Tapai menjadi antara hidangan pencuci mulut yang agak popular terutama ketika ada kenduri kendara.
Namun perasan atau tidak ada kalanya kita dapat tapai yang telah berubah warna merah.
Ada mendakwa kerana ia dikaitkan dengan si pembuat yang sedang datang bulan atau haid.
Benarkan dakwaan ini dan logik atau tidak jika dikaitkan dengan pembuatan tapai.
Rentetan posting tular berkenaan, Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr. Fatimah Salim tampil memberi reaksi balasnya.
Tulisnya di laman Facebook, proses pembuatan tapai adalah sensitif kerana ia melibatkan fermentasi (penapaian) oleh mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebenarnya, terang beliau, tapai secara tradisional dihasilkan melalui penapaian yis (biasanya jenis Saccharomyces cerevisiae dan Schizosaccharomyces pombe) dengan pelbagai sumber kanji seperti beras putih, pulut, ubi kayu dan keledek.
“Proses ini bermula dengan memasak sumber kanji, disejukkan dan dicampurkan dengan ragi (sumber yis) sehingga sebati.
Ads
“Kemudiannya, ia akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun getah, daun rambai atau daun pisang. Setiap daun pembungkus ini akan menghasilkan aroma dan rasa yang berlainan disebabkan oleh kelainan bahan-bahan kimia semula jadi pada daun-daun ini,” tambah beliau.
Menurut Dr Fatimah lagi, tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam bekas besar yang ditutup rapi.
“Proses penapaian ini merupakan proses anaerobic (tanpa kehadiran gas oksigen atau udara).
“Setelah diperam selama tiga hari, barulah boleh dimakan. Pada ketika ini, tapai akan mengeluarkan air yang sangat manis,” katanya.
Apakah proses kimia yang berlaku semasa penapaian?
Ads
Jawab Dr Fatiman, yis akan menghasilkan enzim glucoamylase yang berfungsi menukarkan karbohidrat (daripada makanan berkanji tadi) kepada glukosa.
“Penghasilan glukosa ini yang menyebabkan tapai menjadi manis dan proses ini dikenali sebagai saccharification.
“Yis tadi kemudiannya menukarkan glukosa kepada ethanol dan gas karbon dioksida dan apabila dibiarkan lebih lama, rasanya akan menjadi masam disebabkan oleh pengoksidaan ethanol kepada asid etanoik (asid asitik),” jelasnya.
Pun demikian, dalam beberapa keadaan, tapai boleh menjadi pahit atau bertukar warna lain (contoh merah).
“Ini disebabkan oleh proses penapaian ini telah dikontaminasi oleh mikroorganisma lain, selain daripada yang sepatutnya terdapat dalam ragi.
Ads
“Mikroorganisa lain akan menghasilkan bahan-bahan kimia (produk penapaian) berlainan yang menyumbang kepada kepelbagaian warna, bau dan rasa tapai itu.
“Jadi, mikroorganisma ini datangnya daripada persekitaran, peralatan atau tangan kita sendiri semasa proses pengendalian dan bukan disebabkan oleh period (datang bulan) ya,” tambahnya lagi.
Masalah jerawat ini bukan disebabkan salah pakai produk sahaja, tetapi kadang berkait dengan hormon juga.
Namun untuk pulihkan dengan selamat, anda kena elakkan beli produk yang tak sesuai untuk kulit. Nak selamat, lebih baik menggunakan bahan alami tanpa bahan kimia yang tinggi.
Hanya dengan dua bahan, dapat bantu elak masalah kulit wajah seperti jerawat melanda.
Sungguh, kalau kulit muka ada masalah, ini buat hilang mood nak jumpa orang. Hilang keyakinan, nak mekap pun tak selesa.
Satu hal lagi, rasa jeles pula bila tengok kulit orang lain bersih cantik. Mestilah lah kita pun nak kulit cantik tanpa jeragat dan jerawat.
Masalah Jerawat, Sapu Dua Bahan Ini Untuk Hilangkan Cara Jimat
Okay jom cuba petua kecantikan yang dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar, hanya dua bahan mudah dan murah untuk hasil terbaik pada wajah iaitu wajib ada buah lemon dan bebola kapas.
Bahan-bahan:
Lemon
Kapas muka
Cara nak buat:
Buah lemon tu anda cuma ambil air jus sahaja. Air perahan lemon inilah yang sangat membantu cerahkan kulit dan pulih segala cela di wajah.
Kemudian ambil bebola kapas, celupkan dalam jus tu lepas tu tekapkan pada kulit wajah yang bermasalah.
Biarkan sekejap, bagi meresap. Lepas tu baru lah anda cuci muka dengan air dan lapkan dengan tuala bersih.
Bagi mendapatkan hasil terbaik, anda kena konsisten setiap hari. Percayalah, kulit jadi cerah dan masalah kulit kusam pun hilang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktif join senaman yoga, penyanyi Atilia Haron mengakui dirinya bukanlah seorang yang gemar melakukan aktiviti sukan lebih-lebih lagi sewaktu zaman remajanya.
Anak kepada Salamiah Hassan ini pernah berasa bimbang akan mengalami penurunan berat badan sekiranya aktif bersukan. Malah Atilia juga mendedahkan dirinya menghidap asma yang teruk dan selalu mengantuk dan keletihan.
Atilia Haron Pilih Senaman Yoga Untuk Sihat
“Sayalah insan yang paling malas bersukan di sekolah. Saya hanya berlari pecut sahaja kerana aktiviti itu boleh diselesaikan dengan cepat. Saya pernah ada asma yang teruk, selalu mengantuk dan keletihan.”
Tukar Gaya Hidup
Rentetan daripada itu, Atilia dikhabarkan mengambil inisiatif untuk mula menukar gaya hidup dengan melakukan aktiviti senaman yoga selepas berdepan dengan satu insiden yang mencemaskan.
“Saya kemudian mencuba yoga. Pada hari ini, selepas 16 tahun, saya rasakan inilah satu keputusan yang terbaik saya pernah buat.”
Menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagramnya itu, Atilia mempamerkan foto dirinya mampu berada dalam posisi yang cukup fleksibel.
Senang Nak Buat
Sebenarnya senaman Yoga sudah tidak asing lagi di negara kita, ramai memilih buat aktiviti ini sebab tidak memerlukan pergerakan yang termengah-mengah seperti berjalan kaki atau berjoging.
Jadi kalau anda malas ke gimnasium atau segan beriadah dipersekitaran terbuka, Yoga ini adalah senaman yang sesuai untuk anda kerana boleh di lakukan di tempat tertutup.
Anda cuma perlu lakukannya sekurang-kurangnya lima minit untuk dapat 6 kelebihan ini.
1. Melancarkan sistem peredaran darah
Dengan mengangkat kaki, peraliran darah dalam organ akan meningkat sekali gus melancarkan sistem pencernaan.
2. Kaki terasa lebih ringan
Kaki yang terasa berat dan bengkak adalah disebabkan aliran darah di bahagian kaki kurang baik. Anda boleh lakukan terapi 20 minit ini untuk darah akan kembali lancar dan kaki terasa lebih ringan.
3. Kurangkan stres
Peredaran yang lancar membuatkan oksigen tersalur dengan baik ke seluruh tubuh badan termasuk jantung dan otak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih tenang dan tidak mudah stres.
4. Meningkat kualiti tidur
Terapi ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai insomia, Jika peredaran darah berjalan lancar, maka tidur pun akan jauh lebih nyenyak.
5. Kurang sakit bahagian belakang
Ketika melakukan gerakan ini, tekanan dari bahagian belakang dilepaskan membuatkan kita rasa lebih relaks.
6. Kurangkan kaki yang bengkak dan kejang
Bagi mereka yang sentiasa berdiri atau duduk seharian lakukan gerakan ini untuk elakkan masalah bengkak atau kejang.
TIP
Ketika melakukan pergerakan ini, elakkan posisi hingga 90 darjah, kerana ini boleh mengangggu perjalanan darah di bahagian pinggul.
Sebaliknya jarakkan sedikit bahagian pinggul dari dinding, letakkan juga bantal untuk memberi keselesaan.
Dalam tempoh lima minit ini dalam keadaan tenang tarik dan hembuskan nafas melalui hidung.
Kebaikan Senaman Yoga
Senaman Yoga ini membantu tubuh anda menjadi lebih fleksibel. Pergerakan ketika senaman Yoga ini memerlukan keseluruhan tubuh bergerak dan pergerakan yang sukar akan menjadikan tubuh anda lebih fleksibel.
Apabila sudah fleksible, tubuh anda akan lebih seimbang dan otot akan lebih kuat.
Ini akan membantu memudahkan kerja kerja harian anda atau bersenam tanpa sebarang masalah. Secara tidak langsung senaman ini membantu menguatkan tulang anda.
Jadi anda boleh cuba join senaman yoga untuk sihat mental dan fizikal, dalam usia berapa pun, memang layak buat!
Lepas 4 Tahun Buat Bariatrik, Aishah Nampak Lebih Muda & Kembali Langsing Macam Anak Dara. Jika dibanding penampilannya beberapa tahun dulu sangatlah berbeza. Ketika itu saiz fizikalnya yang agak berisi, tetapi masih tampil cantik seperti selalu.
Namun kini, penampilan penyanyi Datuk Aishah, 55 tahun sudah berubah dan mencuri tumpuan ramai.
Dapat dilihat Datuk Aishah sudah semakin lansing selepas menjalani pembedahan bariatrik atau potong usus sekitar empat tahun lalu. Penyanyi Camar Yang Hilang ini telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 50 kilogram.
Aishah juga dilihat semakin muda dan langsing berbanding sebelum itu. Malah memberitahu dalam laman instagramnya perjalanan jauh yang ditempuh untuk mendapat hasil seperti sekarang.
Tambahnya perbezaan ketara ketika menjalani shooting pada musim GV4 dan ketika merakamkan single terbaru.
Malah Aishah turut memberitahu masih berbaki 2 kilogram sebelum betul-betul mendapat berat ideal yang diidamkan.
Walaupun begitu Aishah dinasihati untuk tidak terlalu kurus dan elok kekal dengan berat yang ada sekarang.
Justeru, enggan membiarkan kesakitan lutut kronik berpanjangan, beliau terlebih dulu menjalani pembuangan xantelasma pada bahagian mata sebanyak tiga kali.
Xantelasma adalah merujuk pada enapan kolesterol atau plak pengumpulan deposit lipid berwarna kuning-kekuningan yang kerap berlaku atas kelopak mata.
“Sampai satu peringkat doktor yang merawat tidak mahu lagi melakukan prosedur xantelasma selagi berat badan tidak diturunkan.
“Ini disebabkan jika kegemukan tidak diatasi segera, kadar kolesterol akan statik dan lebih memudharatkan ia meningkat drai masa ke masa,” ujar Aishah ebelum akhirnya memutuskan untuk menjalani prosedur bariatrik.
Ibu kepada dua cahaya mata berkenaan melakukan pembedahan pintasan usus yang berlangsung selama hampir dua jam.
Setelah melakukan prosedur itu masalah gastrik, kolesterol, obesiti dan sakit sendi lutut kronik telah beransur pulih.
Tambah Aishah lagi, matlamat utama prosedur bariatrik ini bukan untuk tampak cantik dalam tempoh singkat, tetapi untuk membantu golongan mobid obesiti yang alami sakit kronik turunkan berat badan.
Jika hasilnya membuatkan calon kelihatan menawan dan bertubuh langsing, maka itu bonus untuk mereka.