Roti putih karbohidrat sihat. Tapi makan lebih akibatkan risiko gemuk, kencing manis & jantung! Selama ini kita menjangkakan memilih karbohidrat dengan makan roti putih itu lebih sesuai bagi yang mengamalkan diet sihat.

Tetapi rupa-rupanya pengambilan roti putih yang tinggi akan mengakibatkan risiko kegemukan, kencing manis dan sakit jantung.

Roti Putih Karbohidrat Sihat

Ini kerana Roti putih merupakan Highly Processed food yang di proses dari gandum. Untuk menghasilkan tepung atau roti yang putih, pengilang perlu membuang bahagian Bran dan Germ gandung, meninggalkan bahagian Endosperm sahaja.

Tapi Makan Lebih Akibatkan Risiko

Artikel Lain: Buang Terus Roti Berkulat. Doktor Kata Tak Selamat Dimakan & Boleh Sebabkan Keracunan Makanan!

Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.

IKLAN

Roti Putih Karbohidrat Sihat. Tapi Makan Lebih Akibatkan Risiko Gemuk, Kencing Manis & Jantung!

Gemuk, Kencing Manis & Jantung!

Ia merupakan sumber karbohidrat yang ringkas. Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Situasi ini jika berlaku terlalu kerap menyebabkan risiko penyakit diabetes.

Kerana jumlah fiber yang rendah, menyebabkan seseorang individu CEPAT LAPAR selepas paras gula berkurangan. Ini menyebabkan kita mengambil lebih banyak makanan dan menyebabkan risiko obesiti.

IKLAN

Artikel Lain: Ramai Percaya Fakta Makan Malam Punca Gemuk Tapi Sebenarnya Ianya SALAH

Pilihan alternatif yang lebih baik adalah roti jenis Wholemeal atau Whole wheat. Roti jenis ini masih ada kandungan serat, vitamin dan mineral.

IKLAN

Justeru Public Health Malaysia memberikan pilihan untuk memilih roti jenis Whole Wheat bread untuk kesihatan.

Ini kerana ia lebih berkhasiat dan gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak. Jadi untuk membuat apa juga makanan dari roti seperti sandwich atau roti telur, boleh memilih jenis ini untuk diet lebih sihat.

Selain itu:  Hilang 30KG Dalam Masa 24 Bulan. Wanita Amal Diet Eat Clean & Buat Aktiviti Senaman Indoor/Outdoor!

Roti Putih Karbohidrat Sihat. Tapi Makan Lebih Akibatkan Risiko Gemuk, Kencing Manis & Jantung!

Artikel Lain: Roti Tawar Gandum, Pilihan Terbaik Untuk Yang Diet. Sesuai Juga Diambil Buat Pesakit Diabetes!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI