Buah durian belanda tidak begitu popular di kalangan kita. Malah buah ini juga sukar untuk diperolehi seperti buahan citrus lain.

Sebenarnya bukan buah saja, tetapi daun durian Belanda juga mempunyai banyak khasiatnya.

Di Malaysia, mungkin ramai yang tidak biasa menggunakan daun pokok durian belanda.

Sebaliknya, di beberapa negara, ia dijadikan sebagai teh daun durian belanda.

Berikut beberapa manfaat yang boleh dikecapi apabila gemar meminum air teh daun durian belanda dan cara mengolahnya menurut Telegram Petua dan Kesihatan:

1. Mencegah Kanser

Caranya, ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.

Kemudian rebuslah dengan tiga gelas air dan biarkan sehingga mendidih dan surut hingga menjadi segelas air sahaja.

Bagi mendapatkan khasiat yang optimum, minum dua kali sehari.

2. Mengurangkan Sakit Pinggang

Bagi mengurangkan masalah sakit pinggang, anda hanya perlu mengambil 20 helai daun durian belanda.

IKLAN

Selepas itu, rebus dengan sukatan lima gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi tiga gelas sahaja.

Kemudian, minumlah 3/4 gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh

Daun durian belanda juga boleh membuat sistem imunisasi badan manusia.

Kaedahnya, ambil lima helai daun durian belanda, lalu direbus dengan sukatan empat gelas air.

Seusai itu, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas dan minumlah sehari sekali.

IKLAN

4. Mengatasi Diabetes

Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil.

Khasiat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.

Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaik-baiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi Buasir

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua.

IKLAN

Tatacaranya adalah rebus dengan tiga gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas.

Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7. Mengubati Sakit Urat Atau Saraf

Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.

Mudah sahaja, rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat.

Selepas itu, cuci bersih dan rebus dengan sukatan dua gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas. Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Artikel Berkaitan:

“Boleh Tanya & Tengok Berapa ML Dapat” – Dr Say Beri Nasihat Elak Penerima Dapat Vaksin Angin

Gara-Gara Asyik Main Game, Tangan Jadi Kejang & Lenguh. Doktor Kongsi Cara Atasi Bengkak!

2 Tahun Berjaya Lenyap 53KG. Wanita Dedah Rahsia Turun Berat Badan, Guna IF Versi Suku-Suku Separuh!