendarahan ketika membuang air besar.

Perubahan tabiat membuang air besar adalah antara petanda yang perlu diberi perhatian. Sekiranya biasa membuang air besar sekali sehari tetapi berubah kepada tiga hingga empat kali, sembelit atau ada pendarahan, perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan usus menerusi prosedur endoskopi.

Sekiranya terdapat barah sebelah kanan, biasanya darah tidak kelihatan kerana bercampur dengan najis yang kelihatan kehitaman dan perlu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

PEMERIKSAAN LIMA TAHUN SEKALI

Dinasihati supaya menjalani pemeriksaan menerusi endoskopi atau skop bagi mengesan kewujudan sebarang ketumbuhan atau polip di dalam usus sekurang-kurangnya lima tahun sekali.

Ini kerana, sekiranya polip tidak dikesan, ia boleh berkembang secara tidak normal dan seterusnya menjadi barah di dalam kolon.

Bagaimanapun, polip di dalam kolon sukar untuk dikesan kerana boleh tumbuh di dalam lipatan usus atau di belakang usus.

IKLAN

Polip terbentuk pada permukaan membran kolon tetapi tidak semua polip di dalam usus kanser tetapi berisiko untuk berkembang menjadi kanser selama beberapa tahun.

Oleh itu, amat penting untuk mengesan awal sebarang polip yang tumbuh di dalam usus kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh memberi kesan ke atas corak pembuangan air besar seperti sembelit, cirit birit, najis berwarna gelap atau merah, darah di dalam najis atau sakit perut.

Pemeriksaan usus perlu dilakukan sekiranya mengalami gejala disebutkan selama lebih seminggu, menggunakan kaedah skop kamera iaitu endoskopi kolonoskopi.

POLIP SUKAR DIKESAN

Sekiranya ketumbuhan atau polip besar, ia boleh menghalang usus dan terjadi pendarahan apabila najis melaluinya.

Bagaimanapun polip sukar dikesan kerana kedudukannya kadang-kala terletak di celah lapisan usus atau di bahagian usus.

Risiko untuk terlepas pandang polip adalah antara 30 sehingga 40 peratus sekiranya menggunakan skop dengan satu kamera.

IKLAN

Justeru, penggunaan skop dilengkapi tiga kamera dengan penglihatan 360 darjah boleh meninjau setiap ceruk usus dan mengesan polip dan mengeluarkannya walaupun bukan kanser.

Polip yang dikeluarkan daripada usus itu akan dihantar ke makmal untuk dikaji dan mengesan sebarang sel tidak normal.

Terdapat dua bentuk polip dan empat jenis polip berbeza yang mungkin adalah benigna atau malignan (kanser).

Kebanyakan barah kolon tidak ada kaitan dengan keturunan tetapi mereka yang mempunyai ibu bapa dengan sejarah penyakit ini pada usia muda, masing-masing dinasihat menjalani ujian skop sepuluh tahun lebih awal berbanding masa ibu bapa mengalami barah berkenaan.

Barah kolon adalah barah nombor satu dalam kalangan lelaki dan kedua berlaku ke atas wanita selepas barah payudara.

Ramai takut dan malu untuk menjalani prosedur skop, sebaliknya, tidak menyakitkan malah pesakit dibius dan tidak sedar ketika pemeriksaan dijalankan.

Seluar khas juga disediakan untuk dipakai pesakit ketika menjalani skop bagi menjaga aurat pesakit terutama wanita.

IKLAN

 

JENIS POLIP

Dua jenis yang biasa ditemui:
1. Polip Hiperplastik dan radang:
– biasanya tidak berisiko menjadi barah.
– polip hiperplastik terutama di belah kanan usus perlu dibuang.
2. Polip Adenoma atau adenomtus
– jika dibiarkan boleh bertukar menjadi barah.
– disifatkan sebagai pra barah.

Gejala lain termasuk:
1. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
2. Anemia

RAWATAN
1. Tahap awal, boleh dikeluarkan.

PROSEDUR TERAPI
1. Radiasi
2. Kemoterapi
3. Terapi sasaran

Kredit : Berita Harian
#HealthDrZubaidi

Artikel Berkaitan:

Bahaya Duduk Lama Ketika Bekerja! Wanita Tak Sangka Sakit Bahu, Rupanya Tendon Koyak Habis!

Hilang 14KG Dalam 2 Bulan, Lelaki Kongsi 7 Tip Amalan Diet Berkesan

Pak Nil Kongsi Rahsia Kekal Fit Di Usia 59 Tahun. Rugi Tak Cuba!