Nak pilih kopi yang bagus, bergantung kepada ramuan yang tertulis pada label. Kalau ikutkan sedap, memang nak yang manis-manis pahit, tapi jaga-jaga. Musnah diet nanti!
Pilihan kopi yang terbaik adalah kopi asli tanpa gula. Kadang nampak macam tiada gula. Tapi lebih baik check semula. Lihat label nutrisi dan ramuan. Jika ada tulis karbohidrat atau ramuan gula perhatikan nilainya berapa.
1 sudu teh gula putih bersamaan 5g ya.
Jadi check semula ada berapa sudu gula dalam 1 sachet kopi anda. Sekurang-kurangnya kita tahu berapa sudu gula ambil hari ini.
Kenapa Kena Pilih Kopi Bagus?
Kopi mengandungi gula bukan tak boleh langsung tapi tak boleh sampai hari hari.
Boleh jadi penyebab gula naik tinggi dan berat susah turun selama ini.
Ads
Saranan gula sehari yang terbaik bagi pesakit kencing manis dan lose weight dalam 5% dari kalori sehari. Bersamaan dalam 3 sudu teh sahaja (contoh bagi 1500kcal).
Bagi sesiapa yang sedang berdiet dan untuk kawalan gula yang cantik bagi pesakit kencing manis, anda boleh ambil kopi asli dan susu rendah lemak atau minum bersama pemanis tiruan.
Menurut Puan Maria Ulfah, nak tentukan kopi ni bagus atau tidak mudah sahaja. Teliti label nutrisi dan baca. Jom praktis.
Lihat per serving
1 sachet = 1.2g karbo
Lulus untuk diet dan kencing manis
Ads
Lihat per serving
1 sachet = 17.3 g karbo
Ramuan pun ada tulis sirap glukosa. Tinggi tu. Dalam 3 sudu teh.
Lihat per serving
1 sachet = 2.2 g karbo
Kopi asli, lulus utk diet & kencing manis
Ads
Lihat per serving
1 sachet = 11.2 g karbo
Ramuan pun ada tulis gula.
1 sachet dalam 2 sudu teh gula ya
Lihat per serving
1 sachet = 12 g karbo
Ramuan pun ada tulis gula.
1 sachet dalam 2 sudu teh gula ya
Viral baru-baru ini dikatakan biskut kraker kegemaran ramai, Hup Seng dikatakan mendapati bahawa 60 sampel biskut dan keropok yang diuji mengandungi elemen mendorong kanser, seperti glycidol atau acrylamide.
Ia susulan laporan hasil penemuan Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) terhadap produk yang dihasilkan oleh pengeluar biskut terkemuka tempatan itu baru-baru ini.
“Kami percaya bahan cemar ini boleh dielakkan kerana menurut penemuan kami beberapa bahan dalam biskut ini adalah minyak sawit. Anda boleh meminimumkan bahan cemar sebanyak mungkin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HKCC, Gilly Wong Fung-han.
Badan pengguna itu juga mendapati sebanyak 40 peratus produk yang dianalisis mempunyai label nutrisi mengelirukan.
Ramai yang kecewa dengan dakwaan ini memandangkan sejak turun temurun sudah menjadikan biskut ini sebagai makanan tambahan yang sangat sedap dicicah dengan minuman panas.
Namun Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd menjamin biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan, selain menepati kawal selia, standard kualiti dan keselamatan makanan.
Menurut laporan Berita Harian Hup Seng dalam satu kenyataan berkata, sebagai pengeluar makanan yang bertanggungjawab secara sosial sejak 1958, kualiti dan keselamatan produk menjadi keutamaan tertinggi syarikat.
“Kami berterima kasih di atas keprihatinan anda terhadap laporan yang dibuat ke atas produk kami oleh HKCC.
Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa terhadap siasatan mereka, jika diperlukan.
“Kami dengan ikhlas berterima kasih kepada pelanggan setia dan kakitangan di atas sokongan yang diberikan,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas isu tersebut, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat lalu berkata siasatan awal mendapati premis kilang Hup Seng adalah pemegang sijil Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) KKM.
Ia juga mengatakan Acrylamide dan glycidol merupakan bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan bahan makanan, namun bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses bersesuaian.
Jadi bagi peminat biskut kraker ini jangan risau untuk menjadikan ia makanan tambahan kerana selamat untuk dimakan pada bila-bila masa.
Ada masanya seseorang itu akan mengalami masalah gangguan sakit kepala dan boleh jadi berpanjangan jika tidak diusahakan sesuatu.
Namun rupanya sakit kepala ini ada beberapa jenis dan perlu tahu tahap mana kesakitan dialami. Ada yang selepas tidur untuk seketika sakit akan hilang dan ada juga sebaliknya.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu mengenai masalah sakit kepala dan waspada jika berlarutan lebih 5 hari.
WASPADA BILA SAKIT KEPALA LEBIH 5 HARI
Ramai yang mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat dan ia selalunya dianggap sebagai penyakit biasa kerana kesakitannya dirasakan sementara sahaja.
Namun, sakit kepala yang dialami perlu dikenal pasti sama ada serangan yang dialami itu biasa atau bahaya.
Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayakan tetapi sesetengahnya boleh menyebabkan bencana atau sesuatu yang lebih teruk sehingga menjejaskan rutin harian sekiranya tidak ditangani.
Apa yang penting adalah mengenal pasti apakah jenis sakit kepala yang menyerang anda sama ada ia boleh membahayakan kesihatan atau sebaliknya.
Terdapat dua jenis sakit kepala iaitu primer dan sekunder. Sakit kepala jenis primer ada masanya menyebabkan kehidupan harian terjejas tetapi tidak akan menyebabkan kemerosotan dari segi kesihatan atau tidak bahaya dalam tempoh jangka panjang.
KENAL PASTI KATEGORI SERANGAN
Sakit kepala sekunder pula mesti dikenal pasti kerana akan menyebabkan sesuatu yang bahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.
Migrain yang lazim dialami oleh kebanyakan orang adalah jenis sakit kepala jenis tekanan dan kluster.
Sakit kepala jenis tekanan adalah paling kerap menyerang sesiapa saja.
Beliau menjelaskan, kebanyakan orang keliru antara migrain dan sakit kepala jenis tekanan yang lazimnya tidak begitu teruk, berbanding sakit kepala akibat migrain yang boleh menjadi teruk sehingga muntah.
Sakit kepala jenis sekunder boleh berlaku secara tiba-tiba.
Bagi penghidap tekanan darah tinggi serta tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk, mereka perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ini kerana sakit kepala berkenaan berkemungkinan berpunca dari salur darah yang bergumpal di dalam otak yang boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan.
KESAKITAN MELAMPAU
Sakit kepala jenis kluster jarang berlaku, tetapi serangannya menjadi teruk apabila pesakit menerangkan kesakitan yang dialami melebihi penderitaan ibu melahirkan atau keretakan tulang.
Sakit kepala kluster berlaku akibat terdapat pendarahan atau ketumbuhan di dalam kepala yang perlu dikenal pasti bagi mengatasinya.
Pengambilan ubat penahan sakit perlu dibataskan iaitu tidak lebih lima kali dalam tempoh sebulan bagi mengelakkan kesan sampingan seperti kerosakan buah pinggang.
Makan ubat tahan sakit terlalu kerap boleh menyebabkan sakit kepala yang dialami berterusan hingga sukar dirawat.
Pesakit yang kerap diserang sakit kepala seperti migrain iaitu tiga kali sebulan perlu menjalani rawatan menggunakan profilaksis untuk mengeluarkan kesan ubat penahan sakit yang dimakan sebelum ini.
BAGAIMANA MENGENAL PASTI MIGRAIN
1. Sakit kepala berdenyut denyut
2. Sakit membabitkan satu kepala atau separuh kepala
3. Dikaitkan dengan loya dan muntah
4. Sensitif kepada cuaca persekitaran, terlalu panas atau terlalu bising
5. Sakit kepala mula terasa apabila melakukan aktiviti luar kebiasaan seperti menaiki kereta untuk perjalanan jauh dan tidur lewat
6. Sesetengah pesakit nampak titik titik atau corak zig zag sebelum sakit bermula
7. Sesetengah orang tidak sakit kepala tetapi hanya nampak titik titik, zig zag, silau (okular migrain)
8. Rasa berpusing pusing (vestibular migrain)
9. Sakit kepala ketika datang haid.
KAEDAH RAWATAN
Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal dengan:
1. Anti migrain
2. Perubahan gaya hidup (contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)
3. Memastikan rutin dijalani tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap.
SAKIT KEPALA JENIS TEKANAN
1. Kadar kesakitan: ringan sehingga sederhana.
2. Serangan lazimnya berlaku di sebelah petang.
3. Tidak menjejaskan kualiti hidup.
KAEDAH RAWATAN
Paracetamol dan Profilaksis untuk mengawal serangan.
SAKIT KEPALA JENIS KLUSTER
1. Kadar kesakitan: sangat sakit
2. Jarang berlaku dengan purata 0.1 peratus
3. Serangan datang dalam bentuk tetap,
contohnya pada Mac dan April
4. Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak (perlu dibedah bagi mengelakkan kesan buruk termasuk maut)
SAKIT KEPALA YANG MEMERLUKAN PEMERIKSAAN LANJUT
1. Sakit kepala disertai demam sehingga lima hari (berkemungkinan berpunca daripada tibi, meningitis atau difteria
2. Meracau-racau
3. Sakit kepala lebih dua hingga tiga minggu tanpa demam.
Bukan mudah nak hilangkan jeragat yang sudah melekat di wajah, tetapi kalau anda langsung tidak ambil peduli, makin lama makin teruk jeragat akan membiak.
Mungkin nampak cantik pada mata sesetengah orang, tetapi yang tak best dia buat kulit anda nampak gelap dan kusam!
Jadi untuk merawat masalah jeragat, anda kena pakai skincare yang sesuai atau paling selamat guna cara tradisonal.
Petua ni sesuai untuk jeragat yang baru nak muncul, agak rasa kulit tu kering dan nampak bintik hitam, anda kena cepat-cepat cari ‘jalan penyelesaian’ pulihkan kulit.
Jika dah terlalu banyak dan tebal, agak sukar dihilangkan dengan petua ini. Tetapi anda boleh amalkan dengan kerap untuk memudarkan jeragat.
Petua ini, jika sering diamal, kulit muka juga akan lembut, selembut kulit bayi. Dah terbukti. Jerawat juga susah naik dan kulit akan bersih serta cerah.
Caranya: 1. Ambil 3 hirisan limau nipis, perah airnya. 2. Sedikit susu tepung (saya guna everyday/fernleaf/nespray). 3. Campurkan sebati. 4. Sapu di muka dan biarkan selama 30 minit hingga kering. 5. Bilas dengan air suam. Cuci muka seperti biasa.
Susu tu, kalau tengok ada yang nak habis tempoh lagi molek anda guna. Tak ada lah membazir. Lumur saja ke muka dan lama-lama anda akan serasi dan dapat lembapkan kulit wajah.